TIP MAKANAN HALAL SEMASA MELANCONG

Assalamualaikum. Hari ni saya bersemangat nak share perkongsian tips makanan halal semasa melancong. Saya selalu share tips ni especially pada kawan-kawan yang baru nak travel.

Kalau kita travel dengan menaiki flight negara-negara islam dan ke negara-negara yang mudah mencari makanan halal, inshaAllah takde masalah. Just nak pesan, jangan lupe pastikan kebersihan kedai ye. Elakkan minum air yang dimasak (jika negara yang kurang membangun), saya prefer minum air mineral 😀grill-chicken

Flight keluar dan masuk Kuala Lumpur ada menyediakan makanan halal. Kita just perlu request muslim meal. Untuk flight yang perjalanan jauh yang perlu transit dan bukan kepunyaan negara islam, saya advise request vegeterian food.

kawan-kawan yang nak travel ke negara dimana islam adalah minoriti, perlu rajin-rajinkan diri buat research sebelum travel. Check restoran-restoran halal yang berdekatan dengan hotel atau tempat lawatan. Boleh juga guna website www.zabihah.com untuk membantu anda 🙂

Sekarang ramai yang travel bersendirian dan dalam kumpulan yang kecil. Golongan ini lebih suka memilih untuk stay di hostel backpackers atau apartment yang ada dapur untuk menjimatkan kos perbelanjaan. For sure peralatan memasak dah bercampur-campur. Jika travel bersama kami, selain tips makanan halal semasa melancong, kami juga akan memberikan secara percuma e-book makanan halal di bandar atau negara percutian anda.

Sebelum memasak dan menggunakan meja untuk persiapan, anda boleh sertu/samak dulu permukaan meja dan peralatan dapur. Kaedah paling mudah adalah dengan menggunakan sabun taharah (telah dibenarkan oleh majlis fatwa kebangsaan). Sabun ni mengandungi 90% kandungan tanah liat. Anda hanya perlu rendam sabun dalam air, pastikan air keruh dan sabun dah larut. Basuh permukaan meja atau peralatan memasak dengan air sabun taharah sebanyak 1 kali dan bilas dengan air bersih sebanyak 6 kali. Senang dan meyakinkan kan?
boleh klik sini untuk order sabun taharah http://www.rizi-biz.com.my/sabun-taharah/

Barang-barang makanan kita boleh bawa dari Malaysia dan beli sayur-sayuran, buah-buahan atau telur di market tempatan.
Antara bekalan makanan yang saya selalu bawa dari Malaysia adalah beras, ketupat mini, sambal bilis kering, sambal kacang kering, tuna cili dan meggi.hihi. Saya selalu tempah sambal kering dengan kak Yuhana Talam Dan Kek. Memang sedap!!!.wu.

Yang duduk di hotel pun boleh prepare makanan sendiri. Tapi berhati-hati dengan smoke detector ye, kalau x berhati-hati nanti timbul masalah yang tak diingini pulak.

Kalau saya stay di hotel, biasanya saya bawak kettle sendiri, lebih yakin dan kebanyakan hotel luar negara especially Middle East dan Europe tak sediakan kettle.

Harap sedikit perkongsian tips makanan halal semasa melancong ini dapat membantu anda.
Happy reading and sharing.

www.yourbudgettrip.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *