Browsed by
Month: November 2016

TIP MELANCONG SEMASA PEAK SEASON

TIP MELANCONG SEMASA PEAK SEASON

Hari ni nak share serba sedikit knowledge saya untuk tips melancong semasa peak season. Oleh kerana sekarang saya tengah berusaha settlekan family pakej untuk 20 orang ke Bandung Indonesia, so saya bermurah hati sharekan tips melancong semasa peak season. Bukan senang nak susun segala keperluan bila ia melibatkan group besar dan diuruskan last minute ditambah pula masa pelepasan sangat hampir. Pakej ni special sikit sebab banyak request ke tempat-tempat cantik instead of tempat shopping. Maklumlah, orang kita memang suka shopping, tapi bila melibatkan pelbagai peringkat umur, shopping perlu dikurangkan dan beri peluang kepada yang tua menikmati pemandangan indah sekitar percutian. Tapi pada yang nak shopping, jangan risau sebab ada juga diselitkan masa untuk shopping, yang penting “free & easy” tu memang untuk shopping. Ayuh, saya senaraikan beberapa tips melancong semasa peak season. Apa yang penting ialah PERSEDIAAN AWAL. 

*Tips travel in group semasa peak season:

1. Pastikan anda booking tiket flight lebih awal jika berniat untuk travel masa peak season.

Jika ada promo grab it! AirAsia selalu buat promo, terpulang sama ada nak beli sekaligus untuk setahun atau tidak, semuanya terletak pada perancangan anda. Namun harus diingatkan jangan terlalu asyik mencari harga murah sehinggakan lupa untuk merancang itinerary percutian. Contohnya, biasa kita lihat tiket murah waktu pelepasannya petang dan sampai ke destinasi sudah malam atau lebih teruk flight balik Malaysia di awal pagi. Terpaksa tampung penginapan untuk 1 atau 2 malam yang dikira membazir. Bukan tak boleh, tepuk dada tanya hati.

untitled-designChup! jangan tengok website AirAsia sahaja, Airlines lain pon tak kalah dengan promo mereka tau. Jangan terkejut jika anda dapat harga lebih murah di Malaysia Airlines berbanding AirAsia.

 

 

2. Bersedia dengan harga pakej

Harus diingat harga pakej lebih mahal dari biasa jika melancong semasa peak season ni . Hotel ada surcaj, tempat lawatan pun ade surcaj dan pengangkutan pun lebih mahal. Bukanlah disebabkan servis yang ditambah baik, tapi permintaan yang meningkat. Fahami hukum permintaan “jika permintaan meningkat, harga meningkat” tak gitu. Semasa peak season ini lah masanya peniaga dan pengusaha sektor pelancongan akan mengambil kesempatan. Jika anda bercadang untuk R&R (Redah & Redha), jangan terkejut jika kebanyakkan hotel fullhouse, dan sesetengah hotel menetapkan sebagai “BLACKOUT DATE” iaitu traveller is not allowed atau bilik hotel not available. Biasanya terjadi semasa musim cuti atau PEAK SEASON. Nah! persediaan awal sangat penting, selesaikan semua perkara sebelum berlepas. Baru hati senang, jiwa lapang, bercuti pon manyak suka meh.

3. Keadaan trafik

Apabila anda sudah tiba di destinasi percutian anda, anda harus bersedia menghadapi situasi ini. Bersedia dengan trafic yang perlahan. Di kebanyakkan tempat yang mana pengangkutan awam kurang efisyen, pengangkutan persendirian adalah penyelesaiannya. Jika melancong ke Asia jam-indonTenggara contohnya, hanya Singapura sahaja yang menjamin kecekapan public transportnya. Jadi, jangan hairanlah banyak tempat yang anda wish untuk lawati, tidak kesampaian. Jika melancong ke Seoul, Korea Selatan, Jepun, atau Hong Kong tak perlu risau jammed, cuma jammed dalam train je lah. Kami ada experience perjalanan Jakarta-Bandung yang sepatutnya sampai dalam 2 jam tapi kami sampai selepas 7jam! sampai hotel, terus sambung tidur 🙂 

Bagaimana? Apa pendapat anda? Bukan nak menakutkan perjalanan percutian anda, tapi persediaan amat penting. Rujuk agen pelancongan yang anda pilih atau study sendiri tempat pilihan anda. Semoga tips melancong semasa peak season ini dapat membantu anda melancarkan percutian anda.

www. yourbudgettrip.com

TIP MAKANAN HALAL SEMASA MELANCONG

TIP MAKANAN HALAL SEMASA MELANCONG

Assalamualaikum. Hari ni saya bersemangat nak share perkongsian tips makanan halal semasa melancong. Saya selalu share tips ni especially pada kawan-kawan yang baru nak travel.

Kalau kita travel dengan menaiki flight negara-negara islam dan ke negara-negara yang mudah mencari makanan halal, inshaAllah takde masalah. Just nak pesan, jangan lupe pastikan kebersihan kedai ye. Elakkan minum air yang dimasak (jika negara yang kurang membangun), saya prefer minum air mineral 😀grill-chicken

Flight keluar dan masuk Kuala Lumpur ada menyediakan makanan halal. Kita just perlu request muslim meal. Untuk flight yang perjalanan jauh yang perlu transit dan bukan kepunyaan negara islam, saya advise request vegeterian food.

kawan-kawan yang nak travel ke negara dimana islam adalah minoriti, perlu rajin-rajinkan diri buat research sebelum travel. Check restoran-restoran halal yang berdekatan dengan hotel atau tempat lawatan. Boleh juga guna website www.zabihah.com untuk membantu anda 🙂

Sekarang ramai yang travel bersendirian dan dalam kumpulan yang kecil. Golongan ini lebih suka memilih untuk stay di hostel backpackers atau apartment yang ada dapur untuk menjimatkan kos perbelanjaan. For sure peralatan memasak dah bercampur-campur. Jika travel bersama kami, selain tips makanan halal semasa melancong, kami juga akan memberikan secara percuma e-book makanan halal di bandar atau negara percutian anda.

Sebelum memasak dan menggunakan meja untuk persiapan, anda boleh sertu/samak dulu permukaan meja dan peralatan dapur. Kaedah paling mudah adalah dengan menggunakan sabun taharah (telah dibenarkan oleh majlis fatwa kebangsaan). Sabun ni mengandungi 90% kandungan tanah liat. Anda hanya perlu rendam sabun dalam air, pastikan air keruh dan sabun dah larut. Basuh permukaan meja atau peralatan memasak dengan air sabun taharah sebanyak 1 kali dan bilas dengan air bersih sebanyak 6 kali. Senang dan meyakinkan kan?
boleh klik sini untuk order sabun taharah http://www.rizi-biz.com.my/sabun-taharah/

Barang-barang makanan kita boleh bawa dari Malaysia dan beli sayur-sayuran, buah-buahan atau telur di market tempatan.
Antara bekalan makanan yang saya selalu bawa dari Malaysia adalah beras, ketupat mini, sambal bilis kering, sambal kacang kering, tuna cili dan meggi.hihi. Saya selalu tempah sambal kering dengan kak Yuhana Talam Dan Kek. Memang sedap!!!.wu.

Yang duduk di hotel pun boleh prepare makanan sendiri. Tapi berhati-hati dengan smoke detector ye, kalau x berhati-hati nanti timbul masalah yang tak diingini pulak.

Kalau saya stay di hotel, biasanya saya bawak kettle sendiri, lebih yakin dan kebanyakan hotel luar negara especially Middle East dan Europe tak sediakan kettle.

Harap sedikit perkongsian tips makanan halal semasa melancong ini dapat membantu anda.
Happy reading and sharing.

www.yourbudgettrip.com