Browsed by
Month: December 2016

FOOD DECLARATION LIST AUSTRALIA

FOOD DECLARATION LIST AUSTRALIA

credit to Izan

Untuk mereka yang pertama kali datang ke negara Kangaroo, adalah satu kewajipan bagi kita untuk membawa makanan asas dari negara kita ke negara yang hendak kita melancong. Okay, bagi mereka yang tidak tahu, jika anda melancong ke negara Kangaroo anda diwajibkan untuk membuat declaration food di dalam borang yang akan diberikan oleh pihak negara sana. Setiap barang yang dibawa masuk ke negara mereka wajib kita nyatakan. Disini kami nak kongsikan beberapa tips bagi memudahkan anda melepasi pihak imigresen dengan mudah dan pantas.

Perkara yang perlu dielakkan :
1. Anda tidak dibenarkan membawa makanan yang berasakan daging dan tenusu
2. Elakkan membawa barang basah seperti ayam,ikan,sayur sayuran mahupun buah buahan. Beli sahaja di supermarket mereka, murah sahaja.
3. Kalau boleh elakkan membawa makanan yang tidak tertulis “ingredient” atau pun barang makanan yang tidak di bungkus dengan rapi. Contoh nye seperti serunding yang dibeli di pasar malam, jika bernasib baik anda akan lepas,jika tidak makanan akan dirampas oleh pihak mereka.
4. Jangan membawa makanan yang bebau kuat seperti sambal belacan dan lain-lain

Jangan risau makanan segera seperti Maggie, brahims, milo 3in1, sos cili, spaghetti, prego sauce, sardin tin, roti dan lain-lain dibenarkan bawa masuk.

Untuk mengelak kan beg makanan anda dibuka oleh pihak imigresen Australia, kami syorkan anda membuat declaration food didalam satu kertas A4 siap-siap. Jika mereka ragu-ragu, anda tunjukkan sahaja kertas declaration food anda. Secara tidak langsung memudahkan kerja mereka dan melancarkan trip anda.

Dan jangan panic ye, di sana setiap beg kita akan di “inspect” oleh anjing petugas mereka. Anjing itu hanya menghidu beg kita sahaja, untuk mengelakkan kita membawa barang-barang yang terlarang ke dalam negara mereka.

decleration-form
Incoming passenger card (anda perlu isi, di belakang ada soalan yang perlu anda jawab berkaitan barang yang anda bawa masuk)
list
Contoh declaration food secara detail (ini bagi mereka yang rajin ) –boleh pilih mana-mana contoh declaration food
list-2
Contoh declaration food secara ringkas (ini bagi mereka yang kurang rajin ) –boleh pilih mana-mana contoh declaration food

 

 

TIPS TRAVEL KE INDONESIA

TIPS TRAVEL KE INDONESIA

indonesia

Hari yang indah ni saya saja nak share sikit tips ke Indonesia sebab agak ramai yang pm dan bertanya. Semoga beri sedikit manfaat 🙂

Sebab mata wang sedikit jatuh, maka Indonesia antara tempat yang kita boleh tuju untuk percutian bajet dan tak mengeluarkan banyak modal.

Actually saya selalu travel ke Indonesia sebab adik ada belajar di pasantren di jawa tengah kira-kira 7 jam perjalanan dari kota Bandung, so puas jugak lah merasa duduk kampung di kawasan agak pedalaman.hihi. Dah ke Tanah Jawa, sambil-sambil ada masa lapang nak travel, kami pilih lokasi-lokasi lain di Indonesia juga. Saja-saja nak dapatkan pengalaman dan doa musafir.

Public transport ke Indonesia tak lah advance macam negara maju lain yang kita senang-senang nak back packers kan. So kalau travel ke Indonesia saya selalu advise 2 kaedah:

Free and easy
Book hotel, cari supir yang boleh dipercayai. Kita design sendiri itinerary, then minta supir bawak. Mostly satu kereta rate harga dalam 500 000-550 000 rp setiap hari. Kaedah ni nanti kita kena bagi duit parking dan tol pada supir. Kena rangka perbelanjaan betul-betul as makan, tempat lawatan kita kena bayar sendiri masa kat sana nanti.

Pakej
Yang ni selalu saya deal dengan agen yang saya sangat percayai. highly recomended! Hotel, makan, transport, supir, guide (travel 8 orang dan ke atas), minyak, tol, tiket lawatan, air mineral setiap hari, tips driver, complete semua sekali (tak termasuk tiket flight) telah diselesaikan lebih awal. So masa di sana nanti, anda cuma perlu rileks-rileks je. Ikut dan komunikasi dengan driver.

Ada beberapa kawan saya yang redah saja, tapi akhirnya macam-macam berlaku. Kena tipu dengan driver yang dia jumpa di airport, ada yang kena pukau. Biasalah kita travel ke negara orang, banyak benda-benda yang kita tak boleh kawal.
So, buatlah persediaan lebih awal 😉

Saya personally guna dua-dua kaedah di atas jika ke Indonesia. Jika bercuti dengan family, ada parents dan kanak-kanak saya prefer kaedah kedua kerana lebih memudahkan, jadual perjalanan dan makan yang tersusun.
Orang tua dan kanak-kanak perlu makan on time. Tak nak ada yang sakit perut masuk angin dsb.

Untuk kengkawan muslim, tak semua tempat di Indonesia mudah cari makanan halal ye. Ada banyak tempat yang majoriti penduduk nya bukan islam. So, berhati-hati. Banyakkan bertanya dengan driver. Guna agen yang diyakini. Jika agen yang saya guna, inshaAllah memang 100% HALAL food.

Tak sanggup nak sewa kereta sahaja dan redah sendiri di Indonesia sebab jalan dia fuhhh, mencabar sangat-sangat. haha. jalan kecik, berliku-liku.

Kalau ada yang lebih extreme untuk ber back pack, boleh la gune apps GO-JEK atau Say Taxi. Kat sana masih takde UBER ye. Setakat ni UBER cuma ada di Jakarta dan Bandung.

Pada saya, kalau nak buat percutian bajet-bajet sangat pun janganlah sampai mengabaikan keselamatan sendiri ye kengkawan.

Go Travel. With Smile

www.yourbudgettrip.com

 

7 TEMPAT MENARIK YANG ANDA BOLEH ‘EXPLORE’ DI PERTH, AUSTRALIA

7 TEMPAT MENARIK YANG ANDA BOLEH ‘EXPLORE’ DI PERTH, AUSTRALIA

Air Asia, Malindo & Malaysia Airlines ada menawarkan penerbangan terus ke Perth, Australia. Kalau dapat grab tiket promo, anda boleh terbang ke Perth dengan bajet bawah RM1000.00 per person. Jadi tak hairan lah ramai rakyat Malaysia yang memilih Perth sebagai salah satu tempat percutian wajib mereka, kan! Untuk anda yang tak ada idea tempat2 menarik mana yang nak di terjah semasa di Perth, jom semak 7 tempat menarik yang anda boleh ‘explore’ di Perth, Australia.

