15 TEMPAT WAJIB PERGI BILA TRAVEL KE SEOUL, KOREA
Entri kali ini, kami kongsikan 15 tempat wajib pergi bila travel di Seoul, Korea. Memang ramai travellers bercadang untuk ke negara K-Pop ni tapi terbatas sebab bajet ciput. Itu sebab diorang pilih pakej pelancongan yang bom bam kebabom mahal. Tapi sebenarnya, takde lah mahal sangat kalau uoll study sendiri perjalanan anda ke Seoul ni.
Kami di yourbudgettrip.com boleh buatkan pakej serendah RM1,100 untuk pakej 5hari 4malam. Kami bookkan apartment untuk 4malam di Seoul Station atau Itaewon Station, tiket masuk ke Everland theme park (boleh include shuttle bus kalau mahu), Nami Island+Shuttle bus+Ferry tour, Lotte World, dan Observation deck+cable car di N Tower. SPECIAL kami sertakan E-BOOK HALAL FOOD GUIDE IN KOREA, panduan solat, samak dan cadangan perjalanan untuk sampai ke destinasi-destinasi tourist spot. Mudah kan?
Yang penting si traveller study tempat lawatan sebab korea adalah negara yang sangat mudah untuk travel dengan public transport sebab train/subway/bus mereka sangat efficient.
Selain dari pakej yang kami tawarkan di atas anda boleh add on mana-mana tempat atau aktiviti dengan kami. kami bookkan awal dan anda boleh lek lek je ke sana. Ce tengok senarai “menu” add on di bawah:
Ok, jom saya kongsikan 15 tempat wajib pergi bila travel di Seoul, Korea
1) LOTTE WORLD
Terletak di Timur Seoul, Lotte World menjanjikan pengalaman menarik. Merupakan taman tema indoor terbesar di dunia dan dibuka sepanjang tahun dan menerima kunjungan seramai lebih 8 juta orang setahun. Di sini terdapat 45 tarikan yang harus anda kunjungi.
1. Dragon wild shooting – seperti nama permainan ini, anda akan menaiki kereta memburu naga tersembunyi di dalam istana. Walaupun hanya 10 minit di dalam istana, pemburuan anda memang menyeronokkan.
2. Desperados II – Dengan memakai Cermin mata 3D, anda harus memburu penjenayah dengan menaiki kuda. Pasti mencabar kerana anda juga bersaing dengan pemburu lain.
3. Comet Express – terletak di kawasan outdoor, comet express adalah sebuah train meneroka angkasa lepas dengan konsep glo in the dark.
4. Atlantis – juga merupakan roller coaster yang terletak di kawasan outdoor, bezanya atlantis bermain dengan konsep air dan kelajuan.
Selain itu, di kawasan outdoor terdapat cartoon character parade mengikut tema bulanan lotte world. Lotte World terletak berhampiran Lotte Hotel World dan Lotte Department Store bagi memudahkan pelanggannya untuk menginap dan bermalam.
2) EVERLAND THEME PARK
Taman Tema Everland telah dinobatkan sebagai taman tema ke-16 paling femes di dunia pada tahun 2014. Merupakan taman tema terbesar di Korea dan diuruskan sepenuhnya oleh Samsung C&T Corporation, anak syarikat Samsung Group. Tarikan utama adalah T Express-Roller, coaster kayu! Merupakan roller coaster ke-5 terpantas di dunia, wauu. amacam ade beran?
Terbahagi kepada 5 tema:
1. Global Fair
Tempat makan, kedai cenderahati, kedai gambar, perkhidmatan locker dan stroller.
2. Zoo-topia
Anda boleh melihat haiwan-haiwan comel di sini antaranya kuda poni, beruang kutub, singa laut, penguin, beruang, harimau.
Anda boleh mengelilingi kawasan zoo topia dengan menggunakan bas yang disediakan.
3. European Adventure
Di sini anda boleh menikmati suasana seakan-akan di Eropah. Pada musim bunga, Everland di hiasi dengan berjuta-juta bunga tulip yang sangat cantik. Anda wajib mencuba Mysteri Masion dan T Express di sini.
4. Magic Land
Mencuba bermain Roda Ferris, Log Ride, Futuristic Flying Ride dan Robot Ride pasti mengujakan anda!
5. American Adventure
Kawasan yang bertemakan sejarah Amerika. Terbagi kepada dua kawasan iaitu Wild West dan Rodeo.
3) NAMI ISLAND
Nami Island terbentuk hasil daripada pembinaan Empangan Cheongpyeong. Mendapat nama daripada General Nami yang telah disemadikan di sini. Beliau telah dibunuh pada usia 28 tahun pada masa pemerintahan Raja Sejo (1455-1468) kerana telah dituduh sebagai pengkhianat. Pada tahun 1965, Nami Island telah dibeli oleh Mr. Minn Byeongdo (1916-2006), seorang pencinta alam semula jadi. Mr Minn kemudiannya telah menanam semula hutan di Nami Island, membina resort dan menjadikan Nami Island sebagai sebuah tempat pelancongan.
Terletak 63 km dari Seoul, 30 minit dari Chuncheon dan 1 jam perjalanan dari pinggir bandar Seoul, ia merupakan lokasi terbaik untuk merehatkan minda. Berkeluasan 553 560 km2 dan dipenuhi dengan pokok-pokok chestnut menjadikan Nami Island lokasi pengambaran Drama Korea popular Winter Sonata. Di Nami Island, anda berpeluang menikmati pemandangan indah dengan menaiki ferry. Di sini juga terdapat kemudahan sukan aktiviti air seperti perahu bermotor dan ski air.
Semasa musim sejuk, Nami Island bertukar wajah seputih salju.
Kecantikan Nami Island ketika musim sejuk telah dipilih sebagai lokasi dalam drama popular Winter Sonata.
Tahukah anda?
Tiada satu pun tiang telefon di Nami Island! Semua wayar eletrik dibina dibawah tanah untuk mengekalkan landskap semulajadi Nami Island.
Menarik, kan?
Mereka yang berhajat untuk main ski dengan bajet dibawah RM400.00 seorang (1 day tour),
kami menyediakan Shuttle bus (return) ke Nami Island + Elysian Gangchon ski resort .
Harga termasuk shuttle bus (return), pengangkutan lawatan di Nami Island, tiket masuk ke Nami Island, tiket feri, tiket masuk ke Elysian Gangchon ski resort, sewa peralatan ski, sewa pakaian ski, kelas asas bermain ski selama 30 minit dan staff yang boleh berkomunikasi dalam bahasa inggeris untuk membantu anda.
4) LOVE LOCK & N TOWER SEOUL
Landmark ni memang glamour dan kami boleh booking untuk menaiki observation tower + cable car di sana. Huruf ‘N” untuk menara ini bermaksud NEW look, iaitu nama baru selepas penstrukturan semula menara ini pada Disember 2005.
Penambah baikan dilakukan pada sistem pencahayaan, warna keseluruhan bangunan, event coordinator untuk menaik taraf N tower sebagai antara tarikan utama di Seoul. Salah satu tarikan bagi pasangan bercinta yang sah (opkos) adalah Love Lock. Walaupun terdapat banyak lokasi love lock di seluruh dunia, tak salah rasanya untuk ‘lock’kan nama anda berdua di sini.
Balik Malaysia, jangan lupa “lock-love”kan nama anda dan pasangan di puncak Bukit Bendera Penang ya
5) SEOUL CENTRAL MOSQUE
Kalau ke Seoul, cubalah singgah ke kawasan Itaewon kerana di situ terletaknya Seoul Central Mosque. Masjid ini berkeluasan 1,500 meter persegi siap dibina pada 1976 dengan bantuan dana dari kerajaan Saudi dan negara timur tengah lain. Seoul Central Mosque terletak di antara Sungai Han dan Namsan,
Masjid ini terdiri daripada pejabat, bilik kuliah, dewan solat utama di tingkat 2 dan dewan solat wanita ditingkat 3. Di sini juga terdapat sebuah madrasah dinamakan Prince Sultan Islamic School.
Luangkan satu hari untuk menjelajah kawasan Itaewon untuk menikmati makanan halal korea dan bergaul dengan komuniti islam di sana.
6) GYEONGBOKGUNG PALACE (NORTHERN PALACE)
Dalam banyak-banyak istana yang ada di Seoul ni, Istana Gyeongbok adalah yang paling banyak menerima pengunjung. Sebabnya istana ni yang paling cantik dan paling besar, jangan lepaskan peluang merakam gambar-gambar di sekitar istana. Di sini pun ada istiadat penukaran pengawal istana tau!
Mengikut sejarahnya, ia di bangunkan pada tahun 1395 semasa pemerintahan Dinasti Joseon. Ia pernah musnah semasa berlaku Perang Imjin (1592-1598). Namun semasa perintahan Raja Gojong, ia di baik pulih. Masa zaman Jepun menjajah pada 1911, ia musnah lagi. Kemudian Jepun ada la baiki sikit-sikit untuk pemerintahan diorang. Tapi orang-orang korea ni sangat nasionalis, diorang baik pulih sampai gah macam sekarang ni.
Penat pulak cerita ni. Tak pe kat sana kerajaan korea ade wujudkan program Tour Guide secara free! program ni diorg nak didik rakyatnya terutama golongan muda jadi guide dan pandai berbahasa English, Cina dan Jepun. Bestkan! Dah sampai sana tanye je diorg.
7) NAMSANGOL HANOK VILLAGE
Hanok village ni memang happening macam-macam acara ada dalam tu contohnya adat istiadat perkahwinan secara tradisional. Walaupun terletak di tengah-tengah bandar Seoul tapi ia seperti memasuki time tunnel untuk quick travel back to the past. Memasuki Perkampungan ini, ade 5 buah rumah tradisional yang di bina menyerupai senibina asal era Joseon. Setiap rumah berbeza-beza fungsi, bentuk dan penghuni, ade rumah rakyat biasa, ade rumah pegawai tertinggi dan rumah queen.
Di sini pon ade gak program bebudak sekolah pakai baju orange jadi tour guide free! bagus tul depa, Malaysia kena buat mcm ni so bebudak takde le melepak bagai kat mall.
8) DANGDAEMUN
Ade 2 perkara menarik di Dangdaemun, 1st adalah Dangdaemun market yang sangat besar yang menggabungkan tradisional market dan shopping center. Ia merangkumi 26 buah shopping mall, 30,000 shoplot dan 50,000 manufacturer merangkumi kain-kain, baju, kasut, accessories, barangan elektronik, barang kulit, sukan, barang office, mainan, pet dan lain-lain. Kawasan ni memang hidup 24 jam sebab pada malam hari ade pasar malam plak. Boleh sambung shopping sampai pagi ya kang kawan.
Gambar kat atas ni adalah tarikan ke 2 di sini, namanya Dangdaemun Design Plaza (DDP), sangat futuristik kan. Ia adalah gabungan tradisi, relics, cutting edge dan multi cultural yang moden. Di dalam nya terdapat Art Hall, Muzium, Design Lab, Design Market, dan dongdemun History & Culture Park. Penggemar drama korea pasti ingat lokasi ni dalam “My Love from the Star”
9) MYEONG DONG
Tempat wajib pergi, tapi bukan wajib beli.. sebab apa? Sebab terbukti selama beberapa tahun ini, Myeongdong Market tersenarai sebagai Top 10 Most Expensive Shopping Street in the WORLD 😉 Tempat ni merupakan syurga membeli-belah, recommended untuk pelancong. Sangat banyak menjual barang-barang glamor korea seperti kosmetic, jenama spa global, kasut, pakaian dan macam-macam lagi. Beli tak beli tepuk dada tanya wallet.
10) NAMDAEMUN MARKET
Haa, ini tempat sesuai kalau bajet tak banyak tapi nak jugak shopping. Taklah moden sangat sebab ia adalah pasar tradisional paling besar di Korea dengan lebih 1700 kedai 😀 ko hado. Jual barangan tempatan dan imported tau sebab mostly mereka ade kilang dan production sendiri. Kira jual borong, boleh tawar menawar dan yang penting diorang boleh jual dengan harga yang sangat murah. Keluarkan teknik bargain korang ke level paling dewa walaupun cakap macam ayam itik, Cuba je, tak salah kan.
Kaji gambar map comel ni, time to exercise kaki, tangan dan mulut
11) HONGDAE (HONGIK UNIVERSITY)
Kalau ikut pakej atau beli/tempah/book entrance ticket dengan kami, Hongik University adalah tempat wajib tahu sebab most of the pitstop/check point kami adalah di sini. Bukan apa, jimat masa dan tak sesat punya. Tempat ni memang happening sebab pasar malam/uptown di sini memang popular dengan youngster untuk ekspresi culture diorang, memang unik dan meriah. Mungkin locate dekat kawasan university, banyak lah student kat kawasan tu.
12) CHUNCHEON ROMANTIC MARKET
Sangat popular di kalangan pelancong Jepun dan Asia Tenggara termasuk Malaysia. Sebab nya adalah WINTER SONATA. Ini Fakta tau.
13) HAN RIVER
Kami juga menawarkan perkhidmatan tiket menyusuri Han River menaiki Ferry Cruise. Cara terbaik untuk menikmati pemandangan terindah di sekitar Seoul. Dari dalam cruise anda dapat melihat keindahan Hangang River, pulau-pulau kecil, Jeoldusan Park, 63 Square, N Seoul Tower, Jamsil’s Sports Complex, dan tourist spots yang lain. Sepanjang 30 hingga 90 minit pelayaran ini, akan ade 7 docks perhentian, selain itu korang juga berpeluang untuk memberi makan burung camar dari atas cruise.
14) SMTOWN
Untuk K-popper jangan lepaskan peluang mengunjung SMTown @Coexartium di Coex Shopping Center. Kpopper mesti tahu yang SM Entertainment merupakan company hiburan terbesar dan melahirkan ramai artis-artis berbakat dan glamor. Di sini korang boleh membeli dan mencari macam-macam cenderahati dari artis kesayangan korang. Kalau bertuah sempat lah jumpa artis-artis kesayangan korang.
Lebih menarik, kami juga boleh bookkan tiket SMTOWN Hologram Musical: School OZ The Original, lakonan TVXQ! Max, EXO Suho dan Xiumin, f(x) Luna, SHINee Key, dan Red Velvet Seulgi. Persembahan teater musical hologram ini dipentaskan di 15meter panavision screen selama 110minit. Pasti menarik.
15) CHEONGGYECHEON
Merupakan sungai buatan moden di tapak sungai lama sepanjang 0.9km, semasa pendudukan jepun di sini, mereka menimbus sungai ini untuk projek lain. Selepas merdeka ia di jadikan jalan raya dan seterusnya selama 20 tahun ia bertukar menjadi Highway. Namun pada 2005, perubahan drastik dilakukan untuk mewujudkan balik sungai ni. Walaupun dikritik sebab belanja besar bak hang, tapi ia menjadi keagungan sebagai pusat rekreasi awam dan pelancong.
Do whatsapp kami untuk dapatkan diskaun istimewa dan finalize quotation Faizul +601119944984
Ok lah, ini saja entri buat kali ini, maaf kalau panjang sangat. Semoga entri 15 tempat wajib pergi bila travel di Seoul, Korea ini memberi manfaat kepada anda