PAKEJ PERCUTIAN PRIVATE KE MELBOURNE, AUSTRALIA

<Update on 02 Nov 2019>

PROMO GROUND PRIVATE ARRANGEMENT MELBOURNE 5 HARI 4 MALAM

Pakej percutian ke Melbourne Australia bersama Yourbudgettrip.com

Cik Nutt nak Tanya, korang ada terfikir tak bestnya kalau dapat bercuti ke MELBOURNE, AUSTRALIA terutamanya bila korang dengar dan tengok gambar-gambar percutian yang kawan korang share kat facebook dan instagram?

Ada yang share gambar diorang tengah bergaya sakan depan Brighton Beach Bathing Boxes yang colourful and cantik tu, ada yang share gambar diorang tengah bagi kangaroo makan. Lagi geram ada jugak yang share gambar diorg tengah enjoy naik Puffing Billy, siap julur kaki ke bawah sambil menikmati pemandangan sekitar Dandenong yang sangat indah. Korang tak jeles ke? ;P

Kalau korang teringin nak bercuti macam kawan-kawan korang tu, apa kata korang contact team Cik Nutt dan team Cik Nutt akan arrangekan percutian korang tu, siap ikut timing korang dan yang penting boleh cover semua tempat-tempat menarik di Melbourne.

Barulah syok kalau korang nak bercerita ngan kawan-kawan bila dah balik ke Malaysia semula kan??

Okay lah, kat bawah ni Cik Nutt cerita sikit, itinerary bagi Pakej Ground Private Arrangement di Melbourne bagi 5 hari 4 malam.

 

ITINERARI

Hari 1: KUALA LUMPUR – MELBOURNE

Tiba di Melbourne. Ketibaan korang akan disambut oleh wakil kami di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne. City tour sekitar Melbourne. Korang juga akan dibawa melawat ke syurga shopping souvenir di Melbourne iaitu Queen Victoria Market. Bolehla korang beli souvenir or kalau nak rasa buah-buahan fresh atau makanan-makanan yang terdapat di sini, silakan ye..Then, tour diteruskan ke Fitzroy Garden, Federation Square & Flinders Station, Shrine of Remembrance dan Royal Botanical Garden.
Selesai tour, bolehlah korang check in Homestay untuk beristirehat.

WhatsApp Image 2018-08-24 at 10.44.59 AM WhatsApp Image 2018-08-22 at 11.38.41 AM75007799_2519898028128239_1971405369141886976_n

Hari 2: GREAT OCEAN ROAD (COASTAL VIEW OR WITH FRUIT PICKING)

Kami akan bawa korang untuk melalui Great Ocean Road (GOR) yang dikenali antara world’s most scenic coastal drive. Di sepanjang perjalanan ini korang akan melalui pantai-pantai yang sangat cantic, contohnya Bell Beach yang terkenal dengan aktiviti water surfing, Lorne beach selain rumah api Split Point, Great Ocean Memorial dan Apollo Bay.

Seterusnya, tempat yang wajib korang sampai bila dah melalui Great Ocean Road ni pastinya The Twelve Apostles. Di sini korang boleh saksikan sendiri pemandangan jujukan batu kapur yang sangat indah. Seterusnya ke Loch Ard Gorge dan Port Campbell Town.

Selain tu, kalau ada kesempatan masa, korang juga boleh singgah di Otway dalam perjalanan untuk merasa pengalaman memetik buah terutamanya buah blueberries!!!. Mesti enjoy kan?

 WhatsApp Image 2018-08-20 at 9.54.52 AM

Hari 3: PHILLIP ISLAND & ST KILDA

Mula dengan melawat Maru Koala Park dan San Remo. Kat sini korang boleh beramah mesra dengan kangaroo dan koala yang super cute! Korang boleh beli makanan yang dijual di kaunter dan beri makan kepada kangaroo-kangaroo di sini. Di San Remo pula, boleh bagi makan pada Pelican. Jangan lupa ambik gambar banyak-banyak untuk korang share dengan kawan-kawan dan family ye. Bukan senang nak dapat peluang macam ni kan?