1. PERTH CITY TOUR    

perth 

BELL TOWER

Waktu operasi: 10.00 a.m.- 4.00 p.m. / Tiket dewasa: 18.00$ / Tiket kanak-kanak: 9.00$         Bell Tower merupakan tempat wajib pergi jika anda ke Perth kerana ia merupakan antara land mark bandar Perth. Bell Tower ni merupakan alat instrumen muzikal gergasi yang terdiri daripada 26 loceng carillon. Loceng-loceng di menara ni bukan sebarang loceng tau! Ia boleh menghasilkan irama lagu-lagu terkenal dan kebangsaan Australia. Wow. Sambil-sambil mendengar alunan irama loceng-loceng carillon ni, anda juga boleh menikmati pemandangan indah bandar Perth di tingkat 6 menara.

LONDON COURT

Bentuk bangunan yang klasik dan cantik, menjadikan London Court terkenal sebagai port photography yang menarik di Perth CBD (Perth Central Business District). Anda akan rasa seperti di London! Kawasan ini merupakan arked terbuka 4 tingkat yang dibina oleh Claude de Bernales, seorang ahli perniagaan dan saudagar emas pada tahun 1937 dan terletak di tengah pusat perniagaan Perth. Selain port bergambar, London Court juga merupakan syurga shopping. banyak kedai-kedai yang menjual barangan kemas, baju-baju, kasut, produk kecantikan dan juga cenderahati di sini. 

KINGS PARK & BOTANICAL GARDEN

Untuk anda yang mencintai alam sekitar dan biodiversiti, jangan lepaskan peluang mengunjungi Kings Park & Botanical Garden. FOC je! Taman dalam bandar Perth ni merupakan antara taman yang terbesar dan terindah di dunia tau. Dibuka kepada umum dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang, isnin-jumaat dan ditutup pada hujung minggu. Boleh lah bawa family atau kawan-kawan ber picnic di sini. Kings Park & Botanical Garden menempatkan lebih daripada 3000 jenis flora yang unik dan 3/4 dari 400 hektar (keluasan taman) telah dipelihara sebagai tempat pemuliharaan kepelbagaian biologi. Well done Australia government atas effort yang bersungguh-sungguh memulihara alam sekitar.

WATERTOWN BRAND OUTLET

Heaven untuk kaki shopping, jangan lepaskan peluang untuk membeli-belah di Watertown Brand outlet! Ada berpuluh outlet barangan berjenama yang boleh anda masuk di sini, harga nya for sure lebih murah berbanding di kedai-kedai dan shopping mall di luar. Anda boleh pilih apa je barang yang anda nak, dari outlet yang mejual buku, games, hand bag, pakaian, kasut, hadiah, barangan rumah, hingga barang kemas dan barangan kecantikan.

2. CAVERSHAM WILDLIFE PARK 

kangaroo

Saya suka, saya suka. Ni adalah tempat wajib singgah kalau anda suka sangaat nak jumpa kangaroo, koala, wombat, penguin dan haiwan-haiwan lain yang super cute. Caversham Wildlife Park dibuka setiap hari jam 9.00 a.m. hingga 5.30 p.m. Last entry jam 4.30 p.m. Harga tiket masuk 28.00aud utk dewasa dan 12.50aud untuk kanak-kanak (3-14 tahun). Banyak aktiviti menarik di sini tau! Anda boleh join farm show, Molly farm, bermesra dengan wombats, bergambar dengan koala dan bagi makan kangaroo. Semua show, pengalaman interaktif, peluang bergambar dan beri makan haiwan di sini telah termasuk dalam harga tiket masuk.

Jika anda ingin ke Cavershan Wildlife Park menggunakan kereta: Anda boleh menuju ke Whiteman Park dan masuk melalui pintu Lord Street atau Jalan Beechboro. Masuk dan parking di Whiteman park adalah percuma. Jika nak parking paling dekat dengan Caversham, anda boleh parking di car park 8. Boleh masukkan koordinat GPS Lord Street, Whiteman, 6068 (-31.833524, 115.952877) atau Beechboro Road, Whiteman, 6068 (-31.847378, 115.924681).

Jika ingin ke sini dengan bas: Anda boleh ambil bas no 955 dan 956 yang berlepas dari Bassendean Station menuju Ellenbrook, dan berhenti di Whiteman Park entrance,  Lord Street.

3. SWAN VALLEY

Terletak hanya 20 minit dari Perth CBD. Anda pasti terpegun dengan keindahan desa Guildford yang bersejarah. Anda boleh menyelusuri sejarah Perth di sepanjang heritage walk trails yang ada di sini dan merasai sendiri suasana desa Australia. Di sini terdapat banyak hasil seni perusahaan desa dan pelbagai jenis makanan dan minuman yang segar yang boleh anda rasa secara percuma seperti nuts, nougats, madu, coklat dan kopi.

4. MANDURAH 

atlantic-spotted-dolphin-590538_960_720

Merupakan bandar kedua terbesar di Western Australia dan terletak 72km ke selatan Perth. Banyak aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di pantai Mandurah ni. Antaranya berenang, memancing, mencuba jet xtreme, dan melihat dolphin (Mandurah dolphin tour dalam 30.00aud per person). Berpicnic makan-makan bekalan makanan yang anda dah prepare di homestay mesti best kan. Sambil menikmati keindahan pantai Mandurah.

5. FREMANTLE

Anda wajib try grilled seafood dan fish & chips di Kailis Fish Market Cafe di Fremantle ni. Sedap amat! Fresh betul. For sure sedap hingga menjilat jari. Actually Fremantle merupakan pelabuhan penting di Perth, kalau anda ingin ke Rottnest Island, anda boleh menaiki bot dari sini. Selain mencuba makanan yang enak, anda juga  boleh melawat maritime museum, arts centre, town hall, fremantle prison dan membeli cenderahati di E-shed market di Fremantle. 

6. LANCELIN

Lancelin telah disenaraikan sebagai salah satu tempat percutian terbaik di Western Australia. Padang pasir putih, pantai yang bersih dan kehidupan tepi laut cukup menggambarkan mengenai keindahan Lancelin. Bagi anda yang suka kan sukan extreme, anda boleh mencuba aktiviti wind surfing, kite surfing dan sandboarding di sini. Selain tu, anda juga boleh boleh mencuba aktiviti dolphin-spotting dan memancing di sini. Pergh, satu lagi tempat sedap untuk try makanan laut yang segar. Lapar pulak rasa 😀

7. PINNACLES

Pinnacles

Satu lagi tempat best yang anda kena pergi. Pinnacles merupakan kawasan padang pasir di Nambung National Park. Kawasan ni merupakan kawasan batuan batu kapur yang terluluhawa dan kemudian membentuk padang pasir berwarna kuning. Terletak 3 jam dari bandar Perth, Pinnacles Desert Discovery Centre dibuka setiap hari pada pukul 9.30am-4.30pm. Bayaran masuk adalah 12.00aud per kenderaan. Anda boleh menghubungi Pinnacles Discovery Centre di talian (08) 96527 913 untuk tempahan. Selepas ke Pinnacles, anda boleh singgah di perkampungan nelayan Carvantes untuk menikmati keindahan pantainya yang putih dan kecantikan tasik garam, Lake Thetis.

Best kan bercuti di Perth. Macam-macam aktiviti kita boleh cuba dan macam-macam tempat menarik kita boleh lawati.

Kalau anda nak percutian yang bajet, anda boleh stay di Muslim Homestay Perth dan survey kereta sewa di sini.

Kalau takut nak drive sendiri, anda juga boleh survey full pakej Perth. Just sit back and enjoy the holidays.

Anda ada masalah untuk rancang percutian di Perth? Anda boleh whatsapp Nadia di +60132183454 atau Faizul di +601119944984 untuk dapatkan pandangan dan guidance 😀

 

Tips to buy a plane ticket

Tips to buy a plane ticket

When the best time to buy a plane ticket?
1. Travel right before and after holidays is most expensive
2. Travel on the holidays themselves can be cheaper
3. January is the least expensive month for travel
4. Don’t fly on Fridays, you’ll hit long TSA lines
5. Fridays and Sundays are usually the most expensive days to fly
6. Tuesdays and Wednesdays are the cheapest days to travel
7. Tuesday at 3pm is the best time to buy flights
8. The first flight of the day is always the cheapest

credit to International Business Times

flight

Go Travel. With Smile

www.yourbudgettrip.com

 

Bercuti Di Medan, Indonesia

Bercuti Di Medan, Indonesia

Untuk percutian kami kali ni memang tangkap muat, plan asal nak ke Bandung tapi akhirnya 2016 family Tok Abah memilih bercuti di Medan, Indonesia! Walaupun yourbudgettrip.com boleh settle kan projek ini, tapi bila ia melibatkan family sendiri dan kepercayaan mak abah, cuak la jugak kan. Namun, alhamdulillah kami berjaya lakukan dengan sempurna. Good Job!

Kami menaiki AirAsia menuju ke Kualanamu, Medan. Perjalanan cuma ambil masa 40minit saja. Sampai di Kualanamu airport, satu luggage kami tak keluar pula. Nasib lah kami ambil insuran, jadi boleh claim :D. Kami buat report, dan serahkan pada AirAsia untuk investigate. Alhamdulillah luggage nya di hantar ke hotel dalam jam 1pagi. Untuk pengetahuan anda, Yourbudgettrip.com juga ada menyediakan perkhidmatan travel insurance 🙂 InshaAllah, diyakini dan senang claim. Okey, selepas keluar dari Kualanamu International Airport, kami tour Medan, makan malam dan check in di Garuda Plaza Hotel. Hotel ni sangat selesa, bilik nya besar betul. Boleh masuk 10 orang satu bilik. hihi. Seriously, the best.

shopping medan
Borong jangan tak borong

Hari kedua kami dimulakan dengan SHOPPING, SHOPPING dan SHOPPING lagi (tarik nafas ya semua suami-suami, layankan saja). Selepas puas melontar, kami teruskan lawatan ke Istana Maimun.

ISTANA MAIMUN

Istana Maimun ni salah satu land mark kota Medan dan merupakan kesan peninggalan Kerajaan Melayu Deli ke IX semasa pemerintahan Sultan Ma’moen Al-Rasyid Perkasa Alamsyah, putera sulung Sultan Mahmud Perkasa Alam, pengasas Kota Medan. Senibinanya adalah gabungan pelbagai pengaruh (Melayu, Islam, Sepanyol, China, India dan Itali), namun senibina melayu mendominasi terutamanya penggunaan warna emas sebagai lambang kedaulatan sultan. Kami diterangkan dengan salasilah keturunan kerabat Di Raja ini, tapi sayang sejak kemasukan penjajah ke Indonesia, sistem beraja telah dimansuhkan dan ia hanya tinggal kenangan sahaja. Ada satu yang menarik di sini, iaitu sebuah lagenda berkaitan meriam puntung 😀

istana maimun
Lawatan singkat, sempat duduk atas kerusi raja je

Cerita sikit je lah, nak lebih kena pergi sendiri kat sana. Kisahnya, ada seorang puteri bernama Puteri Hijau. Puteri Hijau ni sangat lah cantik jelita sehingga menarik perhatian Raja Aceh. Tapi sayang, pinangan Raja Aceh telah ditolak oleh Puteri Hijau. Raja Aceh tak puas hati, dan  kemudiannya menyerang Kerajaan Puteri Hijau. Ketika Raja Aceh hampir menang, Puteri Hijau keluarkan magic dan transform dirinya menjadi sebuah MERIAM! dan menembak bertalu-talu musuh sampai menang. Akibat overused, meriam tu berbelah dua, satu tercampak di area Deli dan satu lagi ke Dataran Tinggi Karo. See, every princess need magic to save their kingdom tau. huhu

**kalau ke sini boleh try busana kerajaan deli tau, murah je Rp10,000 dalam RM3 lebih cmtu. Admin tak sempat cuba, kejar masa. Sebelum ni pernah cuba n my wife perasan dia Puteri Hijau, sib baik tak bertukar jadi meriam.

Sebelum sampai ke Parapat, kami singgah berehat di kedai kacang tumbuk di Permatang Siantar, Paten namanya. Mak kata ala-ala bipang, kalau upgrade jadi Florentine Cookies. Nama produk kat sini unik betul, ada tang-tang, teng-teng, ting-ting, tung-tung, tong-tong, pang-pang, peng-peng, ping-ping, pung-pung, ping-pong, dan dodol. Unik kan? tapi sedap wo.

Kami sampai ke Parapat waktu senja, dinner dan terus ke check in ke Danau Toba International Cottage. Alhamdulillah, kami dapat bilik yang menghadap tasik. Excited betul tunggu matahari terbit esok nya. 

DANAU TOBA

ke pulau
Masing-masing melaram dengan shade baru beli. 

Dengan menaiki bot sewa khas untuk kami, kami menusuri Tasik Toba yang sangat indah, tak tergambar dengan kata-kata. Subhanallah.  Ambil masa 20 minit juga untuk sampai ke Pulau Samosir. Terdapat beberapa fakta menarik tentang Danau Toba:

  • Merupakan tasik gunung berapi kedua terbesar di dunia selepas Lake Victoria di Afrika.
  • Merupakan tasik gunung berapi terdalam di dunia.
  • Pulau Samosir yang terletak di tengah-tengah Lake Toba lebih besar dari Singapura.
  • Letusan Super Valconic Danau Toba dijangka terjadi kira-kira 730000-750000 tahun yang lalu, dan kemudiannya membentuk Tasik Toba. Letusan Super Volcano menyebabkan banyak kematian dan kepupusan spesis. Salah satu mass extinction!
  • Letusan Mount Toba mempengaruhi ketamadunan manusia.
  • Debu gunung berapi semasa Letusan Super Volcano terjadi tersebar ke separuh permukaan bumi. Letusan telah berlaku selama 1 minggu dan debu berterbangan setebal 10km di atas permukaan laut.
  • Mengikut kajian, letusan Mount Toba telah mengubah cuaca dunia dan merupakan titik permulaan “ice age”.

Subhanallah. Sangat menarik kan?

Untuk pengetahuan anda, kawasan Pulau Samosir di tengah Tasik Toba ini dihuni masyarakat etnik Batak. Ada dikalangan kami yang memang dah study tentang tempat lawatan ni, jadilah perbincangan di atas bot tentang masyarakat Batak suka makan orang, kanibal dan banyak ilmu hitam. Jawapan saya, semuanya betul. haaaaaaaa…..scary kan.

Penerangan tentang kemistikan masyarakat Batak dulu-dulu
Penerangan tentang kemistikan masyarakat Batak dulu-dulu

Tibalah pitstop kami yang pertama, Desa Ambarita. Masing-masing behave di kawasan penuh misteri ini. Kami memasuki ke Huta Siallagan, pintu masuknya hanya muat untuk seorang saja tau. Menurut cerita, pintu masuk hanya sebesar seekor kerbau dan rendahnya membolehkan sesiapa yang masuk tunduk sedikit sebagai tanda hormat. Berseni sungguh orang dulu-dulu.

huta
Bergambar disamping patung kayu yang menari.

Perkampungan ini didirikan oleh raja huta pertama iaitu Raja Laga Siallagan kemudian diwarisi Raja Hendrik Siallagan dan seterusnya Raja Ompu Batu Ginjang Siallagan. Terdapat 8 buah rumah di sekitar perkampungan ini dan beberapa kerusi persidangan. Di Salah sebuah rumah terdapat patung kayu si gale-gale yang boleh menari tarian TotTor. Ada 2 kisah misteri di Huta Siallagan yang mengaitkan tentang ke”kanibel”an orang Batak. Saya akan cerita pada post akan datang mengenai “Kesaktian Pulau Samosir” ya.

Pitstop kedua kami di Pulau Samosir adalah Perkampungan Tomok, sampai di jeti kami berjalan lebih kurang 500m ke pemakaman agung Raja Sidabutar. Sebelum memasuki kawasan pemakaman, ada beberapa peraturan yang perlu di patuhi iaitu berpakaian sopan, jaga lidah dan memakai Kain Ulos (Kain adat orang Batak). Lagenda tentang raja di sini tidak kurang hebatnya. Cerita tentang Raja Sidabutar juga akan saya kongsikan pada post seterusnya. Tapi bukan tentang makan orang tau.

makam-sidabutar
Pemakaman Raja-raja Sidabutar. credit to abdi jaya

SIPISO PISO WATERFALL

Dalam perjalanan ke Sipiso piso Waterfall, kami singgah sekejap di Simarjarunjung untuk menikmati Teh Jahe (Teh Halia) yang pekat dan sangat sedap dan pisang goreng. Bagi saya, lepas minum memang angin keluar. Hahaha, sorry family. Sepanjang perjalanan ke waterfall kami dihidangkan pemandangan sekitar Danau Toba nan indah dan kebun-kebun kopi tradisi mereka.

sipiso piso
Sejuk betul di atas ni, baby sampai menggigil
beria
Cantik kan waterfall belakang tu

Sampai di Sipiso Piso cuaca sangat sejuk, pemandangan air terjun yang sangat cantik. Sipiso Piso adalah sumber air untuk Danau Toba, dengan kata lain ia adalah penghujung Danau Toba.

BERASTAGI

Berastagi bermaksud “minta beras” kata pakcik tukang bawa kereta kuda. Kami menginap di Hotel Green Garden pada ketinggian 1,300m dari aras laut, sejuk sangat. Di sini terdapat pasar buah segar besar dan kedai-kedai menjual cenderahati. Tapi kami seperti biasa memilih Dilman (kereta kuda) mengelilingi bandar Berastagi. Dapat juga mengelilingi bandarnya pada waktu pagi. Kuda yang bawa kami namanya Nusi, 13 tahun umurnya.

Naik kereta kuda, Nusi namanya. Harga 30,000Rp je
Naik kereta kuda, Nusi namanya. Harga 30,000Rp je

Dalam perjalanan pulang ke Kota Medan kami sempat berhenti untuk makan durian, memang niat nak cuba durian Indonesia. Ada 3 perkara yang saya akan buat kalau melancong ke mana-mana tempat di Indonesia: Makan durian, naik dilman dan cuba baju tradisi.

mali-mali kasi makan lulian lulu

 

Ok, sampai sini saja entri kali ni. Horas!

Jika anda perlukan bantuan untuk bercuti di Medan, Indonesia, do whatsapp me, Faizul di +601119944984 atau Nadia di +60132183454

Go Travel. With Smile

www.yourbudgettrip.com

7 TIP SEWA KERETA DI AUSTRALIA

7 TIP SEWA KERETA DI AUSTRALIA

credit to back packerz magazine

1. Lesen kenderaan
Tidak perlukan lesen memandu antarabangsa. Cukup dengan bawa lesen memandu Malaysia dwi bahasa.

2. Gps
Boleh sewa kereta+gps. Atau beli simkad australia dan guna aplikasi waze

3. Peraturan
Patuhi had laju yang telah ditetapkan. Kamera polis is everywhere!

4. Minyak kereta
Setiap stesen minyak berbeza harga minyak. Petrol di kawasan bandar lebih murah berbanding luar bandar. Isilah full tank jika ingin ke kawasan luar bandar

5. E-toll
E tag akan disediakan pada setiap kereta sewa. Pembayaran automatik akan dikenakan bagi lebuhraya berbayar melalaui e tag anda. Check dulu baki e tag sebelum mulakan perjalanan ya

6. “Bebas” pengangkutan awam
Terdapat tempat-tempat yang pengangkutan awam tidak berhenti. Jadi anda perlu sewa kereta untuk ke sana

7. Jangan lupa sewa sekali child seat untuk kanak-kanak jika menyewa kereta di Perth. Jika tak pakai child seat boleh kena saman 500aud tau

Kawan2 yang nak sewa homestay dan kereta sewa di Perth boleh contact2 kami 🙂
kami boleh suggest:
tempat lawatan menarik di Perth, Muslim Homestay Perth, Kereta sewa Perth, Visa Australia (RM25.00 per person) dan travel insurance.

Do whatsapp kami, Faizul +601119944984 atau Nadia +60132183454 untuk semakan tarikh dan harga.

Go Travel. With Smile

www.yourbudgettrip.com

Ho Chi Minh City

Ho Chi Minh City

Assalamualaikum dan hi! Bertemu lagi kita. Kali ni saya nak cerita mengenai Ho Chi Minh City (HCMC) atau nama lama nya Saigon yang terletak di Vietnam. Trip kali ni special sikit sebab ini kali pertama family Tok Abah (panggilan kepada bapa mertua saya) buat family day di luar negara. Ramai yang excited nak dapatkan cop passport yang pertama 😀 HCMC ni di request sendiri oleh Tok Abah, berkat penangan tengok rancangan Rasa Halal Orient di Astro. Kami pergi 18 orang pada 21-24 September 2015.

Kami pilih untuk menaiki pesawat Air Asia dari Kuala Lumpur ke HCMC, Vietnam. Di HCMC, kami menginap di Kingston Hotel atau sekarang telah di ambil alih oleh A&EM Hotel. Hotel ni sangat selesa, bersih dan walking distance je dengan Ben Than Market. Memang berbaloi menginap di A&EM Hotel. Selain itu, anda juga boleh jadikan Lan Lan Hotel 2 sebagai pilihan. Yang lain tu saya tak suggest sangat.

kingston-hotel
Bergambar depan hotel

Terdapat banyak Restoran Muslim berdekatan hotel. Makanan HALAL di Vietnam ni memang sedap tapi jangan terkejut kalau tengok nasi goreng harga RM12-RM15 sepinggan ya. Untuk family trip Tok Abah, kami lebih selesa ambil full pakej. Jadual makan, transport, perjalanan semua dah tersusun. Yang penting ikut bajet kita sendiri kalau travel dengan www.yourbudgettrip.com. Guide kami Mr An sporting sangat dan pandai berbahasa melayu, dia belajar dari internet je, ok. 😉

makan-makan
Meriah betul makanan kami

Disebabkan hotel sangat dekat dengan Ben Than Market, kami just jalan kaki je. Banyak pilihan barangan yang boleh beli di sini. Ada kain pasang, ada telekung, hand bag, hiking bag, luggage, cenderahati, Aih, macam-macam lah.  Bile belek-belek album, gambar shopping banyak tak ada. Nampak sangat asyik sibuk membeli belah kan. hu.

Kat sini saya senaraikan barang-barang shopping yang anda boleh beli, ni ikut preference saya ye:

  1. Kain pasang-Bin Thay Market di China Town
  2. Buah-buahan, tudung, telekung-Ben Thanh Market
  3. Sourvenir-Saigon Night Market di luar Ben Thanh Market
  4. T-shirt lelaki-jeti nak ke Thoi Sen Island (Mekong Delta). Sangat murah dan berbaloi
  5. Tudung, telekung, baju kurung siap-MSN wholesale shop di District 7
  6. Baragan sukan- jalan Huyền Trân Công Chúa

 

night-market
Saigon Night Market
district-7
District 7. Pandai nye amoi ni pakai tudung

Selain tempat-tempat di atas, anda juga boleh lah ke Taka Plaza Shopping Mall atau Saigon Square. Mana tau ada barang-barang yang anda nak cari di sana, kan?

Selain dikenali sebagai syurga shopping, Ho Chi Minh City juga ada banyak tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Sesuai untuk bawa family atau jalan-jalan dengan kawan-kawan:

Chu Chi Tunnel

Terletak 70km dari Ho Chi Minh City. Di sini kita dapat mempelajari mengenai peperangan Vietnam-Amerika yang berlaku pada tahun 1957-1975. Kalau ada stamina yang tinggi,  cuba lah masuk ke terowong Viet Cong yang sempit! Orang-orang Viet Cong dulu sangat bijak, mereka telah membina penempatan bawah tanah ketika berperang. Pintu masuk ke terowong ni  sempit betul, untuk masuk  kita perlu tutup pintu terowong dengan daun-daun kering. Itu sebabnya pintu masuk ni susah dikesan oleh orang Amerika. Bayangkan beribu-ribu orang berkawal dan menetap di bawah tanah dengan keadaan yang sempit dan gelap. Di bawah tanah ni juga ada ruangan memasak, tempat rawatan orang sakit dan sebagainya. Banyak lubang-lubang udara yang mereka buat untuk ventilation. Kebanyakan di tebuk di tepi-tepi busut supaya tak disedari oleh tentera Amerika. Di sini juga kita dapat tengok teknologi-teknologi orang Viet Cong semasa berperang. Kami tak lepaskan peluang untuk makan ubi rebus juga di sini. Untuk anda yang ingin cuba menembak, di sini juga ada senapang dan peluru yang boleh disewa.

terowong
My husband rasa dia sekurus orang Viet Cong untuk sembunyi dalam terowong
kereta-kebal
Ni antara pasukan Viet Cong yang sudah bersedia untuk berperang
viet-cong
Jangan ingat tentera Viet Cong semuanya lelaki ya! Perempuan cantik pun ada
ubi-rebus
First time makan ubi kayu rebus dengan kacang tumbuk. Sedap juga

My Tho Town

Satu lagi tempat yang best untuk anda kunjungi adalah My Tho town yang terletak 85km dari Ho Chi Minh City. Sampai di jeti, kami menyeberang Tien River ke Thoi Son Island dengan menaiki bot. Perjalanan ke Thoi Son Island ni dalam 15-20 minit je.

boat
Seronok naik bot. Atas bot ni juga kita boleh minum air kelapa sambil menikmati pemandangan Sungai Mekong

Memang banyak aktiviti menarik yang kita boleh join di sini. Antaranya:

gula-gula-kelapa
tengok cara pembuatan tradisional gula-gula kelapa
amoi-nyanyi
Dengar amoi ni nyanyi lagu “Rasa Sayang” sambil makan buah-buahan segar

Di Thoi Son Island ni juga banyak dijual barang-barang sourvenir, leather handbag dan t-shirt Vietnam. Selain makan buah-buahan, madu asli dan minyak kelapa dara Vietnam pun ada dijual di pulau ni tau. Sila lah shopping dan shopping lagi di sini.

War Remnant Museum

Kesinambungan dari Chu Chi tunnel, anda boleh dapatkan lebih banyak maklumat mengenai perang Vietnam-Amerika di museum ini. Sedih tengok gambar-gambar perang yang di tayangkan di sini. Paling kesian bila tengok beberapa generasi masyarakat Vietnam cacat akibat terkena bom nuklear tentera Amerika. Kejam betul! Selepas perang ramai kanak-kanak Vietnam dilahirkan dalam keadaan tidak sempurna. Vietnam mengabil masa yang lama untuk pulihkan ekonomi mereka selepas perang. Banyak perbelanjaan di keluarkan terutama untuk memusnahkan periuk api yang di tinggalkan semasa peperangan. Kita rasa peperangan di tanah melayu dahsyat, rupa-rupanya di Vietnam lebih dahsyat.

war-remnant-museum
War Remnant Museum

Saigon Central Post Office

Post Office di Ho Chi Minh City ni memang cantik, fefeling macam di Eropah bila masuk ke sini. Pejabat pos ni telah dibina pada tahun 1886-1891 oleh Alfred Foulhoux dan kini menjadi tarikan utama pelancong di HCMC. Reka bentuk nya dipengaruhi oleh reka bentuk gothic, renaissance dan Perancis. Patut lah cantik. Anda boleh beli poskad, tulis dan pos ke tanah air. Tak mahal pun.

kakak-pos
My niece pun nak pos poskad. Untuk sape lah tu?
post-office
Posing depan post office

Water Puppet Show

Ha, anda jangan lepaskan peluang untuk menonton water puppet show ni live tau. Apa yang menarik tentang puppet show ni? macam biasa je tengok. Actually, yang menarik nya adalah water puppet show ni merupakan hiburan tradisional di Vietnam dan dimainkan dalam air. Pemain akan masuk separuh badan dalam air dan mainkan puppet menggunakan buluh dengan tangan di dalam air. Pergerakan yang pantas dan tepat memang mengagumkan. Anda juga akan dihiburkan dengan nyanyian dan muzik tradisional Vietnam. Puppet show ni menceritakan mengenai kehidupan kampung dan agak lucu. Semuanya dalam bahasa Vietnam tau, tapi guide kami Mr An dah cerita dengan details sebelum kami tengok. Memang menarik.

water-puppet-show
Orang dewasa pun terhibur. Tak henti-henti ketawa tengok water puppet show yang best ni

Yang lebih menarik di Vietnam, kami sempat menunaikan solat Aidil Adha di masjid. Mengalami suasana sambutan raya di tempat orang, memang satu kenangan yang tidak dapat di lupakan. Bersyukur dan terharu. Rasa persaudaraan sesama islam tu akrab sangat masa solat di sana. Ramai juga rakyat Malaysia yang mengambil peluang untuk jalankan ibadah korban di Vietnam.

khutbah
Dengar khutbah raya
ruangan-wanita
Mostly muslim di sini berketurunan melayu champa

Ok, sampai sini saja kali ini. Jumpa lagi di lain waktu ya 😀

Jika anda perlukan bantuan mengenai Ho Chi Minh city, do whatsapp me, Nadia di +60132183454 atau Faizul di +601119944984

Go Travel. With Smile

www.yourbudgettrip.com

Padang Bukittinggi

Padang Bukittinggi

Semasa saya melancong ke Pekan Baru dan Tanah Jawa, Indonesia saya sempat bertanya dengan supir yang bawa saya “mana lagi tempat yang cantik untuk dilawati di Indonesia ni pak?” Both supir saya jawab “Minangkabau!”. Lebih tepat lagi Padang Bukittinggi.

Disebabkan saya anak jati Negeri Sembilan, dan saya baru selesaikan Majlis berkhodim untuk dapatkan tanah adat di kampung, excited juga rasa hati ni nak explore Minangkabau. Sebab boleh tau lebih lanjut mengenai budaya dan adat Minangkabau dan Negeri Sembilan. Sebelum saya cerita lebih mengenai Tanah Minangkabau, saja saya nak share sedikit tentang “Majlis Berkodim” . Mengikut adat perpatih Negeri Sembilan, harta pusaka dan tanah adat perlu diwariskan kepada orang perempuan. Suku atau keturunan orang Negeri Sembilan mengikut susun galur sebelah ibu ya kawan-kawan. Ibu saya dari suku Sri Lemak pahang (Atok nenek dulu datang dari Pahang dan menetap di N.9).  Ayah saya pula dari suku Biduanda Pasak (Merupakan pewaris asal N.9. dan pemimpin harus dipilih dari suku Biduanda). Adik beradik ayah saya semua lelaki dan saya merupakan cucu sulung perempuan.

Tanah adat kepunyaan arwah wan (nenek) saya perlu diserahkan kepada waris perempuan. Setelah berbincang, mereka setuju serahkan pada saya. Mengikut keturunan, saya adalah dari suku Sri Lemak Pahang. Jadi saya perlu lakukan Majlis Berkhodim untuk tukar suku dari Sri Lemak Pahang ke suku Biduanda sebelah ayah. Banyak juga perkara-perkara yang diperlukan. Saya perlu dapatkan persetujuan dari buapak (ketua perut) dan Dato’ Lembaga (ketua suku) dari kedua-dua suku, buat majlis dan baru boleh hantar segala dokumen ke Pejabat Tanah Daerah. Then baru boleh tukar nama geran. Alhamdulillah semuanya dah selesai.

Menarik kan?

Ok. Jom start mengenai percutian saya di Minangkabau 😉 Saya ke Minangkabau 4hari 3malam bersama suami, umi saya dan adik-adik. Kami berlima naik flight Air Asia dari Kuala Lumpur-Padang dalam 1 jam perjalanan. Padang merupakan bandar baru. Tak ada yang menarik sangat di sini. Tempat-tempat menarik semuanya terletak di Bukittinggi kira-kira 4-5 jam perjalanan dari Padang.

padang
Dah sampai padang haruslah bergambar depan tulisan nya kan

Semasa dalam perjalanan ke Bukittinggi, kami berhenti rehat di Anai waterfall. Di sini terdapat banyak gerai-gerai kecil. Anda boleh beli makanan dan minumam buat alas perut dalam perjalanan.

anai-waterfall
With my lovely umi

Kemudian kami singgah di Perkampungan Minangkabau. Di sini ada staff yang explain serba sedikit mengenai adat Perpatih dan Temenggung yang di amalkan di Tanah Minangkabau. Orang Minangkabau sangat halus, bahasa nya sopan dan amat menekankan hukum-hukum syarak dalam adat mereka. Mereka juga terkenal sebagai orang yang kuat beragama dan mengembara. Kalau anda perasan, Rumah Gadang Minangkabau ni senget ke tepi kan? Struktur binaannya sebenarnya fleksible, kayu-kayunya boleh bergerak untuk menahan impak gempa bumi. Pandai kan orang dulu-dulu? Arkitek diorang rupanya lebih hebat. Di sini juga anda boleh sewa pakaian tradisional orang Minangkabau. Sangat Menarik. 

Anda boleh pilih baju dan warna yang anda suka. Tak mahal pun sewa baju nya, tak sampai RM5 pun kalau tak silap 🙂

baju-minang-2
Saya pilih baju warna hijau. Mula-mula macam malu-malu nak pakai. Motif ukiran di Minangkabau ni cantik dan berwarna-warni
baju-minang
Ok, masing-masing dah excited kenakan baju tradisional Minangkabau ni
kampung-minang
Berangan melihat ke luar jendela. Cantik pemandangan di Kampung Minangkabau

Di Bukittinggi kami stay di Royal Denai Hotel. Hotel 3* yang selesa dan tak mengecewakan. Kami stay 3hari 2malam di Bukittinggi. Anda juga boleh memilih untuk menginap di 2* hotel : Gran malindo Hotel, Kharisma Hotel atau di Bunda Hotel Bukittinggi. Walaupun 2* inshaAllah selesa.

royal-denai-hotel
Sempat posing depan hotel

Hari kedua kami menuju ke Pagaruyung untuk melawat Istana pagaruyung dan Istana Silindung Bulan. Pagaruyung merupakan tempat pemerintahan kesultanan Minangkabau. Terkagum kami semasa sampai di Istana pagaruyung. Istana ni sangat besar dan cantik. Ketinggiannya boleh di samakan dengan bangunan moden 3 atau 4 tingkat. Rasanya Istana Seri Menanti dah cukup cantik, tapi Istana Pagaruyung ni berganda besar dan cantik! Untuk mengelilingi istana besar ni, anda boleh menaiki kereta yang disediakan. 

train
Diakui, kami malas untuk jalan kaki cairkan lemak

Istana yang ada ni sebenarnya bukanlah yang asal. Cuma replika yang dibina semula menyerupai Istana Besar yang asal. Istana yang asal telah terbakar semasa peperangan pada tahun 1804. Kemudian kerajaan Indonesia membina replika Istana Besar ni pada 27 Disember 1976 di kawasan baru, di selatan tapak asal istana. Pada 27 Februari 2007, Istana Besar sekali lagi terbakar di panah petir kerana wayar bumi rosak. Masyarakat tempatan sangat sedih dengan kejadian ini. Kerajaan Indonesia mengeluarkan perbelanjaan untuk membina semula Istana Besar. Kerajaan Negeri Sembilan juga turut menghulurkan dana untuk membina semula Istana Besar lambang kemegahan penduduk Minangkabau. Hanya 15% sahaja barangan yang terselamat dalam kejadian ini dan kini telah disimpan di Balai benda Purbakala Kabupaten Tanah Datar. Manakala harta pusaka kerajaan Pagaruyung telah disimpan di Istana Silindung Bulan.

rumah-gadang
Istano Basa Pagaruyung
istana-basa
Ni di kawasan menuju dapur istana
istana-basa-2
Masa saya kecik-kecik dulu, memang ingat orang negeri sembilan mesti ada tudung saji yang ditutup dengan kain yang cantik-cantik
istana-basa-4
Adik saya ni ada tokoh jadi tukang masak istana 😀
3-tingkat
Gayat tau bila tengok ke bawah. Tinggi sangat. Macam mana diorang bina istana ni ye
rangkiang
Rangkiang. Tempat menyimpan beras. Besar betul stor beras mereka. Perasan tak, rangkiang ni tak ada tangga? 

Dah puas pusing-pusing dan mengagumi Istana Besar Pagarruyung, kami singgah pula ke Istana Selindung Bulan. Istana Selindung Bulan merupakan salah satu Istana awal di Pagaruyung. Telah digunakan pada tahun 1550 dan menjadi pusat adat yang berpaksikan syariah Islam menggantikan hukum-hukum bersumberkan agama Buddha Tantrayana yang digunakan sebelumnya.

selindung-bulan
Istana Selindung Bulan terletak 2km dari Istana Besar Pagaruyung. Saiznya lebih kecil. Rangkiang nya pun kecil

Dah penat melawat pagaruyung, kami singgah minum-minum kopi di Tabek Patah. Kopi mulberry dan kopi cinnamon kat sini memang sedap.

tabek-patah
Kat sini ada macam-macam jenis kopi. Kopi penambah semangat hidup pun ade. Siapa-siapa yang dah tak ada semangat boleh la datang sini. hihi

Ok, sekarang masa untuk shopping. Untuk pengetahuan anda, Bukittinggi sangat terkenal dengan sulaman goyang. Kagum tengok cara diorang menyulam. Kami berpeluang ke Pariangan Village untuk melihat sendiri penghasilan sulam goyang. Hasilnya memang sangat-sangat halus. Harga sedikit mahal, tapi sesuai lah dengan hasil kerja keras mereka kan. Bukan boleh siap sehari. Kadang-kadang sampai satu bulan untuk siapkan sulaman yang halus seni nya ni. Caranya, mereka akan tebuk lubang di kain dan goyang-goyang kan alatan yang bulat tu untuk menyulam dan menghasilkan bentuk bunga-bunga yang dikehendaki.

telekung
Sulam goyang textil dan telekung

sulam-goyang

Sulaman merupakan kemahiran wajib bagi orang perempuan Minangkabau. Sulaman goyang di Bukittinggi telah diiktiraf sebagai sulaman paling bagus di keseluruhan Indonesia. Kalau nak dapatkan kain-kain sulam dengan harga yang lebih rendah, anda perlu keluarkan kuasa bargain anda tahap tertinggi di Pasar Atas. Pasar Atas ni terletak di hadapan Jam Gadang. Kami balik ke hotel naik Delman (kereta kuda). Best! Jangan lupa cuba kereta kuda di sini ya.

jam-gedang
Jam Gadang. Kalau orang Nismilan sebut “Jam Godang”.
kereta-kuda
Kudaku lari gagah berani
jelly
Terima kasih Jelly, hantar kite balik hotel

Keesokan harinya kami ke Grand Sianok Canyon Bukittinggi dan Rumah Hamka. Grand Sianok dekat je dengan hotel, perjalanan ke Rumah Hamka dalm 2-3 jam juga. Untuk anda yang meminati sejarah, anda juga boleh ambil perkhidmatan tour guide dan masuk ke Lobang Jepang. Lobang Jepang ni merupakan tempat persembunyian Jepun semasa memerintah Indonesia selama 3 tahun 3 bulan. Di sini juga adalah tempat tentera Jepun seksa dan bunuh orang kampung yang enggan bekerjasama dengan mereka.

Perjalanan ke Rumah Hamka memang sangat mencabar especially di Kelok 44. Huh, tajam betul selekoh dia. Tapi memang berbaloi tengok Tasik maninjau tempat kelahiran Buya Hamka ni. Cantik sungguh. Pemandangan di Minangkabau cantik menghijau di kelilingi sawah padi yang mendamaikan.

grand-canyon
Ini dia Grand Canyon Indonesia. Tak perlu ke USA lagi.
lobang-japang
Lobang Jepang di Grand Canyon Ngarai Sianok
maninjau
Tasik Maninjau. Kalau saya menulis kat tempat cantik macam ni mesti dapat banyak idea macam Buya Hamka kan
buya-hamka
Rumah kelahiran Buya Hamka. Semua koleksi penulisan dan anugerah-anugerah yang diterima oleh Buya Hamka ada di sini

Perjalanan ke Rumah Hamka ni memang sedikit penat. Tapi penat tu terbayar dengan kecantikan alam semulajadi Tanah Minangkabau. Meh saya kongsi beberapa gambar pemandangan sawah padi di Bukittinggi.

sawah-padi
Padi Bukit Minangkabau
sawah-padi-2
Cantik pemandangan di sini
sawah-padi-4
I capture you angsa. Jangan garang-garang

Berakhir sudah perjalanan kami di Bukittinggi. Kami pulang semula ke Padang untuk ambil flight balik ke Kuala Lumpur keesokan harinya. Di Padang kami menginap di The Axana Hotel 4* hotel. Best lah, sebab adik sempat swim di swimmimg pool hotel sebelum balik Malaysia. Anda juga boleh pilih untuk stay di 2*  Sofyan Inn Rangkayo Basa Hotel atau 3* The Aliga Hotel.  InshaAllah hotel yang saya suggest adalah yang selesa dan berbaloi. Saya selalu deal dengan hotel-hotel ni untuk rakan-rakan yang melawat ke Padang Bukittinggi.

lunch
Lunch terakhir kami di Minangkabau sebelum balik ke Malaysia

Pengalaman yang menyeronokkan bila dapat belajar adat dan budaya Minangkabau. Bahasa mereka lebih halus dari bahasa yang kita guna di Nismilan. Alhamdulillah, dapat belajar mengenai sejarah nenek moyang di Padang Bukittinggi.

Anda boleh whatsapp saya, Nadia di talian +60132183454 atau Faizul di talian +601119944984 jika perlukan bantuan untuk melancong ke Padang Bukittinggi 🙂

Go Travel. With Smile

www.yourbudgettrip.com

Melancong ke Yogyakarta

Melancong ke Yogyakarta

Akhir-akhir ni ramai orang memilih untuk melancong ke Yogayakarta. Lebih-lebih lagi selepas keluarnya movie yang dinanti-nantikan oleh Ada Apa Dengan Cinta (AADC) lovers. Kiranya nak mencari Cinta Rangga di Yogyakarta lah ni kan? Selain menjadi tumpuan AADC lover, Yogyakarta juga merupakan satu destinasi pilihan pencinta alam kerana terkenal dengan keindahan alam semulajadinya dan juga menjadi pilihan adventurous traveller kerana banyak aktiviti-aktiviti menarik yang dapat kita cuba di sini.

Di sini saya senaraikan tempat-tempat yang menarik yang  boleh anda kunjungi, dan aktiviti-aktiviti yang best untuk anda cuba. Selamat membaca!

Candi Borobudur

Jika anda ingin melancong ke Yogyakarta, tak sah jika anda tidak melawat ke Candi Borobudur. Candi Borobudur merupakan Candi Buddha terbesar di dunia, memiliki 72 stupa dan telah diwartakan sebagai tapak tinggalan sejarah oleh UNESCO. Candi ini dibina sebagai tempat pemujaan agama Buddha oleh pemerintah Jawa dari Dinasti Sailendra dan Srijaya dan mengambil masa selama 100 tahun (750M-850M) untuk disiapkan.

Borobudur 2

 

Candi Prambanan

Candi Prambanan atau Candi Rara Jonggrang merupakan candi hindu terbesar di Indonesia dan Asia Tenggara. Candi ini juga telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sebagai salah satu candi tercantik dan termegah di dunia.  Mengikut lagenda penduduk tempatan, Rara Jonggrang adalah seorang Puteri yang telah di sumpah menjadi patung di Candi Prambanan kerana telah menolak cinta seorang pemuda bernama Bandung Bondowoso.

Gunung Merapi

Gunung Merapi merupakan gunung api teraktif di Indonesia dan di dunia dan terletak di Lingkaran Api Pasifik. Menurut pengkaji, Gunung Merapi sangat aktif dan boleh meletus dalam tempoh hingga 2-5 tahun sekali. Untuk ke Gunung Merapi, anda perlu menaiki Jeep yang tidak berbumbung. Laluannya amat mencabar kerana tanahnya berlubang-lubang dan tidak rata kesan dari ledakan Gunung Merapi. Cabaran ke Gunung Merapi pasti terbayar setelah anda sampai dan dihidangkan dengan pemandangan yang amat cantik dan mempesona.

Merapi

 

Gereja Ayam

AADC lovers pasti tau tempat ni, tempat di mana Cinta  dan Rangga melepaskan rindu mereka. Ramai mengatakan gereja ni mirip bentuk ayam, tapi mengikut pemilik gereja ini, iaitu Daniel Alamsjah sebenarnya gereja ini adalah bentuk seekor burung merpati yang sedang duduk di atas tanah. Di atas kepala burung merpati ni ada sebuah mahkota. Burung dengan ayam sama kumpulan je kan! 😀 . Gereja ini sudah lama terbengkalai kerana kekurangan dana tapi kemudiannya menjadi satu tempat tarikan pelancong kerana pemandangan yang indah setelah viral di laman sosial.

Gereja ayam

Kalibiru

Paling menarik mengenai Kalibiru adalah bergambar di atas platform. Photographer akan mengambil gambar anda dari seberang, anda boleh beli gambar yang di ambil dan upload terus ke dalam phone anda. Sebelum naik ke platform, anda perlu memakai tali keselamatan kemudian mendaki tangga untuk sampai di platform yang terletak di atas pokok yang tinggi. Amacam, ada berani tak? Anda juga boleh mencuba aktiviti skytrail dan flying fox di Kalibiru.

kalibiru

Keraton Jogja

jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai warisan budaya etnik Jawa dan kesultanannya, anda wajib singgah di Keraton Yogyakarta atau dikenali sebagai Keraton Ngayogyakarta Hadiningrat. Keraton Jogja merupakan kerajaan kesultanan terakhir di Tanah Jawa sebelum di satukan di bawah Republik Indonesia pada tahun 1950. Keraton ini masih menjadi tempat kediaman sultan dan masih mengekalkan tradisi kesultanan sehingga kini.

Pantai Timang

Pantai Timang sangat terkenal dengan gondolanya. Anda berani menyeberang ke batu besar yang seperti terapung di permukaan lautan dengan gondola Pantai Timang? Anda perlu cuba jika anda seorang yang suka kan aktiviti yang mencabar. Asalnya, masyarakat di sini menaiki gondola untuk ke Pulau Timang bagi mencari hasil laut. Kerana keunikan gondola ini, ramai pelancong ingin mencubanya. Jangan lepaskan peluang menikmati lobster segar di sini ya.

Pantai Timang

Gua Pindul

Anda boleh mencuba aktiviti cave tubing, menyelusuri sungai sepanjang 350 meter, lebih kurang 45 minit dengan pelampung. Di tengah-tengah gua, anda boleh menikmati keindahan sinaran matahari yang masuk melalui lubang besar ke dalam gua. Pasti merupakan kenangan yang tidak dapat dilupakan. Di sepanjang pengembaraan anda di dalam gua, anda boleh melihat stalaktit dan stalagmit yang cantik.

Gua Pindul

Hutan Pinus Mangunan

Pemandangan cantik pokok-pokok pain di sini menjadi salah satu tumpuan pencinta fotografi dan pelancong yang melancong ke Yogyakarta. Ramai yang menjadikan kawasan Mangunan yang berkeluasan 500 hektar sebagai lokasi pengambaran album perkahwinan. Ada yang mengatakan Hutan Pinus Mangunan ni sama macam suasana dalam filem romantic Twilight. Nak tau sama ke tidak, kena lah cuba pergi dan tengok dengan mata sendiri kan?

hutan pinus

Pantai Parangtritis

Pantai yang terletak 27km dari Yogyakarta ini dikenali juga sebagai “little Africa” kerana keluasan gurun pasir (sand dunes) dan udara nya yang lebih panas berbanding tempat-tempat lain. Anda boleh memilih untuk melakukan beberapa aktiviti menarik di sini seperti ATV, kereta kuda, sand boarding dan bermain laying-layang. Dikatakan, kecantikan pantai ini ketika matahari terbenam setanding dengan keindahan Pantai Kuta di Bali. Pantai ini merupakan antara tempat pelancongan yang penting kerana merupakan pintu gerbang istana kerajaan laut selatan yang dipimpin oleh Kanjeng Ratu Kidul yang terkenal dalam mitos masyarakat Jawa.

Parangtritis

Alun Alun Kidul 

Alun Alun Kidul bermaksud Alun Alun Selatan kerana terletak di sebelah selatan Keraton Jogja. Pada zaman dahulu, Alun Alun Kidul merupakan tempat latihan ketenteraan. Di sini, anda boleh cuba permainan Masangin, anda perlu berjalan menutup mata dan melalui tengah antara 2 pokok beringin. Dikatakan hanya orang yang berhati bersih dapat melalui celah pokok tersebut. Nak tau anda berhati bersih atau tidak? Cubalah! Selain itu, anda juga boleh mencuba beca yang dihiasi lampu LED berwarna-warni di sini.

PENGINAPAN

Di sini kami senaraikan beberapa tempat penginapan yang selesa untuk anda stay ketika melancong di Yogyakarta:

  1. Hostel: Bagi anda yang masih solo dan sukakan gaya back packers, Edu Hostel amat sesuai untuk anda.
  2. Hotel 2*: Anda yang ingin menginap di hotel dengan kadar yang lebih rendah, 2* hotel adalah pilihan yang tepat. Anda boleh memilih  Zest Hotel jika ingin kan kawasan yang lebih tenang atau Pop! Hotel Malioboro jika anda inginkan suasana yang lebih happening
  3. Hotel 3*: Jika anda ingin hotel yang lebih selesa, anda boleh memilih Tjokro Style Yogyakarta Hotel 
  4. Hotel 4*: Horison Ultima Riss Hotel Malioboro Yogyakarta amat sesuai untuk anda yang mementingkan keselesaan dan gaya moden. Hotel ini terletak di Jalan Malioboro yang merupakan syurga shopping di bandar Yogyakarta. 

TRANSPORTATION DAN TEMPAT LAWATAN

Untuk anda yang tak tau nak hubungi driver mana yang bagus ketika melancong di Yogyakarta, jangan risau. Kami sedia membantu anda mendapatkan khidmat transportation dan driver yang diyakini. Kami juga akan suggest itinerary yang sesuai dengan kehendak anda. Transport, driver, petrol, parking, tiket-tiket ke tempat lawatan akan kami uruskan. Kami juga akan suggest restoran yang best untuk anda nikmati makanan yang enak-enak semasa di Jogja. Anda cuma perlu  whatsapp Nadia/Faizul di talian +60132183454/+601119944984 untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan Yogyakarta 🙂

Kami pasti akan bantu anda.

Go Travel. With Smile.

www.yourbudgettrip.com