Padang Bukittinggi

Semasa saya melancong ke Pekan Baru dan Tanah Jawa, Indonesia saya sempat bertanya dengan tour guide yang bawa saya “mana lagi tempat yang cantik untuk dilawati di Indonesia ni pak?” Both tour guide saya jawab “Minangkabau!”. Lebih tepat lagi Padang Bukittinggi.

Disebabkan saya anak jati Negeri Sembilan, dan saya baru selesaikan Majlis berkhodim untuk dapatkan tanah adat di kampung, excited juga rasa hati ni nak explore Minangkabau. Sebab boleh tau lebih lanjut mengenai budaya dan adat Minangkabau dan Negeri Sembilan. Sebelum saya cerita lebih mengenai Tanah Minangkabau, saja saya nak share sedikit tentang “Majlis Berkodim” . Mengikut adat perpatih Negeri Sembilan, harta pusaka dan tanah adat perlu diwariskan kepada orang perempuan. Suku atau keturunan orang Negeri Sembilan mengikut susun galur sebelah ibu ya kawan-kawan. Ibu saya dari suku Sri Lemak pahang (Atok nenek dulu datang dari Pahang dan menetap di N.9).  Ayah saya pula dari suku Biduanda Pasak (Merupakan pewaris asal N.9. dan pemimpin harus dipilih dari suku Biduanda). Adik beradik ayah saya semua lelaki dan saya merupakan cucu sulung perempuan.

Tanah adat kepunyaan arwah wan (nenek) saya perlu diserahkan kepada waris perempuan. Setelah berbincang, mereka setuju serahkan pada saya. Mengikut keturunan, saya adalah dari suku Sri Lemak Pahang. Jadi saya perlu lakukan Majlis Berkhodim untuk tukar suku dari Sri Lemak Pahang ke suku Biduanda sebelah ayah. Banyak juga perkara-perkara yang diperlukan. Saya perlu dapatkan persetujuan dari buapak (ketua perut) dan Dato’ Lembaga (ketua suku) dari kedua-dua suku, buat majlis dan baru boleh hantar segala dokumen ke Pejabat Tanah Daerah. Then baru boleh tukar nama geran. Alhamdulillah semuanya dah selesai.

Menarik kan?

Ok. Jom start mengenai percutian saya di Minangkabau 😉 Saya ke Minangkabau 4hari 3malam bersama suami, umi saya dan adik-adik. Kami berlima naik flight Air Asia dari Kuala Lumpur-Padang dalam 1 jam perjalanan. Padang merupakan bandar baru. Tak ada yang menarik sangat di sini. Tempat-tempat menarik semuanya terletak di Bukittinggi kira-kira 4-5 jam perjalanan dari Padang.

padang
Dah sampai padang haruslah bergambar depan tulisan nya kan

Semasa dalam perjalanan ke Bukittinggi, kami berhenti rehat di Anai waterfall. Di sini terdapat banyak gerai-gerai kecil. Anda boleh beli makanan dan minumam buat alas perut dalam perjalanan.

anai-waterfall
With my lovely umi

Kemudian kami singgah di Perkampungan Minangkabau. Di sini ada staff yang explain serba sedikit mengenai adat Perpatih dan Temenggung yang di amalkan di Tanah Minangkabau. Orang Minangkabau sangat halus, bahasa nya sopan dan amat menekankan hukum-hukum syarak dalam adat mereka. Mereka juga terkenal sebagai orang yang kuat beragama dan mengembara. Kalau anda perasan, Rumah Gadang Minangkabau ni senget ke tepi kan? Struktur binaannya sebenarnya fleksible, kayu-kayunya boleh bergerak untuk menahan impak gempa bumi. Pandai kan orang dulu-dulu? Arkitek diorang rupanya lebih hebat. Di sini juga anda boleh sewa pakaian tradisional orang Minangkabau. Sangat Menarik. 

Anda boleh pilih baju dan warna yang anda suka. Tak mahal pun sewa baju nya, tak sampai RM5 pun kalau tak silap 🙂

baju-minang-2
Saya pilih baju warna hijau. Mula-mula macam malu-malu nak pakai. Motif ukiran di Minangkabau ni cantik dan berwarna-warni
baju-minang
Ok, masing-masing dah excited kenakan baju tradisional Minangkabau ni
kampung-minang
Berangan melihat ke luar jendela. Cantik pemandangan di Kampung Minangkabau

Di Bukittinggi kami stay di Royal Denai Hotel. Hotel 3* yang selesa dan tak mengecewakan. Kami stay 3hari 2malam di Bukittinggi. Anda juga boleh memilih untuk menginap di 2* hotel : Gran malindo Hotel, Kharisma Hotel atau di Bunda Hotel Bukittinggi. Walaupun 2* inshaAllah selesa.

royal-denai-hotel
Sempat posing depan hotel

Hari kedua kami menuju ke Pagaruyung untuk melawat Istana pagaruyung dan Istana Silindung Bulan. Pagaruyung merupakan tempat pemerintahan kesultanan Minangkabau. Terkagum kami semasa sampai di Istana pagaruyung. Istana ni sangat besar dan cantik. Ketinggiannya boleh di samakan dengan bangunan moden 3 atau 4 tingkat. Rasanya Istana Seri Menanti dah cukup cantik, tapi Istana Pagaruyung ni berganda besar dan cantik! Untuk mengelilingi istana besar ni, anda boleh menaiki kereta yang disediakan. 

train
Diakui, kami malas untuk jalan kaki cairkan lemak

Istana yang ada ni sebenarnya bukanlah yang asal. Cuma replika yang dibina semula menyerupai Istana Besar yang asal. Istana yang asal telah terbakar semasa peperangan pada tahun 1804. Kemudian kerajaan Indonesia membina replika Istana Besar ni pada 27 Disember 1976 di kawasan baru, di selatan tapak asal istana. Pada 27 Februari 2007, Istana Besar sekali lagi terbakar di panah petir kerana wayar bumi rosak. Masyarakat tempatan sangat sedih dengan kejadian ini. Kerajaan Indonesia mengeluarkan perbelanjaan untuk membina semula Istana Besar. Kerajaan Negeri Sembilan juga turut menghulurkan dana untuk membina semula Istana Besar lambang kemegahan penduduk Minangkabau. Hanya 15% sahaja barangan yang terselamat dalam kejadian ini dan kini telah disimpan di Balai benda Purbakala Kabupaten Tanah Datar. Manakala harta pusaka kerajaan Pagaruyung telah disimpan di Istana Silindung Bulan.

rumah-gadang
Istano Basa Pagaruyung
istana-basa
Ni di kawasan menuju dapur istana
istana-basa-2
Masa saya kecik-kecik dulu, memang ingat orang negeri sembilan mesti ada tudung saji yang ditutup dengan kain yang cantik-cantik
istana-basa-4
Adik saya ni ada tokoh jadi tukang masak istana 😀
3-tingkat
Gayat tau bila tengok ke bawah. Tinggi sangat. Macam mana diorang bina istana ni ye
rangkiang
Rangkiang. Tempat menyimpan beras. Besar betul stor beras mereka. Perasan tak, rangkiang ni tak ada tangga? 

Dah puas pusing-pusing dan mengagumi Istana Besar Pagarruyung, kami singgah pula ke Istana Selindung Bulan. Istana Selindung Bulan merupakan salah satu Istana awal di Pagaruyung. Telah digunakan pada tahun 1550 dan menjadi pusat adat yang berpaksikan syariah Islam menggantikan hukum-hukum bersumberkan agama Buddha Tantrayana yang digunakan sebelumnya.

selindung-bulan
Istana Selindung Bulan terletak 2km dari Istana Besar Pagaruyung. Saiznya lebih kecil. Rangkiang nya pun kecil

Dah penat melawat pagaruyung, kami singgah minum-minum kopi di Tabek Patah. Kopi mulberry dan kopi cinnamon kat sini memang sedap.

tabek-patah
Kat sini ada macam-macam jenis kopi. Kopi penambah semangat hidup pun ade. Siapa-siapa yang dah tak ada semangat boleh la datang sini. hihi

Ok, sekarang masa untuk shopping. Untuk pengetahuan anda, Bukittinggi sangat terkenal dengan sulaman goyang. Kagum tengok cara diorang menyulam. Kami berpeluang ke Pariangan Village untuk melihat sendiri penghasilan sulam goyang. Hasilnya memang sangat-sangat halus. Harga sedikit mahal, tapi sesuai lah dengan hasil kerja keras mereka kan. Bukan boleh siap sehari. Kadang-kadang sampai satu bulan untuk siapkan sulaman yang halus seni nya ni. Caranya, mereka akan tebuk lubang di kain dan goyang-goyang kan alatan yang bulat tu untuk menyulam dan menghasilkan bentuk bunga-bunga yang dikehendaki.

telekung
Sulam goyang textil dan telekung

sulam-goyang

Sulaman merupakan kemahiran wajib bagi orang perempuan Minangkabau. Sulaman goyang di Bukittinggi telah diiktiraf sebagai sulaman paling bagus di keseluruhan Indonesia. Kalau nak dapatkan kain-kain sulam dengan harga yang lebih rendah, anda perlu keluarkan kuasa bargain anda tahap tertinggi di Pasar Atas. Pasar Atas ni terletak di hadapan Jam Gadang. Kami balik ke hotel naik Delman (kereta kuda). Best! Jangan lupa cuba kereta kuda di sini ya.

jam-gedang
Jam Gadang. Kalau orang Nismilan sebut “Jam Godang”.
kereta-kuda
Kudaku lari gagah berani
jelly
Terima kasih Jelly, hantar kite balik hotel

Keesokan harinya kami ke Grand Sianok Canyon Bukittinggi dan Rumah Hamka. Grand Sianok dekat je dengan hotel, perjalanan ke Rumah Hamka dalm 2-3 jam juga. Untuk anda yang meminati sejarah, anda juga boleh ambil perkhidmatan tour guide dan masuk ke Lobang Jepang. Lobang Jepang ni merupakan tempat persembunyian Jepun semasa memerintah Indonesia selama 3 tahun 3 bulan. Di sini juga adalah tempat tentera Jepun seksa dan bunuh orang kampung yang enggan bekerjasama dengan mereka.

Perjalanan ke Rumah Hamka memang sangat mencabar especially di Kelok 44. Huh, tajam betul selekoh dia. Tapi memang berbaloi tengok Tasik maninjau tempat kelahiran Buya Hamka ni. Cantik sungguh. Pemandangan di Minangkabau cantik menghijau di kelilingi sawah padi yang mendamaikan.

grand-canyon
Ini dia Grand Canyon Indonesia. Tak perlu ke USA lagi.
lobang-japang
Lobang Jepang di Grand Canyon Ngarai Sianok
maninjau
Tasik Maninjau. Kalau saya menulis kat tempat cantik macam ni mesti dapat banyak idea macam Buya Hamka kan
buya-hamka
Rumah kelahiran Buya Hamka. Semua koleksi penulisan dan anugerah-anugerah yang diterima oleh Buya Hamka ada di sini

Perjalanan ke Rumah Hamka ni memang sedikit penat. Tapi penat tu terbayar dengan kecantikan alam semulajadi Tanah Minangkabau. Meh saya kongsi beberapa gambar pemandangan sawah padi di Bukittinggi.

sawah-padi
Padi Bukit Minangkabau
sawah-padi-2
Cantik pemandangan di sini
sawah-padi-4
I capture you angsa. Jangan garang-garang

Berakhir sudah perjalanan kami di Bukittinggi. Kami pulang semula ke Padang untuk ambil flight balik ke Kuala Lumpur keesokan harinya. Di Padang kami menginap di The Axana Hotel 4* hotel. Best lah, sebab adik sempat swim di swimmimg pool hotel sebelum balik Malaysia. Anda juga boleh pilih untuk stay di 2*  Sofyan Inn Rangkayo Basa Hotel atau 3* The Aliga Hotel.  InshaAllah hotel yang saya suggest adalah yang selesa dan berbaloi. Saya selalu deal dengan hotel-hotel ni untuk rakan-rakan yang melawat ke Padang Bukittinggi.

lunch
Lunch terakhir kami di Minangkabau sebelum balik ke Malaysia

Pengalaman yang menyeronokkan bila dapat belajar adat dan budaya Minangkabau. Bahasa mereka lebih halus dari bahasa yang kita guna di Nismilan. Alhamdulillah, dapat belajar mengenai sejarah nenek moyang di Padang Bukittinggi.

Berminat untuk dapatkan pakej private ke Padang Bukittinggi, boleh direct Whatsapp Nadia +60132183454 🙂

Go Travel. With Smile

www.yourbudgettrip.com

2 thoughts on “Padang Bukittinggi

  • August 16, 2017 at 9:27 pm
    Permalink

    Hi saya teringin komen setelah merasakan byk post yg beguna disini. Harap komen sy mndapat balasan

    Reply
    • August 29, 2017 at 10:21 am
      Permalink

      terima kasih puan ainon atas komen anda. Kami berharap info yang kami kongsikan dapat menambah ilmu pembaca.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *