MAHU TERBANG KE MELBOURNE? INI SENARAI HOMESTAY YANG BERBALOI

MAHU TERBANG KE MELBOURNE? INI SENARAI HOMESTAY YANG MUNGKIN KORANG CARI

Korang sedang merancang percutian ke Melbourne, Australia? Cik Nutt yakin salah satu perkara penting yang berada dalam fikiran korang pastinya tempat penginapan atau homestay. Betul tak??? Yelah kan, dah letih berjalan seharian, korang mesti nak berehat di homestay yang selesa, so bolehlah kumpul tenaga nak sambung berjalan, shopping2 sakan pulak keesokan harinya hehehe : D

Cik Nutt pasti korang pun mesti ada kriteria-kriteria tertentu dalam memilih homestay yang sesuai dengan korang. Antaranya:-

  1. Korang yang beragama islam pastinya akan memilih homestay muslim sebagai pilihan utama. Kalau dah homestay muslim, insya Allah korang takkan ragu-ragu untuk menggunakan peralatan dan kelengkapan di homestay tersebut yang dah terjamin suci dan bersih.
  2. Homestay yang affordable dan cukup sempurna kelengkapannya. Bagi Cik Nutt, kriteria ni penting tau korang, so bolehla korang berjimat dari segi kos untuk makan, basuh pakaian dan sebagainya. Mana taknya, homestay korang ada dapur yang best untuk memasak, washer untuk basuh baju korang. Duit yang korang jimat tu bolehla korang shopping sakan, or beli souvenir untuk kawan-kawan korang yang suka kumpul fridge magnet dari luar negara kan….Ermm jimat, jimat, jimat bak kata Ipin.
  3. Bestkan kalau homestay yang korang pilih ni dekat dengan tempat-tempat menarik yang korang nak lawati nanti. Cik Nutt jamin korang boleh jimat kos pengangkutan dan masa perjalanan. Wow!! Jimat berganda-ganda tu!. Jika masa perjalanan dapat dikurangkan, makin banyak la tempat yng korang boleh pergi. Jadi berbaloi la dengan jumlah wang yang korang spend untuk datang ke Melbourne ni.
  4. Kemudahan tempat makan yang halal atau kedai-kedai menjual barangan runcit halal. Ni pun salah satu kriteria penting juga bagi Cik Nutt. Kalau dah namanya melancong atau melawat ke negara luar, pastinya korang nak mencuba makanan yang terdapat di situ. Kalau tersalah pilih homestay, alamatnya susah la korang nak cari makanan halal terutamanya kalau korang rasa tak larat or malas nak masak. Jadi, jangan lupa untuk consider kriteria ni ye.

Okay lah..dah penat Cik Nutt bebel pasal kriteria, sekarang jom kita check senarai homestay muslim yang kami dah sediakan untuk memudahkan korang buat pilihan bila nak melancong ke Melbourne, Australia nanti…Moh kite!

 

SOUTH MELBOURNE HOMESTAY

Homestay ini merupakan sebuah apartment yang mempunyai 3 bilik di mana master bedroomnya mempunyai bilik air berasingan, dilengkapi dengan dapur berserta dapur gas, oven, microwave, dishwasher dan European Laundry, selain ruang tamu yang dilengkapi televisyen, 2 sofa dan katil berkembar.

Akses:-

26.4 km ke Airport Melbourne. 4.6 km ke Queen Victoria Market. Perjalanan melalui Great Ocean Road ialah sejauh 238 km. 1.9 km ke Phillip Island. 4 km ke St Kilda Beach. 11.8 km ke Brighton Beach. 48.2 km ke Puffing Billy. 34.2 km ke Dandenong Ranges. 5 minit berjalan kaki ke South Melbourne Market dan Clarendon St. Cafes/restoran.

 

VICTORIA HOMESTAY

Homestay ni pulak merupakan sebuah modern town house 3 tingkat yang mempunyai 6 bilik dan 4 bilik air serta dilengkapi dengan tempat letak kereta percuma, wifi percuma dan kelengkapan dapur. Homestay ini boleh memuatkan maksimum 25 orang pada satu-satu masa. Sesuai untuk group booking!

Akses:-

Terletak di Coburg, 8km dari Melbourne City, boleh berjalan kaki sahaja ke kedai halal, coles supermarket dan Melbourne City. 14 km ke Airport Melbourne. 14 km ke Queen Victoria Market. Perjalanan melalui Great Ocean Road ialah sejauh 221 km. 25 km ke Phillip Island. 34 km ke St Kilda Beach. 39 km ke Brighton Beach. 54 km ke Puffing Billy. 58 km ke Dandenong Ranges.

 

SPRINGVALE HOMESTAY

Homestay ini mempunyai 3 bilik di mana bilik utama dilengkapi katil Queen dan dua buah bilik lagi masing-masing dilengkapi dengan 2 katil single. Ruang memasak, parking percuma, WIFI percuma, mesin basuh, peti sejuk, penghawa dingin, heater, microwave dan televisyen juga turut disediakan buat para penyewa.

Akses:-

52.7 km ke Airport Melbourne. 29.4 km ke Queen Victoria Market. Perjalanan melalui Great Ocean Road ialah sejauh 264 km. 28.8 km ke Phillip Island. 19.9 km ke St Kilda Beach. 17.8 km ke Brighton Beach. 26.8 km ke Puffing Billy. 28.2 km ke Dandenong Ranges. 43 km ke DFO (Shopping Complex). 9.5 km ke Chadstone (Shopping Complex). 19 km ke Westfield Fountain Gate (shop/dine). 2.3 km ke IKEA Springvale.

 

COBURG HOMESTAY

Homestay yang mempunyai 4 bilik dan sesuai untuk didiami oleh pengunjung berkeluarga. Lengkap dengan kemudahan dapur dan peralatan memasak.

Akses:-

16 km ke Airport Melbourne. 7.4 km ke Queen Victoria Market. Perjalanan melalui Great Ocean Road ialah sejauh 216 km. 12 km ke Phillip Island. 21 km ke St Kilda Beach. 26 km ke Brighton Beach. 48 km ke Puffing Billy. 49 km ke Dandenong Ranges. 3.1 km ke Islamic Museum of Australia. 4.9 km ke Melbourne Zoo. 10 km ke ArtVo (Galeri Kesenian) dan 7.5 km ke Melbourne Central.

 

Amacam? Okay tak dengan senarai homestay muslim di Melbourne yang Cik Nutt listkan diatas? Kalau korang rasa teruja dan ingin membuat tempahan, mudah sahaja. Just whatsapp team Cik Nutt, Hazri di +60132959688 untuk check availability homestay dan pertanyaan lanjut.

Go Travel. With Smile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *