Ho Chi Minh City

Assalamualaikum dan hi! Bertemu lagi kita. Kali ni saya nak cerita mengenai Ho Chi Minh City (HCMC) atau nama lama nya Saigon yang terletak di Vietnam. Trip kali ni special sikit sebab ini kali pertama family Tok Abah (panggilan kepada bapa mertua saya) buat family day di luar negara. Ramai yang excited nak dapatkan cop passport yang pertama 😀 HCMC ni di request sendiri oleh Tok Abah, berkat penangan tengok rancangan Rasa Halal Orient di Astro. Kami pergi 18 orang pada 21-24 September 2015.

Kami pilih untuk menaiki pesawat Air Asia dari Kuala Lumpur ke HCMC, Vietnam. Di HCMC, kami menginap di Kingston Hotel atau sekarang telah di ambil alih oleh A&EM Hotel. Hotel ni sangat selesa, bersih dan walking distance je dengan Ben Than Market. Memang berbaloi menginap di A&EM Hotel. Selain itu, anda juga boleh jadikan Lan Lan Hotel 2 sebagai pilihan. Yang lain tu saya tak suggest sangat.

kingston-hotel
Bergambar depan hotel

Terdapat banyak Restoran Muslim berdekatan hotel. Makanan HALAL di Vietnam ni memang sedap tapi jangan terkejut kalau tengok nasi goreng harga RM12-RM15 sepinggan ya. Untuk family trip Tok Abah, kami lebih selesa ambil full pakej. Jadual makan, transport, perjalanan semua dah tersusun. Yang penting ikut bajet kita sendiri kalau travel dengan www.yourbudgettrip.com. Guide kami Mr An sporting sangat dan pandai berbahasa melayu, dia belajar dari internet je, ok. 😉

makan-makan
Meriah betul makanan kami

Disebabkan hotel sangat dekat dengan Ben Than Market, kami just jalan kaki je. Banyak pilihan barangan yang boleh beli di sini. Ada kain pasang, ada telekung, hand bag, hiking bag, luggage, cenderahati, Aih, macam-macam lah.  Bile belek-belek album, gambar shopping banyak tak ada. Nampak sangat asyik sibuk membeli belah kan. hu.

Kat sini saya senaraikan barang-barang shopping yang anda boleh beli, ni ikut preference saya ye:

  1. Kain pasang-Bin Thay Market di China Town
  2. Buah-buahan, tudung, telekung-Ben Thanh Market
  3. Sourvenir-Saigon Night Market di luar Ben Thanh Market
  4. T-shirt lelaki-jeti nak ke Thoi Sen Island (Mekong Delta). Sangat murah dan berbaloi
  5. Tudung, telekung, baju kurung siap-MSN wholesale shop di District 7
  6. Baragan sukan- jalan Huyền Trân Công Chúa

 

night-market
Saigon Night Market
district-7
District 7. Pandai nye amoi ni pakai tudung

Selain tempat-tempat di atas, anda juga boleh lah ke Taka Plaza Shopping Mall atau Saigon Square. Mana tau ada barang-barang yang anda nak cari di sana, kan?

Selain dikenali sebagai syurga shopping, Ho Chi Minh City juga ada banyak tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Sesuai untuk bawa family atau jalan-jalan dengan kawan-kawan:

Chu Chi Tunnel

Terletak 70km dari Ho Chi Minh City. Di sini kita dapat mempelajari mengenai peperangan Vietnam-Amerika yang berlaku pada tahun 1957-1975. Kalau ada stamina yang tinggi,  cuba lah masuk ke terowong Viet Cong yang sempit! Orang-orang Viet Cong dulu sangat bijak, mereka telah membina penempatan bawah tanah ketika berperang. Pintu masuk ke terowong ni  sempit betul, untuk masuk  kita perlu tutup pintu terowong dengan daun-daun kering. Itu sebabnya pintu masuk ni susah dikesan oleh orang Amerika. Bayangkan beribu-ribu orang berkawal dan menetap di bawah tanah dengan keadaan yang sempit dan gelap. Di bawah tanah ni juga ada ruangan memasak, tempat rawatan orang sakit dan sebagainya. Banyak lubang-lubang udara yang mereka buat untuk ventilation. Kebanyakan di tebuk di tepi-tepi busut supaya tak disedari oleh tentera Amerika. Di sini juga kita dapat tengok teknologi-teknologi orang Viet Cong semasa berperang. Kami tak lepaskan peluang untuk makan ubi rebus juga di sini. Untuk anda yang ingin cuba menembak, di sini juga ada senapang dan peluru yang boleh disewa.

terowong
My husband rasa dia sekurus orang Viet Cong untuk sembunyi dalam terowong
kereta-kebal
Ni antara pasukan Viet Cong yang sudah bersedia untuk berperang
viet-cong
Jangan ingat tentera Viet Cong semuanya lelaki ya! Perempuan cantik pun ada
ubi-rebus
First time makan ubi kayu rebus dengan kacang tumbuk. Sedap juga

My Tho Town

Satu lagi tempat yang best untuk anda kunjungi adalah My Tho town yang terletak 85km dari Ho Chi Minh City. Sampai di jeti, kami menyeberang Tien River ke Thoi Son Island dengan menaiki bot. Perjalanan ke Thoi Son Island ni dalam 15-20 minit je.

boat
Seronok naik bot. Atas bot ni juga kita boleh minum air kelapa sambil menikmati pemandangan Sungai Mekong

Memang banyak aktiviti menarik yang kita boleh join di sini. Antaranya:

gula-gula-kelapa
tengok cara pembuatan tradisional gula-gula kelapa
amoi-nyanyi
Dengar amoi ni nyanyi lagu “Rasa Sayang” sambil makan buah-buahan segar

Di Thoi Son Island ni juga banyak dijual barang-barang sourvenir, leather handbag dan t-shirt Vietnam. Selain makan buah-buahan, madu asli dan minyak kelapa dara Vietnam pun ada dijual di pulau ni tau. Sila lah shopping dan shopping lagi di sini.

War Remnant Museum

Kesinambungan dari Chu Chi tunnel, anda boleh dapatkan lebih banyak maklumat mengenai perang Vietnam-Amerika di museum ini. Sedih tengok gambar-gambar perang yang di tayangkan di sini. Paling kesian bila tengok beberapa generasi masyarakat Vietnam cacat akibat terkena bom nuklear tentera Amerika. Kejam betul! Selepas perang ramai kanak-kanak Vietnam dilahirkan dalam keadaan tidak sempurna. Vietnam mengabil masa yang lama untuk pulihkan ekonomi mereka selepas perang. Banyak perbelanjaan di keluarkan terutama untuk memusnahkan periuk api yang di tinggalkan semasa peperangan. Kita rasa peperangan di tanah melayu dahsyat, rupa-rupanya di Vietnam lebih dahsyat.

war-remnant-museum
War Remnant Museum

Saigon Central Post Office

Post Office di Ho Chi Minh City ni memang cantik, fefeling macam di Eropah bila masuk ke sini. Pejabat pos ni telah dibina pada tahun 1886-1891 oleh Alfred Foulhoux dan kini menjadi tarikan utama pelancong di HCMC. Reka bentuk nya dipengaruhi oleh reka bentuk gothic, renaissance dan Perancis. Patut lah cantik. Anda boleh beli poskad, tulis dan pos ke tanah air. Tak mahal pun.

kakak-pos
My niece pun nak pos poskad. Untuk sape lah tu?
post-office
Posing depan post office

Water Puppet Show

Ha, anda jangan lepaskan peluang untuk menonton water puppet show ni live tau. Apa yang menarik tentang puppet show ni? macam biasa je tengok. Actually, yang menarik nya adalah water puppet show ni merupakan hiburan tradisional di Vietnam dan dimainkan dalam air. Pemain akan masuk separuh badan dalam air dan mainkan puppet menggunakan buluh dengan tangan di dalam air. Pergerakan yang pantas dan tepat memang mengagumkan. Anda juga akan dihiburkan dengan nyanyian dan muzik tradisional Vietnam. Puppet show ni menceritakan mengenai kehidupan kampung dan agak lucu. Semuanya dalam bahasa Vietnam tau, tapi guide kami Mr An dah cerita dengan details sebelum kami tengok. Memang menarik.

water-puppet-show
Orang dewasa pun terhibur. Tak henti-henti ketawa tengok water puppet show yang best ni

Yang lebih menarik di Vietnam, kami sempat menunaikan solat Aidil Adha di masjid. Mengalami suasana sambutan raya di tempat orang, memang satu kenangan yang tidak dapat di lupakan. Bersyukur dan terharu. Rasa persaudaraan sesama islam tu akrab sangat masa solat di sana. Ramai juga rakyat Malaysia yang mengambil peluang untuk jalankan ibadah korban di Vietnam.

khutbah
Dengar khutbah raya
ruangan-wanita
Mostly muslim di sini berketurunan melayu champa

Ok, sampai sini saja kali ini. Jumpa lagi di lain waktu ya 😀

Jika anda perlukan bantuan mengenai Ho Chi Minh city, do whatsapp me, Nadia di +60132183454 atau Faizul di +601119944984

Go Travel. With Smile

www.yourbudgettrip.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *