PAKEJ PERCUTIAN PRIVATE KE MELBOURNE, AUSTRALIA

PROMO GROUND PRIVATE ARRANGEMENT MELBOURNE 5 HARI 4 MALAM

Pakej percutian ke Melbourne Australia bersama Yourbudgettrip.com

Cik Nutt nak Tanya, korang ada terfikir tak bestnya kalau dapat bercuti ke MELBOURNE, AUSTRALIA terutamanya bila korang dengar dan tengok gambar-gambar percutian yang kawan korang share kat facebook dan instagram?

Ada yang share gambar diorang tengah bergaya sakan depan Brighton Beach Bathing Boxes yang colourful and cantik tu, ada yang share gambar diorang tengah bagi kangaroo makan. Lagi geram ada jugak yang share gambar diorg tengah enjoy naik Puffing Billy, siap julur kaki ke bawah sambil menikmati pemandangan sekitar Dandenong yang sangat indah. Korang tak jeles ke? ;P

Kalau korang teringin nak bercuti macam kawan-kawan korang tu, apa kata korang contact team Cik Nutt dan team Cik Nutt akan arrangekan percutian korang tu, siap ikut timing korang dan yang penting boleh cover semua tempat-tempat menarik di Melbourne.

Barulah syok kalau korang nak bercerita ngan kawan-kawan bila dah balik ke Malaysia semula kan??

Okay lah, kat bawah ni Cik Nutt cerita sikit, itinerary bagi Pakej Ground Private Arrangement di Melbourne bagi 5 hari 4 malam.

 

ITINERARI

Hari 1: KUALA LUMPUR – MELBOURNE

Tiba di Melbourne. Ketibaan korang akan disambut oleh wakil kami di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne. City tour sekitar Melbourne. Korang juga akan dibawa melawat ke syurga shopping souvenir di Melbourne iaitu Queen Victoria Market. Bolehla korang beli souvenir or kalau nak rasa buah-buahan fresh atau makanan-makanan yang terdapat di sini, silakan ye..Selepas korang dah puas cuci mata melihat keindahan Bandar Melbourne dan membeli belah di Queen Vic, bolehlah korang check in Homestay untuk beristirehat.

 

Hari 2: GREAT OCEAN ROAD (COASTAL VIEW OR WITH FRUIT PICKING)

Kami akan bawa korang untuk melalui Great Ocean Road (GOR) yang dikenali antara world’s most scenic coastal drive. Di sepanjang perjalanan ini korang akan melalui pantai-pantai yang sangat cantic, contohnya Bell Beach yang terkenal dengan aktiviti water surfing, Lorne beach selain rumah api Cape Otway Lightstation.

Seterusnya, tempat yang wajib korang sampai bila dah melalui Great Ocean Road ni pastinya The Twelve Apostles. Di sini korang boleh saksikan sendiri pemandangan jujukan batu kapur yang sangat indah. Kalau korang ada bajet lebih, bolehla korang lihat pemandangan di sini dengan menaiki helicopter.

Selain tu, kalau ada kesempatan masa, korang juga boleh singgah di Otway dalam perjalanan untuk merasa pengalaman memetik buah terutamanya buah blueberries!!!. Mesti enjoy kan?

 

Hari 3: PHILLIP ISLAND, BRIGHTON BEACH, & ST KILDA

Melawat Phillip Island Wildlife Park. Kat sini korang boleh beramah mesra dengan kangaroo dan koala yang super cute! Korang boleh beli makanan yang dijual di kaunter dan beri makan kepada kangaroo-kangaroo di sini. Jangan lupa ambik gambar banyak-banyak untuk korang share dengan kawan-kawan dan family ye. Bukan senang nak dapat peluang macam ni kan?

Seterusnya korang boleh melawat Churchill Island Heritage Farm. Apa yang menariknya kat sini adalah pemandangan seolah-olah zaman old English dengan cottage yang dikelilingi bunga-bungaan cantik serta haiwan ternakan seperti kuda, kambing biri-biri, lembu dan goose. Siap ada aktiviti “sheep shearing” lagi.

Lepas beramah mesra dengan pelbagai jenis haiwan, kami bawa pula anda untuk melihat sendiri dan bergambar di Brighton Beach Bathing Boxes. Ye, di sinilah terletaknya bilik persalinan yang colourful dan cantik sangat macam korang selalu tengok dalam iklan tu.

Dah puas bergambar, kita terus ke St Kilda Beach. Kat sini viewnya cantik tau. Korang boleh pilih nak duduk lepak-lepak atau nak berjalan santai di laluan kayu yang dah disediakan. Kalau korang sampai petang, ada canlah korang tengok penguin-penguin comel bergerak balik ke sarang diorang secara berkumpulan. Bestnya!!!

 

HARI 4: PUFFING BILLY DAN SEKITAR DANDENONG

Hari ni kami akan bawa korang menaiki keretapi wap di Puffing Billy sambil menikmati pemandangan indah kawasan hutan di sepanjang Dandenong ranges. Boleh duduk sambil menjuntaikan kaki tau!

Kalau korang nak lihat pemandangan Melbourne secara keseluruhannya, korang boleh berbuat demikian di SkyHigh Mount Dandenong. Memang superb dan romantik sekali pemandangannya.

Selain itu, aktiviti yang korang boleh lakukan di sini adalah berpiknik di The Grants Picnic Ground. Suasana hutan yang tenang dan nyaman ni sangat sesuai untuk korang yang nak release tension dan menghilangkan tekanan sebelum kembali bekerja. Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ni ye..Rugi kalau xpergi :p

 

Hari 5: MELBOURNE-AIRPORT

Check out Homestay. Bersedia untuk ke Airport untuk pelepasan ke Kuala Lumpur.

 

Apa yang Cik Nutt nak bagitau korang ni, pakej ground private arrangement ni termasuk

  • 4 malam Apartment/Homestay
  • 4 hari Private Tour
  • Personal driver/ tour guide
  • Airport transfer return
  • Semua tiket lawatan di lokasi di atas
  • Air mineral & Lunch Pack
  • Transport termasuk minyak, tol & parking
  • Muslim friendly, English and Malay speaking private tour guide.

Untuk semua di atas, Cik Nutt nak kongsikan harga promosi blueberries runtuh kat korang! Untuk masa yang sangat terhad, pakej Ground Private Arrangement to Melbourne untuk 5 hari 4 malam hanya:

***********Harga Promo**********

3 pax: RM 3100.00/person

4-9 pax: RM 2790.00/person

10 pax: RM 2480.00/person

 

Harga special untuk kanak-kanak (*Group 6 pax ke atas sahaja)

< 12 tahun (10% off)

< 4 tahun (20% off)

< 2 tahun (percuma)

 

Jadi, tunggu apa lagi? Cik Nutt nasihatkan jangan lepaskan peluang ini sebab masa adalah terhad. Dijamin berbaloi dan tidak akan mengecewakan korang. Kami akan bersedia melayani dan membantu anda tidak kira di Malaysia atau Melbourne.

 

Sekiranya korang berminat atau ada sebarang persoalan, jangan segan untuk hubungi team CIk Nutt ni.

www.wasap.my/60132959688 (hazri)

www.wasap.my/60132959688 (hazri)

www.wasap.my/60132959688 (hazri)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *