CARA ISI MINYAK PETROL DI PERTH. IKUTI 5 TIPS MUDAH UNTUK FIRST-TIMER

Pertama kali memandu di Perth, pasti teragak-agak kan untuk isi minyak. Jom Ciknutt share Cara Isi Minyak Petrol Di Perth, Ikuti 5 Tips Mudah Untuk First-timer. Memang agak kekok sedikit cara isi minyak petrol di Perth ni, lebih-lebih lagi kereta yang dibawa tu adalah kereta sewa. Tapi kalau dah tau, mudah je sebenarnya. Jom

1.PASTIKAN KEDUDUKAN PENUTUP TANGKI

Nampak remeh kan, tapi amat penting wei. Mungkin korg fikir sampai je hose tu kan, selalu buat kat Malaysia. Tapi di Perth TIDAK! Hose diorg pendek dan takkan sampai kalau parking the opposite side. Jadi untuk elakkan dari malu besar, pastikan kedudukannya tau. Usah risau sebab di dashboard ada anak panah kecil bgtau sebelah mana fuel cap kereta tu. Tak pernah tau ke? kereta Proton mmg takde little arrow tu 🙂

fuel-arrow
little arrow to menunjukkan fuel cap korg sebelah kiri.

 

2. TENTUKAN BERAPA DOLLAR KORANG NAK ISI

Bagi memudahkan kerja mengisi petrol, tentukan dulu berapa dolar korg nak isi. Setiap petrol pump berbeza sistemnya, ada button 10, 20, 50, just tekan je dan ada button biasa 0-9. Kalau nk isi $30 just tekan 20 dan 10. Mudah je.

note 1: Reset dahulu atau tunggu auto reset data pelanggan sebelum korg. Nanti nak isi sikit terisi banyak plak.

note 2: Letak hose betul2 tau, nanti tak pasal2 ada loudspeaker “Pump number 5, put it on properly”. Malu tak. :0

p1020881
Kalau shell cmni lah pump dia

3. ISI DAHULU BARU BAYAR

Ini lagi korg kekok kan. Ingat, isi dulu petrol then baru ke kaunter untuk pembayaran. Bayar secara cash ataupun swipe credit card. Selesai.

Bayangkan kalau sistem ni buat di Malaysia, lingkup tokey. Kita sebenarnya belum bersedia ke arah tu, maybe one day, insyaAllah.

4. HARGA BERBEZA-BEZA DI SETIAP STESEN

Harga petrol berbeza2 di setiap lokasi dan jenama. Untuk info, harga di kawasan bandar dan sub coastal lebih murah berbanding di sub bandar dan luar bandar. Selain tu, petrol lebih murah pada hari Ahad dan Isnin dan sedikit mahal pada hari Selasa dan Rabu. Kenapa ya, ciknutt pun tak tau.

notes:
kajian 2017, Perth region:

  • Most Expensive – Coles Express, BP, Caltex.
  • Cheapest – Vibe, United, 7-eleven

5. SEWA PENUH, PULANG PENUH

Sewa kereta di sini mmg ketat peraturannya, tapi yg penting secara etikanya dapat kereta full tank, pulangkan kereta pun kenalah full juga. Apa jadi kalau korg pulangkan kereta tank kosong, jangan risau diorg cuma caj korg harga petrol je. Jangan terkejut rate dia lagi tinggi dri korg isi sendiri. 😉 Jangan risau, kalau full tank kereta 5seater tak sampai $50.

49104201_10215487664858285_3564931398093504512_n
Jom bermotorhomes dengan ciknutt. Pengalaman pernah habis minyak di tengah jalan, alhamdulillah ada yg bantu.

Jadi Ciknutt pesan, kalau driving di negara orang banyakkan bersabar dan ikut lah peraturan. Even isi minyak pun ada aturannya sendiri. Ok tu je Ciknutt nak share Cara Isi Minyak Petrol Di Perth, Ikuti 5 Tips Mudah Untuk First-timer.

 

Jom bercuti ke Perth bersama kami. Do visit our:

Website: www.yourbudgettrip.com

Blog: www.yourbudgettrip.com/blog

Facebook: www.facebook.com/yourbudgettrip

Instagram: www.instagram.com/yourbudgettrip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *