Browsed by
Month: June 2017

7 Ubat Power Kalau Sakit semasa Travel

7 Ubat Power Kalau Sakit semasa Travel

Hai traveler sekalian alam, agak lama kami menyepi dari update tips travel ni ek, so post kali ni nak cerita sikit 7 Ubat Power Kalau Sakit Semasa Travel. Ini cara yourbudgettrip, mungkin korg boleh share tips korg juga. Namun, bukan lah ia berkesan pada semua orang sebab daya tahan sakit masing-masing berbeza kan.

natural med

Ini salah satu cara mudah tanpa anda ke klinik atau farmasi di negara kunjungan korg, just prepare je 7 ubat semulajadi ni dari Malaysia. Beli siap-siap dan pekkan semua ni dalam bekas asal mereka, simpan elok-elok dalam backpack korg untuk korg senang nak guna. Ok, nindia list 7 Ubat Power Kalau Sakit Semasa Travel.

 1. AIR

Sangat penting untuk minum air yang cukup semasa travel, yang penting lagi cari air mineral. Sebab sesetengah negara masih memproses air bersih mereka “sekadar saja”, dan penduduk negara berkenaan sudah imun dengan tahap kebersihan air tersebut. Dari sibuk nak air yang murah atau free, kita bercuti di ICU, ye dok. Air amat penting kerana ia mengelakkan badan dari terhidrasi disamping membantu proses penghadaman.

2. KAYU MANIS

Membantu dalam proses penghadaman, ketika melancong perut pasti kembung sebab perubahan cuaca, climate dan jadual makan yang tidak teratur. Selain itu, kayu manis juga salah satu cara menghangatkan badan. Pakar perubatan zaman pertengahan juga menggunakan kayu manis sebagai ubat untuk merawat batuk, serak, sakit tekak, sakit perut, kembung, cirit-birit dan senak perut. Fun Fact! ekayu manis terbukti berkesan untuk mengawal kesakitan senggugut di mana ia mengandungi bahan kimia semula jadi yang dipanggil cinnamaldehyde.

3. SERAT

Epal, pisang, strawberry, barli, brokoli, dan oat adalah contoh-contoh serat. mudah nak dapat kan. Serat berfungsi untuk melancarkan pergerakan najis/kumuh di dalam usus dengan kata lain ia membuatkan badan secara semulajadi memecahkan makanan. Ini kerana badan kita tidak mempunyai enzim yang mampu untuk mencernakan serat sebagai sumber tenaga. Pendek kata, serat tidak menyumbang apa-apa tenaga, tidak menyumbang apa-apa kalori kepada tubuh kita, dan lebih penting TIDAK menggemukkan.

4. VITAMIN D

Sumbernya adalah cahaya matahari. Mudah sangat! pancaran matahari sangat membantu dalam meningkatkan keadaan semulajadi badan dan paling penting elakkan JET LAG

5. TEH CHAMOMILE

Teh kegemaran Cik Nutt, abam pon layan kan aje. Bile tanya apasal suka teh ni…. sebab Cristiano Ronaldo suka, pon boleh. Tapi teh ni memang refreshing n lite je rasanya, boleh kata setiap hirupan tu mendamaikan, Ceh. Banyak juga khasiat teh chamomile ni, tapi untuk traveler, ia membantu proses tidur yang lebih baik dan masalah insomnia. So tak payah risau masalah tidur di negara orang.

6. VITAMIN C

Banyak sangat sumber vitamin C, anda pon pasti tau tak payah abam nak sebut. Paling penting untuk traveler, vitamin C mambantu badan membina imunisasi untuk melawan kuman baru semasa travel. Menarikkan, sumber yang mudah tapi khasiatnya mengagumkan. Salah satu fun fact vitamin C ni adalah ia maningkatkan mood seseorang. So, let travel with smile.

7. ECHINACEA

Bunyi saintifik sangat kan, Echinacea ni merupakan bunga dan ia sangat membantu traveler dalam meningkatkan fungsi dan sistem imunisasi badan kita. Ia biasanya tumbuh di kawasan amerika, So kalau travel ke sana maybe senaang lah nak carik. Kalau kat sini, p je farmasi dan tanyak pharmasist.

Echinacea
Echinacea
Chamomile
Chamomile
Kayu Manis
Kayu Manis

Namun, bagi yourbudgettrip.com apa2 juga persediaan ubat harus dengan nasihat doktor. yang plaing paling paling penting, ambil lah insuran travel. Ia sangat membantu dalam melindungi diri anda. Sediakan payung sebelum hujan. Ye dok. Ok, itu saja tips kali ni berkaitan 7 Ubat Power Kalau Sakit Semasa Travel.