TIP MELANCONG SEMASA PEAK SEASON

Hari ni nak share serba sedikit knowledge saya untuk tips melancong semasa peak season. Oleh kerana sekarang saya tengah berusaha settlekan family pakej untuk 20 orang ke Bandung Indonesia, so saya bermurah hati sharekan tips melancong semasa peak season. Bukan senang nak susun segala keperluan bila ia melibatkan group besar dan diuruskan last minute ditambah pula masa pelepasan sangat hampir. Pakej ni special sikit sebab banyak request ke tempat-tempat cantik instead of tempat shopping. Maklumlah, orang kita memang suka shopping, tapi bila melibatkan pelbagai peringkat umur, shopping perlu dikurangkan dan beri peluang kepada yang tua menikmati pemandangan indah sekitar percutian. Tapi pada yang nak shopping, jangan risau sebab ada juga diselitkan masa untuk shopping, yang penting “free & easy” tu memang untuk shopping. Ayuh, saya senaraikan beberapa tips melancong semasa peak season. Apa yang penting ialah PERSEDIAAN AWAL. 

*Tips travel in group semasa peak season:

1. Pastikan anda booking tiket flight lebih awal jika berniat untuk travel masa peak season.

Jika ada promo grab it! AirAsia selalu buat promo, terpulang sama ada nak beli sekaligus untuk setahun atau tidak, semuanya terletak pada perancangan anda. Namun harus diingatkan jangan terlalu asyik mencari harga murah sehinggakan lupa untuk merancang itinerary percutian. Contohnya, biasa kita lihat tiket murah waktu pelepasannya petang dan sampai ke destinasi sudah malam atau lebih teruk flight balik Malaysia di awal pagi. Terpaksa tampung penginapan untuk 1 atau 2 malam yang dikira membazir. Bukan tak boleh, tepuk dada tanya hati.

untitled-designChup! jangan tengok website AirAsia sahaja, Airlines lain pon tak kalah dengan promo mereka tau. Jangan terkejut jika anda dapat harga lebih murah di Malaysia Airlines berbanding AirAsia.

 

 

2. Bersedia dengan harga pakej

Harus diingat harga pakej lebih mahal dari biasa jika melancong semasa peak season ni . Hotel ada surcaj, tempat lawatan pun ade surcaj dan pengangkutan pun lebih mahal. Bukanlah disebabkan servis yang ditambah baik, tapi permintaan yang meningkat. Fahami hukum permintaan “jika permintaan meningkat, harga meningkat” tak gitu. Semasa peak season ini lah masanya peniaga dan pengusaha sektor pelancongan akan mengambil kesempatan. Jika anda bercadang untuk R&R (Redah & Redha), jangan terkejut jika kebanyakkan hotel fullhouse, dan sesetengah hotel menetapkan sebagai “BLACKOUT DATE” iaitu traveller is not allowed atau bilik hotel not available. Biasanya terjadi semasa musim cuti atau PEAK SEASON. Nah! persediaan awal sangat penting, selesaikan semua perkara sebelum berlepas. Baru hati senang, jiwa lapang, bercuti pon manyak suka meh.

3. Keadaan trafik

Apabila anda sudah tiba di destinasi percutian anda, anda harus bersedia menghadapi situasi ini. Bersedia dengan trafic yang perlahan. Di kebanyakkan tempat yang mana pengangkutan awam kurang efisyen, pengangkutan persendirian adalah penyelesaiannya. Jika melancong ke Asia

22indonesia

>>>keadaan jam di Indonesia

Tenggara contohnya, hanya Singapura sahaja yang menjamin kecekapan public transportnya. Jadi, jangan hairanlah banyak tempat yang anda wish untuk lawati, tidak kesampaian. Jika melancong ke Seoul, Korea Selatan, Jepun, atau Hong Kong tak perlu risau jammed, cuma jammed dalam train je lah. Kami ada experience perjalanan Jakarta-Bandung yang sepatutnya sampai dalam 2 jam tapi kami sampai selepas 7jam! sampai hotel, terus sambung tidur 🙂 

Bagaimana? Apa pendapat anda? Bukan nak menakutkan perjalanan percutian anda, tapi persediaan amat penting. Rujuk agen pelancongan yang anda pilih atau study sendiri tempat pilihan anda. Semoga tips melancong semasa peak season ini dapat membantu anda melancarkan percutian anda.

www. yourbudgettrip.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *