7 TEMPAT MENARIK YANG ANDA BOLEH ‘EXPLORE’ DI PERTH, AUSTRALIA

KENAPA PERTH MENJADI TEMPAT TARIKAN YANG SEMAKIN DIMINATI?

Dalam Article ni kami senaraikan Tempat menarik yang anda boleh Explore di Perth, Australia 🙂

Banyak sebab kenapa Orang Malaysia memilih Perth sebagai tempat Percutian. Ada yang datang dengan keluarga, ada juga yang datang dengan kawan2. Seriusly sangat banyak tempat & aktiviti menarik yang anda boleh explore di Perth., Australia.

Anda boleh tengok haiwan2 yang comel, boleh shopping barang makan, perfume, supplement, handbags, barang baby yang murah gile & boleh tangkap gambar cantik2 sebab banyak sangat tempat lawa kat sini.

Plus Air Asia, Malindo & Malaysia Airlines ada menawarkan penerbangan terus ke Perth. Kalau dapat grab tiket promo, anda boleh terbang ke Perth dengan bajet bawah RM1000.00 per person je tau!

Untuk anda yang tak ada idea tempat2 menarik mana yang nak di terjah semasa di Perth, jom semak 7 tempat menarik yang anda boleh ‘explore’ di Perth, Australia.

1. PERTH CITY TOUR    

72039854_2437546043030105_5142537924604067840_n

70270432_2437557989695577_3740268541689987072_nBELL TOWER

Waktu operasi: 10.00 a.m.- 4.00 p.m. / Tiket dewasa: 18.00$ / Tiket kanak-kanak: 9.00$         Bell Tower merupakan tempat wajib pergi jika anda ke Perth kerana ia merupakan antara land mark bandar Perth. Bell Tower ni merupakan alat instrumen muzikal gergasi yang terdiri daripada 26 loceng carillon. Loceng-loceng di menara ni bukan sebarang loceng tau! Ia boleh menghasilkan irama lagu-lagu terkenal dan kebangsaan Australia. Wow. Sambil-sambil mendengar alunan irama loceng-loceng carillon ni, anda juga boleh menikmati pemandangan indah bandar Perth di tingkat 6 menara.

 

LONDON COURT

Bentuk bangunan yang klasik dan cantik, menjadikan London Court terkenal sebagai port photography yang menarik di Perth CBD (Perth Central Business District). Anda akan rasa seperti di London! Kawasan ini merupakan arked terbuka 4 tingkat yang dibina oleh Claude de Bernales, seorang ahli perniagaan dan saudagar emas pada tahun 1937 dan terletak di tengah pusat perniagaan Perth. Selain port bergambar, London Court juga merupakan syurga shopping. banyak kedai-kedai yang menjual barangan kemas, baju-baju, kasut, produk kecantikan dan juga cenderahati di sini. 

 

KINGS PARK & BOTANICAL GARDEN

Untuk anda yang mencintai alam sekitar dan biodiversiti, jangan lepaskan peluang mengunjungi Kings Park & Botanical Garden. FOC je! Taman dalam bandar Perth ni merupakan antara taman yang terbesar dan terindah di dunia tau. Dibuka kepada umum dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang, isnin-jumaat dan ditutup pada hujung minggu. Boleh lah bawa family atau kawan-kawan ber picnic di sini. Kings Park & Botanical Garden menempatkan lebih daripada 3000 jenis flora yang unik dan 3/4 dari 400 hektar (keluasan taman) telah dipelihara sebagai tempat pemuliharaan kepelbagaian biologi. Well done Australia government atas effort yang bersungguh-sungguh memulihara alam sekitar.71481668_2421906477927395_8527313169960402944_n

WATERTOWN BRAND OUTLET

Heaven untuk kaki shopping, jangan lepaskan peluang untuk membeli-belah di Watertown Brand outlet! Ada berpuluh outlet barangan berjenama yang boleh anda masuk di sini, harga nya for sure lebih murah berbanding di kedai-kedai dan shopping mall di luar. Anda boleh pilih apa je barang yang anda nak, dari outlet yang mejual buku, games, hand bag, pakaian, kasut, hadiah, barangan rumah, hingga barang kemas dan barangan kecantikan.

2. CAVERSHAM WILDLIFE PARK 

2

Jika anda ingin ke Cavershan Wildlife Park menggunakan kereta: Anda boleh menuju ke Whiteman Park dan masuk melalui pintu Lord Street atau Jalan Beechboro. Masuk dan parking di Whiteman park adalah percuma. Jika nak parking paling dekat dengan Caversham, anda boleh parking di car park 8. Boleh masukkan koordinat GPS Lord Street, Whiteman, 6068 (-31.833524, 115.952877) atau Beechboro Road, Whiteman, 6068 (-31.847378, 115.924681).

Jika ingin ke sini dengan bas: Anda boleh ambil bas no 955 dan 956 yang berlepas dari Bassendean Station menuju Ellenbrook, dan berhenti di Whiteman Park entrance,  Lord Street.

1

Cute kan Wombat ni, susah nak senyum. haha. Di Caversham Wildlife Park, anda boleh join show animal, bermain dengan kangaroo & bergambar dengan haiwan2 yang comel. Australia terkenal dengan kepelbagaian spesis haiwan endemic (haiwan yang hanya boleh dijumpai di Australia sahaja dan tak terdapat di tempat lain)

Tiket masuk Caversham Wildlife Park untuk dewasa adalah 29AUD dan kanak-kanak 13Aud

3. SWAN VALLEY

Terletak hanya 20 minit dari Perth CBD. Anda pasti terpegun dengan keindahan desa Guildford yang bersejarah. Anda boleh menyelusuri sejarah Perth di sepanjang heritage walk trails yang ada di sini dan merasai sendiri suasana desa Australia. Di sini terdapat banyak hasil seni perusahaan desa dan pelbagai jenis makanan dan minuman yang segar yang boleh anda rasa secara percuma seperti nuts, nougats, madu, coklat dan kopi.

Kalau musim anggur, anda boleh menikmati keindahan ladang anggur sambil petik anggur di Swan Valley.

Jangan lupa Margaret River Chocolate Factory di Swan Valley. Boleh borong chocolate untuk insan tersayang di Malaysia.

Margaret river

Coklat kat sini sedap dan berbaloi. Tapi jangan lupa check ingredients dan refer staff bertugas untuk check chocolate mana yang halal untuk muslim.

aiskrim

Aiskrim kat sini pun sedap uolls. Satu aiskrim boleh share 2-3 orang. Aiskrim pun kena refer staff. Ade yang ada wain dan gelatin bovine. So jangan lah beli yg itu. Kawan2 Cik Nutt suka sangat nougat & tiramisu kat sini. Balik Malaysia sampai terkenang2

 

4. MANDURAH 

Merupakan bandar kedua terbesar di Western Australia dan terletak 72km ke selatan Perth. Banyak aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di pantai Mandurah ni. Antaranya berenang, memancing, mencuba jet xtreme, dan melihat dolphin (Mandurah dolphin tour dalam 30.00aud per person). Berpicnic makan-makan bekalan makanan yang anda dah prepare di homestay mesti best kan. Sambil menikmati keindahan pantai Mandurah.

71295695_2437523369699039_8215864346635403264_n

69447460_2391203920997651_6099042916838146048_n5. FREMANTLE

Anda wajib try grilled seafood dan fish & chips di Kailis Fish Market Cafe di Fremantle ni. Sedap amat! Fresh betul. For sure sedap hingga menjilat jari. Actually Fremantle merupakan pelabuhan penting di Perth, kalau anda ingin ke Rottnest Island, anda boleh menaiki bot dari sini. Selain mencuba makanan yang enak, anda juga  boleh melawat maritime museum, arts centre, town hall, fremantle prison dan membeli cenderahati di E-shed market di Fremantle. 

 

6. LANCELIN

Lancelin telah disenaraikan sebagai salah satu tempat percutian terbaik di Western Australia. Padang pasir putih, pantai yang bersih dan kehidupan tepi laut cukup menggambarkan mengenai keindahan Lancelin. Bagi anda yang suka kan sukan extreme, anda boleh mencuba aktiviti wind surfing, kite surfing dan sandboarding di sini. Selain tu, anda juga boleh boleh mencuba aktiviti dolphin-spotting dan memancing di sini. Pergh, satu lagi tempat sedap untuk try makanan laut yang segar. Lapar pulak rasa 😀

69692860_2404090393042337_5286377663542329344_n

7. PINNACLES 

Satu lagi tempat best yang anda kena pergi. Pinnacles merupakan kawasan padang pasir di Nambung National Park. Kawasan ni merupakan kawasan batuan batu kapur yang terluluhawa dan kemudian membentuk padang pasir berwarna kuning. Terletak 3 jam dari bandar Perth, Pinnacles Desert Discovery Centre dibuka setiap hari pada pukul 9.30am-4.30pm. Bayaran masuk adalah 12.00aud per kenderaan. Anda boleh menghubungi Pinnacles Discovery Centre di talian (08) 96527 913 untuk tempahan. Selepas ke Pinnacles, anda boleh singgah di perkampungan nelayan Carvantes untuk menikmati keindahan pantainya yang putih dan kecantikan tasik garam, Lake Thetis.

70892387_2437542389697137_6656749295011627008_n

 

Best kan bercuti di Perth. Macam-macam aktiviti kita boleh cuba dan macam-macam tempat menarik kita boleh lawati.

Kalau anda nak percutian yang bajet, anda boleh stay di Muslim Homestay Perth dan survey kereta sewa di sini.

Kalau takut nak drive sendiri, anda juga boleh survey full pakej Perth. Just sit back and enjoy the holidays.

Anda ada masalah untuk rancang percutian di Perth? Anda boleh whatsapp Nadia di +60132183454 atau Faizul di +601119944984 untuk dapatkan pandangan dan guidance 😀

 

5 thoughts on “7 TEMPAT MENARIK YANG ANDA BOLEH ‘EXPLORE’ DI PERTH, AUSTRALIA

  • Pingback:6 TIP SEWA KERETA DI AUSTRALIA

  • January 5, 2017 at 6:20 am
    Permalink

    Assalamualaikum…
    Tuan boleh cadangkan x..nama sebuat pusat akademik ke… Latihan ke…yg boleh kami lawati di perth tu…tempat yg sesuai utk guru2? Kalau ada…nk mtk tlg share….terima kasih.

    Reply
    • January 5, 2017 at 10:12 am
      Permalink

      Wsalam

      Ms Ita, pusat latihan berkaitan apa tu ye? Ape interest lawatan. Maksudnya berkaitan kemahiran apa dsb

      Reply
  • August 7, 2018 at 10:15 am
    Permalink

    insyallah akan ke perth jumaat 10 august 2018. tq for this comprehensive info. iti nampak sama jer

    Reply
    • August 12, 2018 at 3:43 pm
      Permalink

      Semoga perjalanan dipermudahkan sis

      Reply

Leave a Reply to Ita Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *