Bercuti Di Medan, Indonesia

Bercuti Di Medan, Indonesia

Untuk percutian kami kali ni memang tangkap muat, plan asal nak ke Bandung tapi akhirnya 2016 family Tok Abah memilih bercuti di Medan, Indonesia! Walaupun yourbudgettrip.com boleh settle kan projek ini, tapi bila ia melibatkan family sendiri dan kepercayaan mak abah, cuak la jugak kan. Namun, alhamdulillah kami berjaya lakukan dengan sempurna. Good Job!

Kami menaiki AirAsia menuju ke Kualanamu, Medan. Perjalanan cuma ambil masa 40minit saja. Sampai di Kualanamu airport, satu luggage kami tak keluar pula. Nasib lah kami ambil insuran, jadi boleh claim :D. Kami buat report, dan serahkan pada AirAsia untuk investigate. Alhamdulillah luggage nya di hantar ke hotel dalam jam 1pagi. Untuk pengetahuan anda, Yourbudgettrip.com juga ada menyediakan perkhidmatan travel insurance šŸ™‚ InshaAllah, diyakini dan senang claim. Okey, selepas keluar dari Kualanamu International Airport, kami tour Medan, makan malam dan check in diĀ Garuda Plaza Hotel. Hotel ni sangat selesa, bilik nya besar betul. Boleh masuk 10 orang satu bilik. hihi. Seriously, the best.

shopping medan
Borong jangan tak borong

Hari kedua kami dimulakan dengan SHOPPING, SHOPPING dan SHOPPING lagi (tarik nafas ya semua suami-suami, layankan saja). Selepas puas melontar, kami teruskan lawatan ke Istana Maimun.

ISTANA MAIMUN

Istana Maimun ni salah satu land mark kota Medan dan merupakan kesan peninggalan Kerajaan Melayu Deli ke IX semasa pemerintahan Sultan Ma’moen Al-Rasyid Perkasa Alamsyah, putera sulung Sultan Mahmud Perkasa Alam, pengasas Kota Medan. Senibinanya adalah gabungan pelbagai pengaruh (Melayu, Islam, Sepanyol, China, India dan Itali), namun senibina melayu mendominasi terutamanya penggunaan warna emas sebagai lambang kedaulatan sultan. Kami diterangkan dengan salasilah keturunan kerabat Di Raja ini, tapi sayang sejak kemasukan penjajah ke Indonesia, sistem beraja telah dimansuhkan dan ia hanya tinggal kenangan sahaja. Ada satu yang menarik di sini, iaitu sebuah lagenda berkaitan meriam puntung šŸ˜€

istana maimun
Lawatan singkat, sempat duduk atas kerusi raja je

Cerita sikit je lah, nak lebih kena pergi sendiri kat sana. Kisahnya, ada seorang puteri bernama Puteri Hijau. Puteri Hijau ni sangat lah cantik jelita sehingga menarik perhatian Raja Aceh. Tapi sayang, pinangan Raja Aceh telah ditolak oleh Puteri Hijau. Raja Aceh tak puas hati, dan Ā kemudiannya menyerang Kerajaan Puteri Hijau. Ketika Raja Aceh hampir menang, Puteri Hijau keluarkanĀ magic dan transform dirinya menjadi sebuah MERIAM! dan menembakĀ bertalu-talu musuh sampai menang. Akibat overused, meriam tu berbelah dua, satu tercampak di area Deli dan satu lagi ke Dataran Tinggi Karo. See, every princess need magic to save their kingdom tau. huhu

**kalau ke sini boleh try busana kerajaan deli tau, murah je Rp10,000 dalam RM3 lebih cmtu. Admin tak sempat cuba, kejar masa. Sebelum ni pernah cuba n my wife perasan dia Puteri Hijau, sib baik tak bertukar jadi meriam.

Sebelum sampai ke Parapat, kami singgah berehat di kedai kacang tumbuk di Permatang Siantar, Paten namanya. Mak kata ala-ala bipang, kalau upgrade jadi Florentine Cookies. Nama produk kat sini unik betul, ada tang-tang, teng-teng, ting-ting, tung-tung, tong-tong, pang-pang, peng-peng, ping-ping, pung-pung, ping-pong, dan dodol. Unik kan? tapi sedap wo.

Kami sampai ke Parapat waktu senja, dinner dan terus ke check in keĀ Danau Toba International Cottage. Alhamdulillah, kami dapat bilik yang menghadap tasik. Excited betul tunggu matahari terbit esok nya.Ā 

DANAU TOBA

ke pulau
Masing-masing melaram dengan shade baru beli.Ā 

Dengan menaiki bot sewa khas untuk kami, kami menusuri Tasik Toba yang sangat indah, tak tergambar dengan kata-kata. Subhanallah. Ā Ambil masa 20 minit juga untuk sampai ke Pulau Samosir. Terdapat beberapa fakta menarik tentang Danau Toba:

  • Merupakan tasik gunung berapi kedua terbesar di dunia selepas Lake Victoria di Afrika.
  • Merupakan tasik gunung berapi terdalam di dunia.
  • Pulau Samosir yang terletak di tengah-tengah Lake Toba lebih besar dari Singapura.
  • Letusan Super Valconic Danau Toba dijangka terjadi kira-kira 730000-750000 tahun yang lalu, dan kemudiannya membentuk Tasik Toba. Letusan Super Volcano menyebabkan banyak kematian dan kepupusan spesis. Salah satu mass extinction!
  • Letusan Mount Toba mempengaruhi ketamadunan manusia.
  • Debu gunung berapi semasa Letusan Super Volcano terjadi tersebar ke separuh permukaan bumi. Letusan telah berlaku selama 1 minggu dan debu berterbangan setebal 10km di atas permukaan laut.
  • Mengikut kajian, letusan Mount Toba telah mengubah cuaca dunia dan merupakan titik permulaan “ice age”.

Subhanallah. Sangat menarik kan?

Untuk pengetahuan anda, kawasan Pulau Samosir di tengah Tasik Toba ini dihuni masyarakat etnik Batak. Ada dikalangan kami yang memang dah study tentang tempat lawatan ni, jadilah perbincangan di atas bot tentang masyarakat Batak suka makan orang, kanibal dan banyak ilmu hitam. Jawapan saya, semuanya betul. haaaaaaaa…..scary kan.

Penerangan tentang kemistikan masyarakat Batak dulu-dulu
Penerangan tentang kemistikan masyarakat Batak dulu-dulu

Tibalah pitstop kami yang pertama, Desa Ambarita. Masing-masing behave di kawasan penuh misteri ini. Kami memasuki ke Huta Siallagan, pintu masuknya hanya muat untuk seorang saja tau. Menurut cerita, pintu masuk hanya sebesar seekor kerbau dan rendahnya membolehkan sesiapa yang masuk tunduk sedikit sebagai tanda hormat. Berseni sungguh orang dulu-dulu.

huta
Bergambar disamping patung kayu yang menari.

Perkampungan ini didirikan oleh raja huta pertama iaitu Raja Laga Siallagan kemudian diwarisi Raja Hendrik Siallagan dan seterusnya Raja Ompu Batu Ginjang Siallagan. Terdapat 8 buah rumah di sekitar perkampungan ini dan beberapa kerusi persidangan. Di Salah sebuah rumah terdapat patung kayu si gale-gale yang boleh menari tarian TotTor. Ada 2 kisah misteri di Huta Siallagan yang mengaitkan tentang ke”kanibel”an orang Batak. Saya akan cerita pada post akan datang mengenai “Kesaktian Pulau Samosir” ya.

Pitstop kedua kami di Pulau Samosir adalah Perkampungan Tomok, sampai di jeti kami berjalan lebih kurang 500m ke pemakaman agung Raja Sidabutar. Sebelum memasuki kawasan pemakaman, ada beberapa peraturan yang perlu di patuhi iaitu berpakaian sopan, jaga lidah dan memakai Kain Ulos (Kain adat orang Batak). Lagenda tentang raja di sini tidak kurang hebatnya. Cerita tentang Raja Sidabutar juga akan saya kongsikan pada post seterusnya. Tapi bukan tentang makan orang tau.

makam-sidabutar
Pemakaman Raja-raja Sidabutar. credit to abdi jaya

SIPISO PISO WATERFALL

Dalam perjalanan ke Sipiso piso Waterfall, kami singgah sekejap di Simarjarunjung untuk menikmati Teh Jahe (Teh Halia) yang pekat dan sangat sedap dan pisang goreng. Bagi saya, lepas minum memang angin keluar. Hahaha, sorry family. Sepanjang perjalanan ke waterfall kami dihidangkan pemandangan sekitar Danau Toba nan indah dan kebun-kebun kopi tradisi mereka.

sipiso piso
Sejuk betul di atas ni, baby sampai menggigil
beria
Cantik kan waterfall belakang tu

Sampai di Sipiso Piso cuaca sangat sejuk, pemandangan air terjun yang sangat cantik. Sipiso Piso adalah sumber air untuk Danau Toba, dengan kata lain ia adalah penghujung Danau Toba.

BERASTAGI

Berastagi bermaksud “minta beras” kata pakcik tukang bawa kereta kuda.Ā Kami menginap di Hotel Green Garden pada ketinggian 1,300m dari aras laut, sejuk sangat. Di sini terdapat pasar buah segar besar dan kedai-kedai menjual cenderahati. Tapi kami seperti biasa memilih Dilman (kereta kuda) mengelilingi bandar Berastagi. Dapat juga mengelilingi bandarnya pada waktu pagi. Kuda yang bawa kami namanya Nusi, 13 tahun umurnya.

Naik kereta kuda, Nusi namanya. Harga 30,000Rp je
Naik kereta kuda, Nusi namanya. Harga 30,000Rp je

Dalam perjalanan pulang ke Kota Medan kami sempat berhenti untuk makan durian, memang niat nak cuba durian Indonesia. Ada 3 perkara yang saya akan buat kalau melancong ke mana-mana tempat di Indonesia: Makan durian, naik dilman dan cuba baju tradisi.

mali-mali kasi makan lulian lulu

 

Ok, sampai sini saja entri kali ni. Horas!

Jika anda perlukan bantuan untuk bercuti di Medan, Indonesia, do whatsapp me, Faizul di +601119944984 atau Nadia di +60132183454

Go Travel. With Smile

www.yourbudgettrip.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *