9 TEMPAT MENARIK YANG WAJIB ANDA PERGI DI SYDNEY

Ada seribu satu sebab kenapa Sydney menjadi tumpuan rakyat Malaysia sebagai destinasi percutian urban dan susah “move on”. Bukan setakat dengan kawan – kawan malah dengan keluarga pun sesuai ke sini sebab ada 9 tempat menarik yang wajib anda pergi di Sydney , Australia

Walaupun Sydney ni pesat membangun, korg still boleh explore pemandangan yang “jaw drop”, haiwan – haiwan ikonik Australia, yang kaki shopping pun confirm rambang mata: perfume, handbags, barang baby, supplements.. perghh memang tak cukup la nak tulis ni.

Lebih – lebih lagi kalau Air Asia , Malindo & Malaysia Airline buat promosi penerbangan terus ke Sydney. Bawah rm1300 pun boleh dapat tahu. Bajet anda memang super jimat jadi kena rajin tengok promosi. Ok meh layan 9 tempat menarik tu

 

1.SYDNEY OPERA HOUSE

Pertama sekali tempat yang wajib anda pergi di Sydney , Australia. SYDNEY OPERA HOUSE yang menjadi kebanggaan Australia dan Sydney, mercu kemodenan dan kecantikkan seni bina yang unik. Bangunan ini menjadi tempat wajib pelancong untuk menyaksikan pelbagai karvival dan event di Sydney, lebih menarik kalau dilihat dengan menaiki cruise

sydney-opera-house-1169155_960_720

2.FERRY CRUISE

Ferry cruise amat popular di Sydney bagi yang nak tengok kecantikkan Kota Sydney dengan gaya glamour. Sydney opera house, Sydney harbor bridge salah satu tempat yang cruise akan bawa anda bersiar – siar. Terdapat pelbagai pakej yang disediakan untuk anda LEISURE CRUISE , SUNSET CRUISE & DINNER CRUISE. Lebih menarik jika VIVID SYDNEY CRUISE dimana korg boleh lihat keunikkan lampu lampu di sekitar Bandar Sydney
sydney-214686_960_720

  3. THE BLUE MOUNTAINS

Kalau korg bosan dengan bandar, jangan risau Sydney juga menawarkan pengalaman luar bandarnya adalah THE BLUE MOUNTAINS. Kat sini korg boleh melihat keindahan alam yang di pelihara dengan baik serta gunung – ganang yang cantik. Selain itukorg juga boleh tengok view THREE SISTER di echo lookout point dengan menaiki kereta kabel yang memang best-berlantaikan kaca untuk ke scenic world, tak lupa juga melihat kereta kabel tercuram di dunia

blue-mountain-3045280_960_720

4.TARONGA ZOO

Zoo yang mempunyai 4 ribu haiwan yang ada terdiri dari 350 spesis. Taronga zoo adalah tempat menarik yang wajib anda pergi di Sydney , sesuai bawa keluarga untuk melihat keunikkan haiwan – haiwan di dalam zoo ini.

IMG_2318

 5. FEATHERDALE WILDLIFE PARK

Ingin melihat haiwan ikonik Sydney seperti koala, kanggaru, wombat dan pelbagai lagi haiwan liar. Disini lah tempatnya FEATHERDALE WILDLIFE PARK. Kalau semua nak tahu di featherdale ni sangat popular kalangan pelancong termasuk artis – artis Hollywood seperti WILL SMITH , LEONARDO DICAPRIO , MATT DAMON , GWEN STEFANI dan ramai lagi. Inilah tempat yang wajib anda pergi

41725300_10156736148773799_896141799574208512_n

Credit: Featherdale WildLife Facebook

 6. SYDNEY FISH MARKET

Sydney fish market tempat tumpuan chef – chef terkenal Sydney dan antarabangsa kerana terkenal dengan kesegaran makanan lautnya dan barangan basah yang lain. Kalau teringin nak rasa OYSTER dengan harga yang bajet, korg boleh datang ke sini. Disini juga kami sarankan untuk cuba makan di Fisherman’s Wharf Restaurant untuk menikmati kesegaran makanan laut, jangan risau restoran ini buka sampai jam 11 malam dan di buka setiap hari

 7.CHEMIST WAREHOUSE

Antara tempat menarik yang wajib korg pergi di Sydney adalah Chemist Warehouse yang mana terkenal dengan perfume ori murah, ubat – ubatan dan supplement yang tidak asing lagi terutama warga Australia kerana Chemist Warehouse adalah salah 1 syarikat farmasi terbesar di Australia. Kaki shopping yang ingin mencari barang barang kesihatan dan kecantikan boleh cari kat sini

CXPR7568 (1)

  8. BIG W WHOLESALE SHOPPING MALL

Kaki Shopping menganggap di sini sebagai syurga shopping kerana di BIG W ada pelbagai barangan yang di jual , kasut , barangan bayi , elektronik , dan macam – macam lagi dengan harga yang luar biasa. Menjadi tumpuan orang ramai jika berkunjung di Sydney terutamanya Kaki Shopping. Makcik-makcik wajib datang sini sebab Corelle Set cuma $50 je. gile tak

36860410_1745343568917026_2067112272882302976_n

pengsan tak kalau dpt harga cmni. fyi, $39 ni biasanya ada sale

 9. PADDY MARKET

Paddy market merupakan tempat pelancong mencari ole – ole atau hadiah untuk di bawa balik ke tanah air. Merupakan Flea Market terbesar di Sydney. Paddy market mempunyai 2 lokasi berbeza dan di buka juga pada hari yang berbeza. Paddy Market yang terkenal terletak di kawasan sekitar Chinatown yang mana di buka pada hari rabu hingga ahad sahaja.

sydney-s-paddy-s-market-3

Bestkan tempat – tempat di Sydney. Pelbagai aktiviti boleh dibuat dan tempat menarik yang boleh kita

Kalau anda nak percutian yang bajet , anda boleh stay di muslim homestay di Sydney kami , kalau takut nak drive atau tak tahu mana tempat baru di tuju jangan risau kami boleh uruskan untuk anda.

Anda ada masalah merancang percutian anda di Sydney?

Anda boleh whatsapp +60199203780 shafiq untuk dapatkan pandangan dan guidance. Ok sekian saja cerita 9 tempat menarik yang wajib anda pergi di Sydney , Australia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *