Browsed by
Author: faizulramli

JOM! PAKEJ TRAVEL KE KOREA! ANDA SUDAH BERSEDIA, FULLBOARD SERENDAH RM2,800

JOM! PAKEJ TRAVEL KE KOREA! ANDA SUDAH BERSEDIA, FULLBOARD SERENDAH RM2,800

17991155_475527022784941_1762369481693878697_n

JOM! PAKEJ TRAVEL KE KOREA!

ANDA SUDAH BERSEDIA, FULLBOARD SERENDAH RM2,800

 

🌸PAKEJ KOREA 5H4M 🌸 (FULL BOARD)
.
▶️RM3199 /Orang
Dewasa : 12 Tahun keatas
▶️RM3099/Orang
Kanak Kanak Berkatil ( 6-12 Tahun)
▶️RM2800/orang
Kanak Kanak Tanpa Katil (2-6 Tahun)
▶️RM500 /Orang
Bayi
.
PAKEJ TERMASUK
✅Tiket Flight ( Return) Air Asia KL-ICN-KL)
✅Bagasi 20 kg ( Dewasa Only)
✅Penginapan 4 Malam
✅Pengangkutan Private Transport ( Bus Private // Setaraf )
✅Makan ( 4D/3L/4BFAST)
✅Tiket LawataN Included
.
TIDAK TERMASUK
✅Insurans
✅Perbelanjaan Peribadi
✅Tiket Everland ( RM200) Optional
.
Tarikh nya 👇🏽👇🏽

TARIKH :
25-29 Januari 2018 – 9 kekosongan
13-17 March 2018
19-23 April 2018
03-07 May 2018
18-22 Oct 2018
15-19 Nov 2018
06-10 Dec 2018 – surcaj RM 300
13-17 Dec 2018 – surcaj RM 300
.
🔍TENTATIF KOREA 5HARI 4 MALAM🔍

HARI PERTAMA (D)
– Pickup drp Airport – Meet and Greet – Namsangol Hanok Village – Free and Easy

HARI KEDUA (B/L/D)
– Gyeongbukgung Palace -Gwanghwamun Square – Cheonggyecheon Stream – Itaewon- Namsan Tower – Namdaemun Market – Myeongdong

HARI KETIGA (B/L/D)
Everland Tour ( Full Day Tour)
Juga me Dapat Jolokan Disneyland Korea . Anda bebas untuk menikmati pelabagai jenis tarikan Taman Tema Terbesar Korea tersebut
– Free and Easy

HARI KEEMPAT (B/L/D)
– Nami Island Tour ( Full day Tour)
Menaiki Cruise utk Sampai Ke Pulau Nami , ia merupakan lokasi paling terkenal di Korea .
Masa adalah bebas disini utk bergambar dan beriadah di dalam Pulau Comel ini

HARI KELIMA(B)
– Breakfast dan Pick up Back to Airport Incheon
.
.

Syarat Syarat Penyertaan
.
(1) Deposit serendah RM300/ Orang

(2) Pembayaran harus dibuat setiap bulan mengikut jumlah termampu peserta

(3) 3 Bulan sebelum Tarikh Trip , WAJIB bayar 50 % drp keseluruhan Pakej – Jika Gagal nama anda akan digugurkan

(4) 1 Bulan Sebelum Trip – WAJIB bayar FULL Payment . Jika Gagal Nama anda digugurkan

 

Interested? whatsapp Nadia +60132183454  atau Faizul +601119944984 for more details dan booking.

Ayuh, Book sekarang untuk pakej lengkap KOREA 2018

JOM! PAKEJ PERTH 5H4M UNTUK TAHUN 2018. REBUT SEKARANG.

JOM! PAKEJ PERTH 5H4M UNTUK TAHUN 2018. REBUT SEKARANG.

perth caravanserai 2018

Pakej Perth 5H4M 2018
Menarik kan tak perlu heret beg dan berpanas mentari menunggu Train.

Kami menawarkan Pakej Selesa Private Coach yg sesuai utk semua lapisan Umur 

Pakej Termasuk 
📌Tiket Penerbangan KL – PERTH – KL ( return)
📌Apartment (Ada 2 bilik, 1bilik = 2 orang) 
📌Visa 1st apply
📌Tiket Caversham wildlife Park 

Tidak Termasuk 
📌Bagasi Pergi dan Balik
📌Insurans Travelling
📌Perbelanjaan Peribadi 
📌Entrance to tulips garden (8$-cash)
📌Entrance to orchrd (16$-cash)-free fruits 2kg

sekiranya nak : 
📌 Makan ( add on RM300) 
– 4X Dinner 
– 3X Lunch 

sekiranya nak add on luggage dan meals in flight :
One way . 
20kg – rm 120
25 kg – RM 140
30kg – RM 160
40 kg – RM 260

Makan dlm flight RM 18 per meals , per way.. so pegi balik RM 36

Harga Pakej Perth 5H4M 2018

Harga Dewasa : RM2599/org 
Harga Kanak Kanak with Bed : RM 2399/org
Harga Kanak Kanak without Bed : RM1999/org
Infant : RM 500 /org

Tertakluk pada Kuota Promo by AA 

🇳🇿Latest Tentative Perth 5H4M🇳🇿
Pakej Lengkap 5Hari 4Malam 

Day 1 
Arrival – Meet and Greet – Briefing Session and Free and Easy 
Sight seeing around the Accomondation by own ( very near to CDB Area) 

Day 2 
Caversham Farm Show – The Margaret River Chocolate – The House of Honey – Picnic at Kings Park – Tour by Bus to see Blue House – Bell Tower – Back to Apartment – 

Day 3
Petik Buah Di Ladang Buah Buahan – Cruise Experience Di Swan River Di Elezeberth Quay
Dan Shopping Di Big W ( corelle dan barangan rumah) 

OPTIONAL : ADDITIONAL $150/ pax 
Pinnacles Tour – Nambung National Park – Pinnacles Dessert -Lancelin Sand Dunes – Hepburn Mosque – Moore River 

Day 4
Fremantle Tour – Monument Hill – Fremantle Prison – EShed Market – Fremantle Market – Kailis Fish and chips – Watertown DFO 

Fremantle Market & EShed Market Only Open on Friday , Saturday and Sunday 
👉Kailis Fish and Chips – $15 Dollar (Sdn Bhd) 

Day 5
Last Minute shopping at Perth Town Hall then Checkout and back to Malaysia 

⭐BOOKING SERENDAH RM 300 SEORANG🌟bersyarat*
atau
⭐BOOKING SERENDAH RM1200 SEORANG🌟Dalam masa 24 hours akan dapat tiket penerbangan..

JOM BOOK SEKARANG UNTUK PAKEJ 2018:

🚌 UPDATE TRIP PERTH YG STILL AVAILABLE 🚌
🇳🇿🇳🇿🇳🇿🇳🇿🇳🇿🇳🇿🇳🇿🇳🇿🇳🇿🇳🇿🇳🇿🇳🇿🇳🇿🇳🇿
🐨🐨🐨JADUAL TRIP PERTH 🐨🐨🐨
🇳🇿🇳🇿🇳🇿🇳🇿🇳🇿🇳🇿🇳🇿🇳🇿🇳🇿🇳🇿🇳🇿🇳🇿🇳🇿🇳🇿

TRIP BULAN JANUARI
👉18-22 Jan 2018
👉23-27 Jan 2018

TRIP BULAN FEBRUARY
👉8-12 Feb 2018 🔥🔥🔥
👉13-17 Feb 2018

TRIP BULAN MAC
👉15-19 Mac 2018
👉20-24 Mac 2018

TRIP BULAN APRIL
👉19-23 April 2018 🔥🔥🔥
👉24-28 April 2018

TRIP BULAN MAY
👉3-7 May 2018 🔥🔥🔥
👉8-12 May 2018 🔥🔥🔥

TRIP BULAN OGOS
👉16-20 Aug 2018 🔥🔥🔥

TRIP BULAN SEPTEMBER
👉6-10 Sept 2018
👉11-15 Sept 2018

TRIP BULAN OKTOBER
👉11-15 Okt 2018
👉16-20 Okt 2018

TRIP BULAN DISEMBER
👉7-11 Dec 2018 (surcharge RM 300)
👉12-16 Dec 2018(surcharge RM 300)

Interested? whatsapp Nadia +60132183454  atau Faizul +601119944984 for more details dan booking.

Ayuh, Book sekarang untuk pakej lengkap Perth 2018

AYUH, BOOK SEKARANG UNTUK PAKEJ LENGKAP PENGHUJUNG 2017 PERTH 5H4M SERENDAH RM1,999

AYUH, BOOK SEKARANG UNTUK PAKEJ LENGKAP PENGHUJUNG 2017 PERTH 5H4M SERENDAH RM1,999

perth caravanserai

Pakej Perth 5H4M
Menarik kan tak perlu heret beg dan berpanas mentari menunggu Train.

Kami menawarkan Pakej Selesa Private Coach yg sesuai utk semua lapisan Umur

Pakej Termasuk
📌Tiket Penerbangan KL – PERTH ( return)
📌Apartment (Ada 2 bilik, 1bilik = 2 orang)
📌Visa 1st apply
📌Tiket Caversham wildlife Park

Tidak Termasuk
📌Bagasi Pergi dan Balik
📌Insurans Travelling
📌Perbelanjaan Peribadi
📌Entrance to tulips garden (8$-cash)
📌Entrance to orchrd (16$-cash)-free fruits 2kg

sekiranya nak :
📌 Makan ( add on RM300)
– 4X Dinner
– 3X Lunch

sekiranya nak add on luggage dan meals in flight :
One way .
20kg – rm 120
25 kg – RM 140
30kg – RM 160
40 kg – RM 260

Makan dlm flight RM 18 per meals , per way.. so pegi balik RM 36

 

Harga Pakej Perth 5H4M

Harga Dewasa : RM2599/org
Harga Kanak Kanak with Bed : RM 2399/org
Harga Kanak Kanak without Bed : RM1999/org
Infant : RM 500 /org

Tertakluk pada Kuota Promo by AA

🇳🇿Latest Tentative Perth 5H4M🇳🇿
Pakej Lengkap 5Hari 4Malam

Day 1
Arrival – Meet and Greet – Briefing Session and Free and Easy
Sight seeing around the Accomondation by own ( very near to CDB Area)

Day 2
Caversham Farm Show – The Margaret River Chocolate – The House of Honey – Picnic at Kings Park – Tour by Bus to see Blue House – Bell Tower – Back to Apartment –

Day 3
Petik Buah Di Ladang Buah Buahan – Cruise Experience Di Swan River Di Elezeberth Quay
Dan Shopping Di Big W ( corelle dan barangan rumah)

OPTIONAL : ADDITIONAL $150/ pax
Pinnacles Tour – Nambung National Park – Pinnacles Dessert -Lancelin Sand Dunes – Hepburn Mosque – Moore River

Day 4
Fremantle Tour – Monument Hill – Fremantle Prison – EShed Market – Fremantle Market – Kailis Fish and chips – Watertown DFO

Fremantle Market & EShed Market Only Open on Friday , Saturday and Sunday
👉Kailis Fish and Chips – $15 Dollar (Sdn Bhd)

Day 5
Last Minute shopping at Perth Town Hall then Checkout and back to Malaysia

⭐BOOKING SERENDAH RM 300 SEORANG🌟bersyarat*
atau
⭐BOOKING SERENDAH RM1200 SEORANG🌟Dalam masa 24 hours akan dapat tiket penerbangan..

JOM BOOK SEKARANG UNTUK PAKEJ PENGHUJUNG TAHUN:

🚌 UPDATE TRIP PERTH YG STILL AVAILABLE 🚌

SEPTEMBER
🎗21 – 25 SEPT ( FULL )
🎗27 SEPT-01 OCT (FULL)

NOVEMBER
🎗06 – 10 NOV (32 PAX)
🎗11 – 15 NOV (16 PAX)

DECEMBER
🎗1 – 4 DEC (27 PAX)
🎗10 – 14 DEC (39 PAX)
🎗14 – 18 DEC (FULL)

Interested? whatsapp Nadia +60132183454  atau Faizul +601119944984 for more details dan booking.

Ayuh, Book sekarang untuk pakej lengkap Perth 2017

7 Ubat Power Kalau Sakit semasa Travel

7 Ubat Power Kalau Sakit semasa Travel

Hai traveler sekalian alam, agak lama kami menyepi dari update tips travel ni ek, so post kali ni nak cerita sikit 7 Ubat Power Kalau Sakit Semasa Travel. Ini cara yourbudgettrip, mungkin korg boleh share tips korg juga. Namun, bukan lah ia berkesan pada semua orang sebab daya tahan sakit masing-masing berbeza kan.

natural med

Ini salah satu cara mudah tanpa anda ke klinik atau farmasi di negara kunjungan korg, just prepare je 7 ubat semulajadi ni dari Malaysia. Beli siap-siap dan pekkan semua ni dalam bekas asal mereka, simpan elok-elok dalam backpack korg untuk korg senang nak guna. Ok, nindia list 7 Ubat Power Kalau Sakit Semasa Travel.

 1. AIR

Sangat penting untuk minum air yang cukup semasa travel, yang penting lagi cari air mineral. Sebab sesetengah negara masih memproses air bersih mereka “sekadar saja”, dan penduduk negara berkenaan sudah imun dengan tahap kebersihan air tersebut. Dari sibuk nak air yang murah atau free, kita bercuti di ICU, ye dok. Air amat penting kerana ia mengelakkan badan dari terhidrasi disamping membantu proses penghadaman.

2. KAYU MANIS

Membantu dalam proses penghadaman, ketika melancong perut pasti kembung sebab perubahan cuaca, climate dan jadual makan yang tidak teratur. Selain itu, kayu manis juga salah satu cara menghangatkan badan. Pakar perubatan zaman pertengahan juga menggunakan kayu manis sebagai ubat untuk merawat batuk, serak, sakit tekak, sakit perut, kembung, cirit-birit dan senak perut. Fun Fact! ekayu manis terbukti berkesan untuk mengawal kesakitan senggugut di mana ia mengandungi bahan kimia semula jadi yang dipanggil cinnamaldehyde.

3. SERAT

Epal, pisang, strawberry, barli, brokoli, dan oat adalah contoh-contoh serat. mudah nak dapat kan. Serat berfungsi untuk melancarkan pergerakan najis/kumuh di dalam usus dengan kata lain ia membuatkan badan secara semulajadi memecahkan makanan. Ini kerana badan kita tidak mempunyai enzim yang mampu untuk mencernakan serat sebagai sumber tenaga. Pendek kata, serat tidak menyumbang apa-apa tenaga, tidak menyumbang apa-apa kalori kepada tubuh kita, dan lebih penting TIDAK menggemukkan.

4. VITAMIN D

Sumbernya adalah cahaya matahari. Mudah sangat! pancaran matahari sangat membantu dalam meningkatkan keadaan semulajadi badan dan paling penting elakkan JET LAG

5. TEH CHAMOMILE

Teh kegemaran Cik Nutt, abam pon layan kan aje. Bile tanya apasal suka teh ni…. sebab Cristiano Ronaldo suka, pon boleh. Tapi teh ni memang refreshing n lite je rasanya, boleh kata setiap hirupan tu mendamaikan, Ceh. Banyak juga khasiat teh chamomile ni, tapi untuk traveler, ia membantu proses tidur yang lebih baik dan masalah insomnia. So tak payah risau masalah tidur di negara orang.

6. VITAMIN C

Banyak sangat sumber vitamin C, anda pon pasti tau tak payah abam nak sebut. Paling penting untuk traveler, vitamin C mambantu badan membina imunisasi untuk melawan kuman baru semasa travel. Menarikkan, sumber yang mudah tapi khasiatnya mengagumkan. Salah satu fun fact vitamin C ni adalah ia maningkatkan mood seseorang. So, let travel with smile.

7. ECHINACEA

Bunyi saintifik sangat kan, Echinacea ni merupakan bunga dan ia sangat membantu traveler dalam meningkatkan fungsi dan sistem imunisasi badan kita. Ia biasanya tumbuh di kawasan amerika, So kalau travel ke sana maybe senaang lah nak carik. Kalau kat sini, p je farmasi dan tanyak pharmasist.

Echinacea
Echinacea
Chamomile
Chamomile
Kayu Manis
Kayu Manis

Namun, bagi yourbudgettrip.com apa2 juga persediaan ubat harus dengan nasihat doktor. yang plaing paling paling penting, ambil lah insuran travel. Ia sangat membantu dalam melindungi diri anda. Sediakan payung sebelum hujan. Ye dok. Ok, itu saja tips kali ni berkaitan 7 Ubat Power Kalau Sakit Semasa Travel.

KERETA SEWA DI PERTH

KERETA SEWA DI PERTH

KERETA SEWA

Ramai yang memilih untuk sewa kereta di Perth. Selain kos lebih murah, anda juga fleksibel untuk ke mana-mana saja ikut masa anda sendiri. Tapi anda kena patuhi segala undang-undang jalan raya ya. Jangan bawa laju-laju macam di Malaysia pulak, huhu. Di Australia, undang-undang jalan raya sangat ketat dan efisien. Silap-silap hari bulan balik Malaysia nanti dapat pulak surat cinta dari Polis Australia. Menangis nak bayar. Anda boleh klik 7 tips sewa kereta di Australia untuk maklumat lanjut.

Kami di yourbudgettrip.com turut menyediakan perkhidmatan sewa kereta di Australia. Dan kami include sekali harga insuran untuk mengelakkan sebarang risiko. Sebelum ni ada yang tak ambil insuran, jadi bila ada kejadian accident beliau terpaksa keluarkan duit sebanyak 3000.00 AUD cash untuk baiki kereta. Jadi, kami di yourbudgettrip.com amat2 menggalakkan anda mengambil insuran sebagai perlindungan. TIADA BOND/DEPOSIT diperlukan jika anda book kereta sewa dengan kami.

Child seat wajib untuk kanak2 7 tahun dan ke bawah

5 SEATER

5 seater

Untuk maklumat anda, semakin lama anda menyewa kereta, semakin murah kadar sewaan per hari. Harga dalam jadual di bawah adalah untuk kenderaan UNLIMTED KM with INSURANCE

BIL HARI RATE/DAY
1-3 hari aud 90
4-7 hari aud 78
>7hari aud 65

Kiraan kadar sewaan kereta 5 seater seperti berikut: (harga per hari x bilangan hari) + 12.00 AUD admin fee. Tambah harga optional jika anda perlukan child seat dan GPS.OPTIONAL: + 8.oo AUD per CHILD SEAT per hari / +8.00 AUD per GPS per hari

8 SEATER

8 seater

Harga 8 seater : 160.00 AUD per hari

OPTIONAL: + 8.oo AUD per CHILD SEAT per hari / +8.00 AUD per GPS per hari

Kiraan kadar sewaan kereta 8 seater seperti berikut: (harga per hari x bilangan hari) + 12.00 AUD admin fee. Tambah harga optional jika anda perlukan child seat dan GPS.

12 SEATER

12 seater

Harga 12 seater : 215.00 AUD per hari

OPTIONAL: + 8.oo AUD per CHILD SEAT per hari / +8.00 AUD per GPS per hari

Kiraan kadar sewaan kereta 12 seater seperti berikut: (harga per hari x bilangan hari) + 12.00 AUD admin fee. Tambah harga optional jika anda perlukan child seat dan GPS.

INGIN BUAT TEMPAHAN?

Just whatsapp Nadia di +60132183454 atau Faizul di +601119944984.

Go Travel. With Smile

www.yourbudgettrip.com

 

BAKAL TRAVEL KE PERTH, AUSTRALIA? INI 10 HOMESTAY MUSLIM YANG ANDA BOLEH STAY TANPA NIPISKAN POKET

BAKAL TRAVEL KE PERTH, AUSTRALIA? INI 10 HOMESTAY MUSLIM YANG ANDA BOLEH STAY TANPA NIPISKAN POKET

Anda bakal travel ke Perth, Australia? Ini 8 homestay muslim yang anda boleh stay tanpa nipiskan poket. Kata nak jimat, kan. Muslim homestay memang pilihan yang tepat untuk anda.  Ni kami senaraikan beberapa kelebihan jika anda stay di muslim homestay:

  1. Kos yang lebih rendah berbanding stay di hotel. Kalau anda datang bersama keluarga yang besar dan kawan-kawan lebih menjimatkan.
  2. Dijamin suci dan bersih. Anda boleh masak-masak tanpa samak/sertu dapur dan utensils yang ada di homestay. Anda juga boleh jimat belanja makan, as makanan di Perth sememangnya mahal.
  3. Parking space. Anda boleh park kereta sewa anda tanpa risau kena saman dan sebagainya.
  4. Terletak di kawasan yang mudah untuk mendapatkan makanan halal dan juga barangan runcit halal.
  5. Lebih masa untuk gather bersama kawan-kawan dan ahli keluarga.
  6. Urusan check in dan check out yang mudah. Di uruskan oleh rakyat Malaysia yang menetap di Perth, Australia.
  7. Jimat wang. Anda boleh mendobi sendiri pakaian anda di homestay. Washer disediakan

 

BALGA MUSLIM HOMESTAY (3 BILIK)

balga 3 NP (1)

BALGA MUSLIM HOMESTAY (3 bilik) boleh memuatkan hingga 10 orang.

Akses19km ke Airport. 5.5km ke Al Taqwa Mosque. 3.8km ke Mirrabooka Square. 8km ke Megabes Souvenirs Shop Malaga. 12km ke Perth CBD. 16km ke Caversham Wildlife Park. 18km ke The Margaret River Chocolate Company. 31km ke Fremantle. 120km ke Lancelin Sand Dunes. 186km ke Pinnacles Nambung National Park. 

BALGA MUSLIM HOMESTAY (4 BILIK)

balga 4 NP (1)
BALGA MUSLIM HOMESTAY (4bilik) boleh memuatkan hingga 10 orang.

Akses: 19km ke Airport. 5.5km ke Al Taqwa Mosque. 3.8km ke Mirrabooka Square. 8km ke Megabes Souvenirs Shop Malaga. 12km ke Perth CBD. 16km ke Caversham Wildlife Park. 18km ke The Margaret River Chocolate Company. 31km ke Fremantle. 120km ke Lancelin Sand Dunes. 186km ke Pinnacles Nambung National Park. 

 

WESTMINSTER MUSLIM HOMESTAY (3BILIK)

westminster 6 kak mira NP (1)
WESTMINTER MUSLIM HOMESTAY boleh memuatkan hingga 10 orang.

Akses: 17km ke Airport. 3.5km ke Al Taqwa Mosque. 1.8km ke Mirrabooka Square (BIGW, Coles, Kmart). 6km to Megabes Souvenirs Shop Malaga. 10km ke Perth CBD. 14km ke Caversham Wildlife Park. 16km ke The Margaret River Chocolate Company. 29km ke Fremantle. 118km ke Lancelin Sand Dunes. 184km ke Pinnacles Nambung National Park.

 

WESTMINSTER MUSLIM HOMESTAY (3 BILIK)

westminster 5 kak mira NP

WESTMINTER MUSLIM HOMESTAY boleh memuatkan hingga 10 orang.

Akses: 17km ke Airport. 3.5km ke Al Taqwa Mosque. 1.8km ke Mirrabooka Square (BIGW, Coles, Kmart). 6km to Megabes Souvenirs Shop Malaga. 10km ke Perth CBD. 14km ke Caversham Wildlife Park. 16km ke The Margaret River Chocolate Company. 29km ke Fremantle. 118km ke Lancelin Sand Dunes. 184km ke Pinnacles Nambung National Park.

 

BENTLEY MUSLIM HOMESTAY (2 BILIK)

bentley 01 NP (1)

BENTLEY MUSLIM HOMESTAY (2BILIK) boleh memuatkan 6 orang. Caj Aud30/person dikenakan untuk penambahan  sehingga 8 orang.

Akses: 700m ke Halal Mart. 700m ke IGA Groceries. 3.5km ke Westfield Carousel Shopping Complex. 11km ke Airport. 13km ke Perth CBD. 22km ke Caversham Wildlife Park. 19km ke Fremantle. 5.3km ke Malaysia Park: D’nyonya, Makan2 Cafe, Sate on Charcoal, Bintang Cafe, Batavia, The Sarapan dll.

BELMONT FORUM MUSLIM HOMESTAY (5 BILIK)

belmont forum

BELMONT FORUM MUSLIM HOMESTAY (5 bilik) boleh memuatkan sehingga 17 orang. 

Akses: 900m ke Belmont Forum Shopping Mall. 8km ke Westfield Carousel Shopping Complex. 5.8km ke Airport. 10km ke Perth CBD. 21km ke Caversham Wildlife Park. 25.8km ke Fremantle. 7km ke Malaysia Park: D’nyonya, Makan2 Cafe, Sate on Charcoal, Bintang Cafe, Batavia, The Sarapan dll.

 

CANNING VALE MUSLIM HOMESTAY (3 BILIK)

CANNING VALE AIN
CANNING VALE MUSLIM HOMESTAY boleh memuatkan sehingga 8 orang. 

Akses: 19km ke Airport. 1km ke Livington Marketplace (BIGW). 4km ke Fish Markets. 25km ke Perth CBD. 36 ke Caversham Wildlife Park. 34 ke The Margaret River Chocolate Company. 18km ke  Fremantle. 118km ke Lancelin Sand Dunes. 154km ke Pinnacles Nambung National Park.

 

ATTADALE MUSLIM HOMESTAY (4 BILIK)

attadale homestay NP

ATTADALE MUSLIM HOMESTAY boleh memuatkan sehingga 16 orang. 

Akses: 19km ke Airport. 2km ke Melville Plaza (Coles). 13.8km ke Perth CBD. 44 ke Caversham Wildlife Park. 29 ke The Margaret River Chocolate Company. 8km ke Fremantle. 143km ke Lancelin Sand Dunes. 204km ke Pinnacles Nambung National Park.

 

MIRRABOOKA MUSLIM HOMESTAY (2 BILIK)

mirrabokka ain (1)
MIRRABOOKA MUSLIM HOMESTAY boleh memuatkan sehingga 6 orang. 

Akses: 17km ke Airport. 2km ke Al Taqwa Mosque. 500m ke Mirrabooka Square. 4km ke Megabes Souvenirs Shop Malaga. 10km ke Perth CBD. 13.6km ke Caversham Wildlife Park. 11km ke The Margaret River Chocolate Company. 34km ke Fremantle. 122km ke Lancelin Sand Dunes. 182km ke Pinnacles Nambung National Park.

 

VICTORIA PARK MUSLIM HOMESTAY (2 BILIK)

victoria park homestay

VICTORIA PARK MUSLIM HOMESTAY boleh memuatkan sehingga 6 orang. 

Akses: 11km ke Airport. 5km ke Al Taqwa Mosque. 1.5km ke Coles Supermarket. 7km ke Perth CBD. 23.3km ke Caversham Wildlife Park. 6km ke The Margaret River Chocolate Company. 18km ke Fremantle. 137km ke Lancelin Sand Dunes. 197km ke Pinnacles Nambung National Park.

 

Ingin membuat tempahan? Just whatsapp Nadia di +60132183454 dan Faizul di +601119944984 untuk check availability homestay.

Go Travel. With Smile

www.yourbudgettrip.com

15 TEMPAT WAJIB PERGI BILA TRAVEL KE SEOUL, KOREA

15 TEMPAT WAJIB PERGI BILA TRAVEL KE SEOUL, KOREA

Entri kali ini, kami kongsikan 15 tempat wajib pergi bila travel di Seoul, Korea. Memang ramai travellers bercadang untuk ke negara K-Pop ni tapi terbatas sebab bajet ciput. Itu sebab diorang pilih pakej pelancongan yang bom bam kebabom mahal. Tapi sebenarnya, takde lah mahal sangat kalau uoll study sendiri perjalanan anda ke Seoul ni.

Kami di yourbudgettrip.com boleh buatkan pakej serendah RM1,100 untuk pakej 5hari 4malam. Kami bookkan apartment untuk 4malam di Seoul Station atau Itaewon Station, tiket masuk ke Everland theme park (boleh include shuttle bus kalau mahu), Nami Island+Shuttle bus+Ferry tour, Lotte World, dan Observation deck+cable car di N Tower. SPECIAL kami sertakan E-BOOK HALAL FOOD GUIDE IN KOREA, panduan solat, samak dan cadangan perjalanan untuk sampai ke destinasi-destinasi tourist spot. Mudah kan?

Yang penting si traveller study tempat lawatan sebab korea adalah negara yang sangat mudah untuk travel dengan public transport sebab train/subway/bus mereka sangat efficient.

Selain dari pakej yang kami tawarkan di atas anda boleh add on mana-mana tempat atau aktiviti dengan kami. kami bookkan awal dan anda boleh lek lek je ke sana. Ce tengok senarai “menu” add on di bawah:

seoul (2)
Menu add on, korang pilih untuk kami book sebelum terbang ke seoul

Ok, jom saya kongsikan 15 tempat wajib pergi bila travel di Seoul, Korea

1) LOTTE WORLD 

Terletak di Timur Seoul, Lotte World menjanjikan pengalaman menarik. Merupakan taman tema indoor terbesar di dunia dan dibuka sepanjang tahun dan menerima kunjungan seramai lebih 8 juta orang setahun. Di sini terdapat 45 tarikan yang harus anda kunjungi.

1. Dragon wild shooting – seperti nama permainan ini, anda akan menaiki kereta memburu naga tersembunyi di dalam istana. Walaupun hanya 10 minit di dalam istana, pemburuan anda memang menyeronokkan.

2. Desperados II – Dengan memakai Cermin mata 3D, anda harus memburu penjenayah dengan menaiki kuda. Pasti mencabar kerana anda juga bersaing dengan pemburu lain.

3. Comet Express – terletak di kawasan outdoor, comet express adalah sebuah train meneroka angkasa lepas dengan konsep glo in the dark.

4. Atlantis – juga merupakan roller coaster yang terletak di kawasan outdoor, bezanya atlantis bermain dengan konsep air dan kelajuan. 

lotte-world1
this is Lotte World, bukan disneyland tau.
lotte-world2
Indoor section
Gyro swing @ Lotte World

Selain itu, di kawasan outdoor terdapat cartoon character parade mengikut tema bulanan lotte world. Lotte World terletak berhampiran Lotte Hotel World dan Lotte Department Store bagi memudahkan pelanggannya untuk menginap dan bermalam.

2) EVERLAND THEME PARK

Taman Tema Everland telah dinobatkan sebagai taman tema ke-16 paling femes di dunia pada tahun 2014. Merupakan taman tema terbesar di Korea dan diuruskan sepenuhnya oleh Samsung C&T Corporation, anak syarikat Samsung Group. Tarikan utama adalah T Express-Roller, coaster kayu! Merupakan roller coaster ke-5 terpantas di dunia, wauu. amacam ade beran?

Terbahagi kepada 5 tema:

1. Global Fair
Tempat makan, kedai cenderahati, kedai gambar, perkhidmatan locker dan stroller.

2. Zoo-topia
Anda boleh melihat haiwan-haiwan comel di sini antaranya kuda poni, beruang kutub, singa laut, penguin, beruang, harimau.
Anda boleh mengelilingi kawasan zoo topia dengan menggunakan bas yang disediakan.

3. European Adventure
Di sini anda boleh menikmati suasana seakan-akan di Eropah. Pada musim bunga, Everland di hiasi dengan berjuta-juta bunga tulip yang sangat cantik. Anda wajib mencuba Mysteri Masion dan T Express di sini.

4. Magic Land
Mencuba bermain Roda Ferris, Log Ride, Futuristic Flying Ride dan Robot Ride pasti mengujakan anda!

center everland
Everland semasa tema Xmas
el2
Best ever roller coster

5. American Adventure
Kawasan yang bertemakan sejarah Amerika. Terbagi kepada dua kawasan iaitu Wild West dan Rodeo. 16118548_10210089677871984_284543065_n16144060_10210089677631978_2080727706_n

3) NAMI ISLAND

Nami Island terbentuk hasil daripada pembinaan Empangan Cheongpyeong. Mendapat nama daripada General Nami yang telah disemadikan di sini. Beliau telah dibunuh pada usia 28 tahun pada masa pemerintahan Raja Sejo (1455-1468) kerana telah dituduh sebagai pengkhianat. Pada tahun 1965, Nami Island telah dibeli oleh Mr. Minn Byeongdo (1916-2006), seorang pencinta alam semula jadi. Mr Minn kemudiannya telah menanam semula hutan di Nami Island, membina resort dan menjadikan Nami Island sebagai sebuah tempat pelancongan.

nami-cherry-blossoms
Semasa musim bunga, nami island di penuhi dengan bunga sakura. cantik kan!
nami-shuttle-bus
Suasana semasa musim panas

Terletak 63 km dari Seoul, 30 minit dari Chuncheon dan 1 jam perjalanan dari pinggir bandar Seoul, ia merupakan lokasi terbaik untuk merehatkan minda. Berkeluasan 553 560 km2 dan dipenuhi dengan pokok-pokok chestnut menjadikan Nami Island lokasi pengambaran Drama Korea popular Winter Sonata. Di Nami Island, anda berpeluang menikmati pemandangan indah dengan menaiki ferry. Di sini juga terdapat kemudahan sukan aktiviti air seperti perahu bermotor dan ski air.

Semasa musim sejuk, Nami Island bertukar wajah seputih salju.
Kecantikan Nami Island ketika musim sejuk telah dipilih sebagai lokasi dalam drama popular Winter Sonata. 

Tahukah anda?
Tiada satu pun tiang telefon di Nami Island! Semua wayar eletrik dibina dibawah tanah untuk mengekalkan landskap semulajadi Nami Island.

Menarik, kan?

ski
Sky resort di Nami Island

Mereka yang berhajat untuk main ski dengan bajet dibawah RM400.00 seorang (1 day tour),
kami menyediakan Shuttle bus (return) ke Nami Island + Elysian Gangchon ski resort .
Harga termasuk shuttle bus (return), pengangkutan lawatan di Nami Island, tiket masuk ke Nami Island, tiket feri, tiket masuk ke Elysian Gangchon ski resort, sewa peralatan ski, sewa pakaian ski, kelas asas bermain ski selama 30 minit dan staff yang boleh berkomunikasi dalam bahasa inggeris untuk membantu anda.

4) LOVE LOCK & N TOWER SEOUL

Landmark ni memang glamour dan kami boleh booking untuk menaiki observation tower + cable car di sana. Huruf ‘N” untuk menara ini bermaksud NEW look, iaitu nama baru selepas penstrukturan semula menara ini pada Disember 2005. 

n-seoul-tower5
Love Lock @ N Tower
n
N is New Look

Penambah baikan dilakukan pada sistem pencahayaan, warna keseluruhan bangunan, event coordinator untuk menaik taraf N tower sebagai antara tarikan utama di Seoul. Salah satu tarikan bagi pasangan bercinta yang sah (opkos) adalah Love Lock. Walaupun terdapat banyak lokasi love lock di seluruh dunia, tak salah rasanya untuk ‘lock’kan nama anda berdua di sini.
Balik Malaysia, jangan lupa “lock-love”kan nama anda dan pasangan di puncak Bukit Bendera Penang ya 

5) SEOUL CENTRAL MOSQUE

Kalau ke Seoul, cubalah singgah ke kawasan Itaewon kerana di situ terletaknya Seoul Central Mosque. Masjid ini berkeluasan 1,500 meter persegi siap dibina pada 1976 dengan bantuan dana dari kerajaan Saudi dan negara timur tengah lain. Seoul Central Mosque terletak di antara Sungai Han dan Namsan,

Masjid ini terdiri daripada pejabat, bilik kuliah, dewan solat utama di tingkat 2 dan dewan solat wanita ditingkat 3. Di sini juga terdapat sebuah madrasah dinamakan Prince Sultan Islamic School.

masjid itaewon
Sekali sekala cuba solat berjamaah atau solat jumaat di sini

Luangkan satu hari untuk menjelajah kawasan Itaewon untuk menikmati makanan halal korea dan bergaul dengan komuniti islam di sana.

6) GYEONGBOKGUNG PALACE (NORTHERN PALACE)

Dalam banyak-banyak istana yang ada di Seoul ni, Istana Gyeongbok adalah yang paling banyak menerima pengunjung. Sebabnya istana ni yang paling cantik dan paling besar, jangan lepaskan peluang merakam gambar-gambar di sekitar istana. Di sini pun ada istiadat penukaran pengawal istana tau!

Mengikut sejarahnya, ia di bangunkan pada tahun 1395 semasa pemerintahan Dinasti Joseon. Ia pernah musnah semasa berlaku Perang Imjin (1592-1598). Namun semasa perintahan Raja Gojong, ia di baik pulih. Masa zaman Jepun menjajah pada 1911, ia musnah lagi. Kemudian Jepun ada la baiki sikit-sikit untuk pemerintahan diorang. Tapi orang-orang korea ni sangat nasionalis, diorang baik pulih sampai gah macam sekarang ni.

Penat pulak cerita ni. Tak pe kat sana kerajaan korea ade wujudkan program Tour Guide secara free! program ni diorg nak didik rakyatnya terutama golongan muda jadi guide dan pandai berbahasa English, Cina dan Jepun. Bestkan! Dah sampai sana tanye je diorg.

facing-garden-
Sangat mendamaikan susana semasa musim luruh
palaces
Gyeongbok palace

7) NAMSANGOL HANOK VILLAGE 

Hanok village ni memang happening macam-macam acara ada dalam tu contohnya adat istiadat perkahwinan secara tradisional. Walaupun terletak di tengah-tengah bandar Seoul tapi ia seperti memasuki  time tunnel untuk quick travel back to the past. Memasuki Perkampungan ini, ade 5 buah rumah tradisional yang di bina menyerupai senibina asal era Joseon. Setiap rumah berbeza-beza fungsi, bentuk dan penghuni, ade rumah rakyat biasa, ade rumah pegawai tertinggi dan rumah queen.

Di sini pon ade gak program bebudak sekolah pakai baju orange jadi tour guide free! bagus tul depa, Malaysia kena buat mcm ni so bebudak takde le melepak bagai kat mall.

namsangol
Jangan lepaskan peluang try baju tradisional mereka. Dah datang korea, cari lah yang susah jumpa di tanah air

8) DANGDAEMUN

Ade 2 perkara menarik di Dangdaemun, 1st adalah Dangdaemun market yang sangat besar yang menggabungkan tradisional market dan shopping center. Ia merangkumi 26 buah shopping mall, 30,000 shoplot dan 50,000 manufacturer merangkumi kain-kain, baju, kasut, accessories, barangan elektronik, barang kulit, sukan, barang office, mainan, pet dan lain-lain. Kawasan ni memang hidup 24 jam sebab pada malam hari ade pasar malam plak. Boleh sambung shopping sampai pagi ya kang kawan.

Dongdaemun
UFO?

Gambar kat atas ni adalah tarikan ke 2 di sini, namanya Dangdaemun Design Plaza (DDP), sangat futuristik kan. Ia adalah gabungan tradisi, relics, cutting edge dan multi cultural yang moden. Di dalam nya terdapat Art Hall, Muzium, Design Lab, Design Market, dan dongdemun History & Culture Park. Penggemar drama korea pasti ingat lokasi ni dalam “My Love from the Star”

9) MYEONG DONG

Tempat wajib pergi, tapi bukan wajib beli.. sebab apa? Sebab terbukti selama beberapa tahun ini, Myeongdong Market tersenarai sebagai Top 10 Most Expensive Shopping Street in the WORLD 😉 Tempat ni merupakan syurga membeli-belah, recommended untuk pelancong. Sangat banyak menjual barang-barang glamor korea seperti kosmetic, jenama spa global, kasut, pakaian dan macam-macam lagi. Beli tak beli tepuk dada tanya wallet.

chuncheon-myeongdong
Suasana street shopping di Myeongdong

10) NAMDAEMUN MARKET

Haa, ini tempat sesuai kalau bajet tak banyak tapi nak jugak shopping. Taklah moden sangat sebab ia adalah pasar tradisional paling besar di Korea dengan lebih 1700 kedai 😀 ko hado. Jual barangan tempatan dan imported tau sebab mostly mereka ade kilang dan production sendiri. Kira jual borong, boleh tawar menawar dan yang penting diorang boleh jual dengan harga yang sangat murah. Keluarkan teknik bargain korang ke level paling dewa walaupun cakap macam ayam itik, Cuba je, tak salah kan.

damdaemun
Cute Namdaemun Map. Jap, mana bahagian lelaki 😉

Kaji gambar map comel ni, time to exercise kaki, tangan dan mulut

11) HONGDAE (HONGIK UNIVERSITY)

Kalau ikut pakej atau beli/tempah/book entrance ticket dengan kami, Hongik University adalah tempat wajib tahu sebab most of the pitstop/check point kami adalah di sini. Bukan apa, jimat masa dan tak sesat punya. Tempat ni memang happening sebab pasar malam/uptown di sini memang popular dengan youngster untuk ekspresi culture diorang, memang unik dan meriah. Mungkin locate dekat kawasan university, banyak lah student kat kawasan tu.

1
Suasana malam
hongdae
Malam hari kawasan ni memang banyak street performance 

12) CHUNCHEON ROMANTIC MARKET

Sangat popular di kalangan pelancong Jepun dan Asia Tenggara termasuk Malaysia. Sebab nya adalah WINTER SONATA. Ini Fakta tau.

romantic
Winter sonata location

13) HAN RIVER 

han
Pelayaran cruise semasa siang
han
Ini pula semasa waktu malam

Kami juga menawarkan perkhidmatan tiket menyusuri Han River menaiki Ferry Cruise. Cara terbaik untuk menikmati pemandangan terindah di sekitar Seoul. Dari dalam cruise anda dapat melihat keindahan Hangang River, pulau-pulau kecil, Jeoldusan Park, 63 Square, N Seoul Tower, Jamsil’s Sports Complex, dan tourist spots yang lain. Sepanjang 30 hingga 90 minit pelayaran ini, akan ade 7 docks perhentian, selain itu korang juga berpeluang untuk memberi makan burung camar dari atas cruise.

14) SMTOWN

Untuk K-popper jangan lepaskan peluang mengunjung SMTown @Coexartium di Coex Shopping Center. Kpopper mesti tahu yang SM Entertainment merupakan company hiburan terbesar dan melahirkan ramai artis-artis berbakat dan glamor. Di sini korang boleh membeli dan mencari macam-macam cenderahati dari artis kesayangan korang. Kalau bertuah sempat lah jumpa artis-artis kesayangan korang.

school-oz-
Pasti menarik! Kami boleh book kan awal sebelum anda terbang ke Korea

Lebih menarik, kami juga boleh bookkan tiket SMTOWN Hologram Musical: School OZ The Original, lakonan TVXQ! Max, EXO Suho dan Xiumin, f(x) Luna, SHINee Key, dan Red Velvet Seulgi. Persembahan teater musical hologram ini dipentaskan di 15meter panavision screen selama 110minit. Pasti menarik.

15) CHEONGGYECHEON

Merupakan sungai buatan moden di tapak sungai lama sepanjang 0.9km, semasa pendudukan jepun di sini, mereka menimbus sungai ini untuk projek lain. Selepas merdeka ia di jadikan jalan raya dan seterusnya selama 20 tahun ia bertukar menjadi Highway. Namun pada 2005, perubahan drastik dilakukan untuk mewujudkan balik sungai ni. Walaupun dikritik sebab belanja besar bak hang, tapi ia menjadi keagungan sebagai pusat rekreasi awam dan pelancong. 

Cheonggyecheon-Stream
Terletak di tengah bandar dan sering dijadikan lokasi festival

Do whatsapp kami untuk dapatkan diskaun istimewa dan finalize quotation Faizul +601119944984

Ok lah, ini saja entri buat kali ini, maaf kalau panjang sangat. Semoga entri 15 tempat wajib pergi bila travel di Seoul, Korea ini memberi manfaat kepada anda

FOOD DECLARATION LIST AUSTRALIA

FOOD DECLARATION LIST AUSTRALIA

credit to Izan

Untuk mereka yang pertama kali datang ke negara Kangaroo, adalah satu kewajipan bagi kita untuk membawa makanan asas dari negara kita ke negara yang hendak kita melancong. Okay, bagi mereka yang tidak tahu, jika anda melancong ke negara Kangaroo anda diwajibkan untuk membuat declaration food di dalam borang yang akan diberikan oleh pihak negara sana. Setiap barang yang dibawa masuk ke negara mereka wajib kita nyatakan. Disini kami nak kongsikan beberapa tips bagi memudahkan anda melepasi pihak imigresen dengan mudah dan pantas.

Perkara yang perlu dielakkan :
1. Anda tidak dibenarkan membawa makanan yang berasakan daging dan tenusu
2. Elakkan membawa barang basah seperti ayam,ikan,sayur sayuran mahupun buah buahan. Beli sahaja di supermarket mereka, murah sahaja.
3. Kalau boleh elakkan membawa makanan yang tidak tertulis “ingredient” atau pun barang makanan yang tidak di bungkus dengan rapi. Contoh nye seperti serunding yang dibeli di pasar malam, jika bernasib baik anda akan lepas,jika tidak makanan akan dirampas oleh pihak mereka.
4. Jangan membawa makanan yang bebau kuat seperti sambal belacan dan lain-lain

Jangan risau makanan segera seperti Maggie, brahims, milo 3in1, sos cili, spaghetti, prego sauce, sardin tin, roti dan lain-lain dibenarkan bawa masuk.

Untuk mengelak kan beg makanan anda dibuka oleh pihak imigresen Australia, kami syorkan anda membuat declaration food didalam satu kertas A4 siap-siap. Jika mereka ragu-ragu, anda tunjukkan sahaja kertas declaration food anda. Secara tidak langsung memudahkan kerja mereka dan melancarkan trip anda.

Dan jangan panic ye, di sana setiap beg kita akan di “inspect” oleh anjing petugas mereka. Anjing itu hanya menghidu beg kita sahaja, untuk mengelakkan kita membawa barang-barang yang terlarang ke dalam negara mereka.

decleration-form
Incoming passenger card (anda perlu isi, di belakang ada soalan yang perlu anda jawab berkaitan barang yang anda bawa masuk)
list
Contoh declaration food secara detail (ini bagi mereka yang rajin ) –boleh pilih mana-mana contoh declaration food
list-2
Contoh declaration food secara ringkas (ini bagi mereka yang kurang rajin ) –boleh pilih mana-mana contoh declaration food

 

 

TIPS TRAVEL KE INDONESIA

TIPS TRAVEL KE INDONESIA

indonesia

Hari yang indah ni saya saja nak share sikit tips ke Indonesia sebab agak ramai yang pm dan bertanya. Semoga beri sedikit manfaat 🙂

Sebab mata wang sedikit jatuh, maka Indonesia antara tempat yang kita boleh tuju untuk percutian bajet dan tak mengeluarkan banyak modal.

Actually saya selalu travel ke Indonesia sebab adik ada belajar di pasantren di jawa tengah kira-kira 7 jam perjalanan dari kota Bandung, so puas jugak lah merasa duduk kampung di kawasan agak pedalaman.hihi. Dah ke Tanah Jawa, sambil-sambil ada masa lapang nak travel, kami pilih lokasi-lokasi lain di Indonesia juga. Saja-saja nak dapatkan pengalaman dan doa musafir.

Public transport ke Indonesia tak lah advance macam negara maju lain yang kita senang-senang nak back packers kan. So kalau travel ke Indonesia saya selalu advise 2 kaedah:

Free and easy
Book hotel, cari supir yang boleh dipercayai. Kita design sendiri itinerary, then minta supir bawak. Mostly satu kereta rate harga dalam 500 000-550 000 rp setiap hari. Kaedah ni nanti kita kena bagi duit parking dan tol pada supir. Kena rangka perbelanjaan betul-betul as makan, tempat lawatan kita kena bayar sendiri masa kat sana nanti.

Pakej
Yang ni selalu saya deal dengan agen yang saya sangat percayai. highly recomended! Hotel, makan, transport, supir, guide (travel 8 orang dan ke atas), minyak, tol, tiket lawatan, air mineral setiap hari, tips driver, complete semua sekali (tak termasuk tiket flight) telah diselesaikan lebih awal. So masa di sana nanti, anda cuma perlu rileks-rileks je. Ikut dan komunikasi dengan driver.

Ada beberapa kawan saya yang redah saja, tapi akhirnya macam-macam berlaku. Kena tipu dengan driver yang dia jumpa di airport, ada yang kena pukau. Biasalah kita travel ke negara orang, banyak benda-benda yang kita tak boleh kawal.
So, buatlah persediaan lebih awal 😉

Saya personally guna dua-dua kaedah di atas jika ke Indonesia. Jika bercuti dengan family, ada parents dan kanak-kanak saya prefer kaedah kedua kerana lebih memudahkan, jadual perjalanan dan makan yang tersusun.
Orang tua dan kanak-kanak perlu makan on time. Tak nak ada yang sakit perut masuk angin dsb.

Untuk kengkawan muslim, tak semua tempat di Indonesia mudah cari makanan halal ye. Ada banyak tempat yang majoriti penduduk nya bukan islam. So, berhati-hati. Banyakkan bertanya dengan driver. Guna agen yang diyakini. Jika agen yang saya guna, inshaAllah memang 100% HALAL food.

Tak sanggup nak sewa kereta sahaja dan redah sendiri di Indonesia sebab jalan dia fuhhh, mencabar sangat-sangat. haha. jalan kecik, berliku-liku.

Kalau ada yang lebih extreme untuk ber back pack, boleh la gune apps GO-JEK atau Say Taxi. Kat sana masih takde UBER ye. Setakat ni UBER cuma ada di Jakarta dan Bandung.

Pada saya, kalau nak buat percutian bajet-bajet sangat pun janganlah sampai mengabaikan keselamatan sendiri ye kengkawan.

Go Travel. With Smile

www.yourbudgettrip.com

 

7 TEMPAT MENARIK YANG ANDA BOLEH ‘EXPLORE’ DI PERTH, AUSTRALIA

7 TEMPAT MENARIK YANG ANDA BOLEH ‘EXPLORE’ DI PERTH, AUSTRALIA

Air Asia, Malindo & Malaysia Airlines ada menawarkan penerbangan terus ke Perth, Australia. Kalau dapat grab tiket promo, anda boleh terbang ke Perth dengan bajet bawah RM1000.00 per person. Jadi tak hairan lah ramai rakyat Malaysia yang memilih Perth sebagai salah satu tempat percutian wajib mereka, kan! Untuk anda yang tak ada idea tempat2 menarik mana yang nak di terjah semasa di Perth, jom semak 7 tempat menarik yang anda boleh ‘explore’ di Perth, Australia.

1. PERTH CITY TOUR    

perth 

BELL TOWER

Waktu operasi: 10.00 a.m.- 4.00 p.m. / Tiket dewasa: 18.00$ / Tiket kanak-kanak: 9.00$         Bell Tower merupakan tempat wajib pergi jika anda ke Perth kerana ia merupakan antara land mark bandar Perth. Bell Tower ni merupakan alat instrumen muzikal gergasi yang terdiri daripada 26 loceng carillon. Loceng-loceng di menara ni bukan sebarang loceng tau! Ia boleh menghasilkan irama lagu-lagu terkenal dan kebangsaan Australia. Wow. Sambil-sambil mendengar alunan irama loceng-loceng carillon ni, anda juga boleh menikmati pemandangan indah bandar Perth di tingkat 6 menara.

LONDON COURT

Bentuk bangunan yang klasik dan cantik, menjadikan London Court terkenal sebagai port photography yang menarik di Perth CBD (Perth Central Business District). Anda akan rasa seperti di London! Kawasan ini merupakan arked terbuka 4 tingkat yang dibina oleh Claude de Bernales, seorang ahli perniagaan dan saudagar emas pada tahun 1937 dan terletak di tengah pusat perniagaan Perth. Selain port bergambar, London Court juga merupakan syurga shopping. banyak kedai-kedai yang menjual barangan kemas, baju-baju, kasut, produk kecantikan dan juga cenderahati di sini. 

KINGS PARK & BOTANICAL GARDEN

Untuk anda yang mencintai alam sekitar dan biodiversiti, jangan lepaskan peluang mengunjungi Kings Park & Botanical Garden. FOC je! Taman dalam bandar Perth ni merupakan antara taman yang terbesar dan terindah di dunia tau. Dibuka kepada umum dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang, isnin-jumaat dan ditutup pada hujung minggu. Boleh lah bawa family atau kawan-kawan ber picnic di sini. Kings Park & Botanical Garden menempatkan lebih daripada 3000 jenis flora yang unik dan 3/4 dari 400 hektar (keluasan taman) telah dipelihara sebagai tempat pemuliharaan kepelbagaian biologi. Well done Australia government atas effort yang bersungguh-sungguh memulihara alam sekitar.

WATERTOWN BRAND OUTLET

Heaven untuk kaki shopping, jangan lepaskan peluang untuk membeli-belah di Watertown Brand outlet! Ada berpuluh outlet barangan berjenama yang boleh anda masuk di sini, harga nya for sure lebih murah berbanding di kedai-kedai dan shopping mall di luar. Anda boleh pilih apa je barang yang anda nak, dari outlet yang mejual buku, games, hand bag, pakaian, kasut, hadiah, barangan rumah, hingga barang kemas dan barangan kecantikan.

2. CAVERSHAM WILDLIFE PARK 

kangaroo

Saya suka, saya suka. Ni adalah tempat wajib singgah kalau anda suka sangaat nak jumpa kangaroo, koala, wombat, penguin dan haiwan-haiwan lain yang super cute. Caversham Wildlife Park dibuka setiap hari jam 9.00 a.m. hingga 5.30 p.m. Last entry jam 4.30 p.m. Harga tiket masuk 28.00aud utk dewasa dan 12.50aud untuk kanak-kanak (3-14 tahun). Banyak aktiviti menarik di sini tau! Anda boleh join farm show, Molly farm, bermesra dengan wombats, bergambar dengan koala dan bagi makan kangaroo. Semua show, pengalaman interaktif, peluang bergambar dan beri makan haiwan di sini telah termasuk dalam harga tiket masuk.

Jika anda ingin ke Cavershan Wildlife Park menggunakan kereta: Anda boleh menuju ke Whiteman Park dan masuk melalui pintu Lord Street atau Jalan Beechboro. Masuk dan parking di Whiteman park adalah percuma. Jika nak parking paling dekat dengan Caversham, anda boleh parking di car park 8. Boleh masukkan koordinat GPS Lord Street, Whiteman, 6068 (-31.833524, 115.952877) atau Beechboro Road, Whiteman, 6068 (-31.847378, 115.924681).

Jika ingin ke sini dengan bas: Anda boleh ambil bas no 955 dan 956 yang berlepas dari Bassendean Station menuju Ellenbrook, dan berhenti di Whiteman Park entrance,  Lord Street.

3. SWAN VALLEY

Terletak hanya 20 minit dari Perth CBD. Anda pasti terpegun dengan keindahan desa Guildford yang bersejarah. Anda boleh menyelusuri sejarah Perth di sepanjang heritage walk trails yang ada di sini dan merasai sendiri suasana desa Australia. Di sini terdapat banyak hasil seni perusahaan desa dan pelbagai jenis makanan dan minuman yang segar yang boleh anda rasa secara percuma seperti nuts, nougats, madu, coklat dan kopi.

4. MANDURAH 

atlantic-spotted-dolphin-590538_960_720

Merupakan bandar kedua terbesar di Western Australia dan terletak 72km ke selatan Perth. Banyak aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di pantai Mandurah ni. Antaranya berenang, memancing, mencuba jet xtreme, dan melihat dolphin (Mandurah dolphin tour dalam 30.00aud per person). Berpicnic makan-makan bekalan makanan yang anda dah prepare di homestay mesti best kan. Sambil menikmati keindahan pantai Mandurah.

5. FREMANTLE

Anda wajib try grilled seafood dan fish & chips di Kailis Fish Market Cafe di Fremantle ni. Sedap amat! Fresh betul. For sure sedap hingga menjilat jari. Actually Fremantle merupakan pelabuhan penting di Perth, kalau anda ingin ke Rottnest Island, anda boleh menaiki bot dari sini. Selain mencuba makanan yang enak, anda juga  boleh melawat maritime museum, arts centre, town hall, fremantle prison dan membeli cenderahati di E-shed market di Fremantle. 

6. LANCELIN

Lancelin telah disenaraikan sebagai salah satu tempat percutian terbaik di Western Australia. Padang pasir putih, pantai yang bersih dan kehidupan tepi laut cukup menggambarkan mengenai keindahan Lancelin. Bagi anda yang suka kan sukan extreme, anda boleh mencuba aktiviti wind surfing, kite surfing dan sandboarding di sini. Selain tu, anda juga boleh boleh mencuba aktiviti dolphin-spotting dan memancing di sini. Pergh, satu lagi tempat sedap untuk try makanan laut yang segar. Lapar pulak rasa 😀

7. PINNACLES

Pinnacles

Satu lagi tempat best yang anda kena pergi. Pinnacles merupakan kawasan padang pasir di Nambung National Park. Kawasan ni merupakan kawasan batuan batu kapur yang terluluhawa dan kemudian membentuk padang pasir berwarna kuning. Terletak 3 jam dari bandar Perth, Pinnacles Desert Discovery Centre dibuka setiap hari pada pukul 9.30am-4.30pm. Bayaran masuk adalah 12.00aud per kenderaan. Anda boleh menghubungi Pinnacles Discovery Centre di talian (08) 96527 913 untuk tempahan. Selepas ke Pinnacles, anda boleh singgah di perkampungan nelayan Carvantes untuk menikmati keindahan pantainya yang putih dan kecantikan tasik garam, Lake Thetis.

Best kan bercuti di Perth. Macam-macam aktiviti kita boleh cuba dan macam-macam tempat menarik kita boleh lawati.

Kalau anda nak percutian yang bajet, anda boleh stay di Muslim Homestay Perth dan survey kereta sewa di sini.

Kalau takut nak drive sendiri, anda juga boleh survey full pakej Perth. Just sit back and enjoy the holidays.

Anda ada masalah untuk rancang percutian di Perth? Anda boleh whatsapp Nadia di +60132183454 atau Faizul di +601119944984 untuk dapatkan pandangan dan guidance 😀