Seterusnya, tour diteruskan ke Chocolate Factory and The Noobies. Dah puas bergambar, kita terus ke St Kilda Beach. Kat sini viewnya cantik tau. Korang boleh pilih nak duduk lepak-lepak atau nak berjalan santai di laluan kayu yang dah disediakan. Kalau korang sampai petang, ada canlah korang tengok penguin-penguin comel bergerak balik ke sarang diorang secara berkumpulan. Bestnya!!!

WhatsApp Image 2019-08-04 at 8.16.41 PM (1)
WhatsApp Image 2019-08-04 at 8.16.41 PM

HARI 4: PUFFING BILLY, SHOPPING DAN BRIGHTON BEACH

Hari ni kami akan bawa korang menaiki keretapi wap di Puffing Billy sambil menikmati pemandangan indah kawasan hutan di sepanjang Dandenong ranges. Boleh duduk sambil menjuntaikan kaki tau!

Kalau korang nak lihat pemandangan Melbourne secara keseluruhannya, korang boleh berbuat demikian di SkyHigh Mount Dandenong. Memang superb dan romantik sekali pemandangannya. Seterusnya ke Sherbrook Grant untuk Bird Feeding dan makan tengahari.

Tour diteruskan ke DFO Moorabbin untuk shopping. Lepas puas shoppping di sebelah petang ke destinasi terakhir iaitu Brighton Beach Bathing Boxes. Ye, di sinilah terletaknya bilik persalinan yang colourful dan cantik sangat macam korang selalu tengok dalam iklan tu.

WhatsApp Image 2018-08-23 at 7.16.44 PM WhatsApp Image 2019-08-04 at 8.16.44 PMWhatsApp Image 2018-08-23 at 7.16.41 PM

Hari 5: MELBOURNE-AIRPORT

Check out Homestay. Bersedia untuk ke Airport untuk pelepasan ke Kuala Lumpur.

 

>>>>>OPTIONAL<<<<<
1) Churchill Island ($17)
2) Penguin Parade at Philip Island ($25)
3) Ski at Mt Bullet
WhatsApp Image 2019-02-06 at 1.43.49 PM

Apa yang Cik Nutt nak bagitau korang ni, pakej ground private arrangement ni termasuk

  • 4 malam Apartment/Homestay
  • 4 hari Private Tour
  • Personal driver/ tour guide
  • Airport transfer return
  • Semua tiket lawatan di lokasi di atas
  • Transport termasuk minyak, tol & parking
  • Muslim friendly, English and Malay speaking private tour guide.

Untuk semua di atas, Cik Nutt nak kongsikan harga promosi blueberries runtuh kat korang! Untuk masa yang sangat terhad, pakej Ground Private Arrangement to Melbourne untuk 5 hari 4 malam hanya:

***********Harga Promo**********

3 pax: RM 3100.00/person
4-9 pax: RM 2790.00/person
10 pax: RM 2480.00/person

Harga special untuk kanak-kanak (*Group 6 pax ke atas sahaja)

< 12 tahun (10% off)
< 4 tahun (20% off)
< 2 tahun (percuma)

Jadi, tunggu apa lagi? Cik Nutt nasihatkan jangan lepaskan peluang ini sebab masa adalah terhad. Dijamin berbaloi dan tidak akan mengecewakan korang. Kami akan bersedia melayani dan membantu anda tidak kira di Malaysia atau Melbourne.

Sekiranya korang berminat atau ada sebarang persoalan, jangan segan untuk hubungi team Cik Nutt ni.

www.wasap.my/601119944984 (Faizul)
www.wasap.my/601119944984 (Faizul)
www.wasap.my/601119944984 (Faizul)

 

2 thoughts on “PAKEJ PERCUTIAN PRIVATE KE MELBOURNE, AUSTRALIA

  • December 1, 2019 at 8:56 am
    Permalink

    melbourne
    7 pc
    around : 25/7 – 2/8/2020

    Reply
    • December 1, 2019 at 10:50 am
      Permalink

      Terima kasih Ramzee fadzil,
      untuk info berkaitan melbourne yang lebih pantas, boleh direct whatsapp Faizul 01119944984

      terima kasih

      Reply

Leave a Reply to faizulramli Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *