Melancong ke Yogyakarta

Akhir-akhir ni ramai orang memilih untuk melancong ke Yogayakarta. Lebih-lebih lagi selepas keluarnya movie yang dinanti-nantikan oleh Ada Apa Dengan Cinta (AADC) lovers. Kiranya nak mencari Cinta Rangga di Yogyakarta lah ni kan? Selain menjadi tumpuan AADC lover, Yogyakarta juga merupakan satu destinasi pilihan pencinta alam kerana terkenal dengan keindahan alam semulajadinya dan juga menjadi pilihan adventurous traveller kerana banyak aktiviti-aktiviti menarik yang dapat kita cuba di sini.

Di sini saya senaraikan tempat-tempat yang menarik yang  boleh anda kunjungi, dan aktiviti-aktiviti yang best untuk anda cuba. Selamat membaca!

Candi Borobudur

Jika anda ingin melancong ke Yogyakarta, tak sah jika anda tidak melawat ke Candi Borobudur. Candi Borobudur merupakan Candi Buddha terbesar di dunia, memiliki 72 stupa dan telah diwartakan sebagai tapak tinggalan sejarah oleh UNESCO. Candi ini dibina sebagai tempat pemujaan agama Buddha oleh pemerintah Jawa dari Dinasti Sailendra dan Srijaya dan mengambil masa selama 100 tahun (750M-850M) untuk disiapkan.

Borobudur 2

 

Candi Prambanan

Candi Prambanan atau Candi Rara Jonggrang merupakan candi hindu terbesar di Indonesia dan Asia Tenggara. Candi ini juga telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sebagai salah satu candi tercantik dan termegah di dunia.  Mengikut lagenda penduduk tempatan, Rara Jonggrang adalah seorang Puteri yang telah di sumpah menjadi patung di Candi Prambanan kerana telah menolak cinta seorang pemuda bernama Bandung Bondowoso.

Gunung Merapi

Gunung Merapi merupakan gunung api teraktif di Indonesia dan di dunia dan terletak di Lingkaran Api Pasifik. Menurut pengkaji, Gunung Merapi sangat aktif dan boleh meletus dalam tempoh hingga 2-5 tahun sekali. Untuk ke Gunung Merapi, anda perlu menaiki Jeep yang tidak berbumbung. Laluannya amat mencabar kerana tanahnya berlubang-lubang dan tidak rata kesan dari ledakan Gunung Merapi. Cabaran ke Gunung Merapi pasti terbayar setelah anda sampai dan dihidangkan dengan pemandangan yang amat cantik dan mempesona.

Merapi

 

Gereja Ayam

AADC lovers pasti tau tempat ni, tempat di mana Cinta  dan Rangga melepaskan rindu mereka. Ramai mengatakan gereja ni mirip bentuk ayam, tapi mengikut pemilik gereja ini, iaitu Daniel Alamsjah sebenarnya gereja ini adalah bentuk seekor burung merpati yang sedang duduk di atas tanah. Di atas kepala burung merpati ni ada sebuah mahkota. Burung dengan ayam sama kumpulan je kan! 😀 . Gereja ini sudah lama terbengkalai kerana kekurangan dana tapi kemudiannya menjadi satu tempat tarikan pelancong kerana pemandangan yang indah setelah viral di laman sosial.

Gereja ayam

Kalibiru

Paling menarik mengenai Kalibiru adalah bergambar di atas platform. Photographer akan mengambil gambar anda dari seberang, anda boleh beli gambar yang di ambil dan upload terus ke dalam phone anda. Sebelum naik ke platform, anda perlu memakai tali keselamatan kemudian mendaki tangga untuk sampai di platform yang terletak di atas pokok yang tinggi. Amacam, ada berani tak? Anda juga boleh mencuba aktiviti skytrail dan flying fox di Kalibiru.

kalibiru

Keraton Jogja

jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai warisan budaya etnik Jawa dan kesultanannya, anda wajib singgah di Keraton Yogyakarta atau dikenali sebagai Keraton Ngayogyakarta Hadiningrat. Keraton Jogja merupakan kerajaan kesultanan terakhir di Tanah Jawa sebelum di satukan di bawah Republik Indonesia pada tahun 1950. Keraton ini masih menjadi tempat kediaman sultan dan masih mengekalkan tradisi kesultanan sehingga kini.

Pantai Timang

Pantai Timang sangat terkenal dengan gondolanya. Anda berani menyeberang ke batu besar yang seperti terapung di permukaan lautan dengan gondola Pantai Timang? Anda perlu cuba jika anda seorang yang suka kan aktiviti yang mencabar. Asalnya, masyarakat di sini menaiki gondola untuk ke Pulau Timang bagi mencari hasil laut. Kerana keunikan gondola ini, ramai pelancong ingin mencubanya. Jangan lepaskan peluang menikmati lobster segar di sini ya.

Pantai Timang

Gua Pindul

Anda boleh mencuba aktiviti cave tubing, menyelusuri sungai sepanjang 350 meter, lebih kurang 45 minit dengan pelampung. Di tengah-tengah gua, anda boleh menikmati keindahan sinaran matahari yang masuk melalui lubang besar ke dalam gua. Pasti merupakan kenangan yang tidak dapat dilupakan. Di sepanjang pengembaraan anda di dalam gua, anda boleh melihat stalaktit dan stalagmit yang cantik.

Gua Pindul

Hutan Pinus Mangunan

Pemandangan cantik pokok-pokok pain di sini menjadi salah satu tumpuan pencinta fotografi dan pelancong yang melancong ke Yogyakarta. Ramai yang menjadikan kawasan Mangunan yang berkeluasan 500 hektar sebagai lokasi pengambaran album perkahwinan. Ada yang mengatakan Hutan Pinus Mangunan ni sama macam suasana dalam filem romantic Twilight. Nak tau sama ke tidak, kena lah cuba pergi dan tengok dengan mata sendiri kan?

hutan pinus

Pantai Parangtritis

Pantai yang terletak 27km dari Yogyakarta ini dikenali juga sebagai “little Africa” kerana keluasan gurun pasir (sand dunes) dan udara nya yang lebih panas berbanding tempat-tempat lain. Anda boleh memilih untuk melakukan beberapa aktiviti menarik di sini seperti ATV, kereta kuda, sand boarding dan bermain laying-layang. Dikatakan, kecantikan pantai ini ketika matahari terbenam setanding dengan keindahan Pantai Kuta di Bali. Pantai ini merupakan antara tempat pelancongan yang penting kerana merupakan pintu gerbang istana kerajaan laut selatan yang dipimpin oleh Kanjeng Ratu Kidul yang terkenal dalam mitos masyarakat Jawa.

Parangtritis

Alun Alun Kidul 

Alun Alun Kidul bermaksud Alun Alun Selatan kerana terletak di sebelah selatan Keraton Jogja. Pada zaman dahulu, Alun Alun Kidul merupakan tempat latihan ketenteraan. Di sini, anda boleh cuba permainan Masangin, anda perlu berjalan menutup mata dan melalui tengah antara 2 pokok beringin. Dikatakan hanya orang yang berhati bersih dapat melalui celah pokok tersebut. Nak tau anda berhati bersih atau tidak? Cubalah! Selain itu, anda juga boleh mencuba beca yang dihiasi lampu LED berwarna-warni di sini.

PENGINAPAN

Di sini kami senaraikan beberapa tempat penginapan yang selesa untuk anda stay ketika melancong di Yogyakarta:

  1. Hostel: Bagi anda yang masih solo dan sukakan gaya back packers, Edu Hostel amat sesuai untuk anda.
  2. Hotel 2*: Anda yang ingin menginap di hotel dengan kadar yang lebih rendah, 2* hotel adalah pilihan yang tepat. Anda boleh memilih  Zest Hotel jika ingin kan kawasan yang lebih tenang atau Pop! Hotel Malioboro jika anda inginkan suasana yang lebih happening
  3. Hotel 3*: Jika anda ingin hotel yang lebih selesa, anda boleh memilih Tjokro Style Yogyakarta Hotel 
  4. Hotel 4*: Horison Ultima Riss Hotel Malioboro Yogyakarta amat sesuai untuk anda yang mementingkan keselesaan dan gaya moden. Hotel ini terletak di Jalan Malioboro yang merupakan syurga shopping di bandar Yogyakarta. 

TRANSPORTATION DAN TEMPAT LAWATAN

Untuk anda yang tak tau nak hubungi driver mana yang bagus ketika melancong di Yogyakarta, jangan risau. Kami sedia membantu anda mendapatkan khidmat transportation dan driver yang diyakini. Kami juga akan suggest itinerary yang sesuai dengan kehendak anda. Transport, driver, petrol, parking, tiket-tiket ke tempat lawatan akan kami uruskan. Kami juga akan suggest restoran yang best untuk anda nikmati makanan yang enak-enak semasa di Jogja. Anda cuma perlu  whatsapp Nadia/Faizul di talian +60132183454/+601119944984 untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan Yogyakarta 🙂

Kami pasti akan bantu anda.

Go Travel. With Smile.

www.yourbudgettrip.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *