7 TIPS DI AIRPORT PERTH YANG KORG PERLU TAHU

Ini 7 tips di Airport Perth yang korg perlu tahu. Ramai yg tanya Ciknutt berkaitan Airport Perth, terutamanya yg pertama kali menjejak kaki ke Perth ni. Kebanyakan waktu ketibaan adalah 5.35am menggunakan Flight AirAsia manakala Malindo dan MAS pula petang. Meh ciknutt share 7 tips di Airport Perth yang korg perlu tahu.

1. SHOWER ROOM

Untuk yang tiba di awal pagi, first korg mesti cari toilet kan dan nk segarkan diri. Ciknutt cadangkan korg mandi di shower room dan prepare for your next adventure. Ia terletak dekat tingkat bawah di tengah2 terminal, bersebelahan check-in counter. Terdapat lorong berdekatan escalator.

Bawalah tuala anda untuk keselesaan sendiri. Tapi kalau tak bawa tuala, boleh beli di Baggage Services berhadapan check-in counter 25-28.
~ Easy dry disposable bath towel: aud5 sehelai
~ Disposable Flip Flops: aud5 sepasang
~ Combo towel+Flip flops: aud 8

Lepas settle, boleh terus mulakan itinerary korg, sebelum check in Homestay/Hotel pukul 2pm

WhatsApp Image 2019-06-12 at 16.19.36ambil lorong berdekatan escalator utk ke shower room

2. BILIK SOLAT / QUIET ROOM

Perth Airport juga ada sediakan kemudahan bilik sembahyang. Tapi kena ingat ianya bukanlah dikhaskan untuk Muslim sahaja, agama lain pun boleh guna bilik tersebut utk tujuan mereka. Bilik ni kecil dan takde saperation lelaki-perempuan.

Lokasi bilik ni adalah di pintu wing paling kiri arrival hall, ada lorong kecil di pintu keluar paling kiri di belakang kiosk Thrifty.

Kalau korg plan utk solat di balai ketibaan, nasihat Ciknutt nasihatkan korg cek dulu Prayer time sebab waktu summer subuh adalah jam 3.30pagi. Sampai Perth matahari dah tegak atas kepala. Jadi penyelesaian paling mudah, solatlah dalam flight.

WhatsApp Image 2019-06-12 at 16.19.35ambil lorong yg budak kecik tu lalu tu, sebelah kirinya ada quite room

3. SIMKAD

Sebelum korg bergerak ke lokasi seterusnya, eloklah siap sediakan telefon korg dengan simkad nombor australia sekali dengan pelan internet. Berita baik sebab Australia ada sediakan “Tourist Plan Simcard”. Dengan harga yang murah korg boleh dapat pelan internet yang besar.
Ciknutt selalu suggest customer Ciknutt guna Optus Yes Tourist Plan. Bergantung pada promosi semasa, korg boleh pilih berapa GB yg korg perlukan. Contoh paling best, dengan $10 korg dapat 15GB internet untuk seminggu. Banyak oooooo, biasa seminggu guna 2GB je. ni boleh share tau dengan semua org. 🙂

Nak beli simcard, boleh pilih kiosk diorg di arrival hall.

WhatsApp Image 2019-06-12 at 16.19.15ikut cikpejol yg sandang backpack merah tu beli simkad customer 🙂

4. LUGGAGE LOCKER

Memandangkan check in homestay/hotel adalah pada jam 2.00pm, agak bahaya untuk letak beg korg dlm kereta sebab kes pecah kereta boleh berlaku dimana-mana. Jadi untuk keselamatan korg simpanlah beg di Airport. Di mana?

Korg boleh simpan beg di Smarte Carte, terletak di antara Travelex dan Rolling Luggage. Kadar sewaan seperti dibawah:
– Hand carry: aud9
– Luggage / Backpack: aud12
– Bikes / Large Luggage: aud12

Tapi paling senang sebenarnya deal je dengan owner homestay atau help desk hotel. Tak salah mencuba kan.

WhatsApp Image 2019-06-12 at 16.35.05boleh simpan luggage korg kat sini.

5. SLEEPING PODS

Kalau korg mengantuk atau perlukan tidur sebelum pelepasan, ada option untuk korg tidur merata di sekitar departure hall. Namun ada kemudahan untuk korg try di Perth. Ia dipanggil GoSleep Pods.

GoSleep Pods ni direka sama mcm business class flatbed, boleh simpan hand luggage bawah bawah seat siap dengan USB dan GPO plug. berminat? boleh book online dari aud12 dan kalau stay lama sikit ada special price gittew.

WhatsApp Image 2019-06-12 at 16.28.47ce try experience baru tidur dlm pod ni.

6. GST CLAIM / TRS

Dah banyak shopping kan, so uoll boleh claim atau minta refund untuk tax yang dikenakan. Tapi syaratnya kena bawa receipt pembelian dan barang yang dibeli depan diorg.

kat mana lokasi TRS (Tourist Refund Scheme) ni, ia terletak di tingkat 1 selepas passport control area, lepas check passport terus ke kanan sebelum kastam.

7. BAS / PICK UP DAN DROP OFF

Korg boleh memilih untuk menaiki bas dari Airport – Perth City (Esplanade Bus Station – zone 2) dengan tambang Aud4.50. Bas Transperth  380 ni melalui hentian terhad lebih kurang 40min utk sampai ke City. Boleh rujuk website Transperth untuk research lanjut. Jangan lupa sediakan wang kecil untuk pembelian tiket, simpan tiket tu sebab boleh guna sampai 2 jam guna transperth.

Kalau nk lebih selesa perjalanan korg di Perth, apa kata sewa saja kereta dengan kami. kami sediakan perkhidmatan pick up dan drop off di airport. Pastu korg boleh dah guna kereta tu. lagi senang kan.

WhatsApp Image 2019-06-12 at 16.29.49korg boleh research sendiri jadual bas ni, jujurnya ciknutt tak pernah naik pun.

Untuk info lanjut berkaitan kereta sewa dan perkhidmatan kami, boleh terus direct whatsapp Ciknutt (+60132183454). 7 TIPS DI AIRPORT PERTH YANG KORG PERLU TAHU

Details kami 👇🏼

Website : www.yourbudgettrip.com
Blog : www.yourbudgettrip.com/blog/
Ig : yourbudgettrip
Fb page : https://www.facebook.com/yourbudgettrip/
youtube : bit.ly/yourbudgettrip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *