6 TEMPAT BEST DAN MENARIK YANG KORANG BOLEH EXPLORE DI MELBOURNE, AUSTRALIA.
KENAPA KORANG WAJIB MENGUNJUNGI MELBOURNE, AUSTRALIA?
Jika korang mempunyai soalan sebegini, nah Cik Nutt dah siapkan satu article khas 6 TEMPAT BEST DAN MENARIK YANG KORANG BOLEH EXPLORE DI MELBOURNE, AUSTRALIA. Jom kita explore! 🙂
Sebenarnya terdapat banyak sebab kenapa orang Malaysia sangat berminat untuk mengunjungi Melbourne. Pendek kata, memang terdapat pelbagai tempat dan aktiviti menarik yang boleh korang explore di sana sama ada bersama keluarga atau kawan-kawan.
Sebut sahaja contoh aktiviti yang ingin korang lakukan seperti shopping handbag, perfume, baju, kasut, barangan baby, surfing, bermanja2 dengan haiwan tempatan seperti Koala dan Kangaroo atau melihat permandangan yang menarik sambil ber’selfie’ atau ‘wefie’ bersama keluarga atau rakan2, semuanya korang boleh lakukan di Melbourne! Seronok kan? Memang sangat2 mengujakan!
Jika korang memang berhasrat untuk mengunjungi Melbourne, jangan khuatir kerana terdapat penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Melbourne yang disediakan oleh AirAsia, Malindo dan Malaysia Airlines. Pilih sahaja! Jika korang bernasib baik dapat grab tiket promo, harga return ticket / round trip ticket kurang daripada RM1000.00 seorang! Murah gila!
Okay lah, untuk memberikan idea kepada korang tentang Melbourne, apa kata kita baca 6 tempat best dan menarik yang anda boleh explore di Melbourne, Australia!
1. QUEEN VICTORIA MARKET
Syurga shopping souvenir di Melbourne terletak di Queen Victoria Market. Orang tempatan menggelarkan tempat ni sebagai “Queen Vic” atau “Vic Market”. Korang boleh bayangkan Queen Vic ni lebih kurang macam Pasar Seni Kl. Barangan yang dijual pun hampir sama contohnya macam lukisan, barangan seni, pinggan mangkuk dan sebagainya.
Namun, apa yang lebih menarik lagi, Queen Vic ni dah dibahagikan kepada beberapa bahagian tertentu seperti Fruit & Vegetables, Meat, Poultry & Seafood, Gourmet & Deli Foods. Ini memudahkan korang untuk cari barang-barang yang diingini, tambahan pula banyak juga kafe-kafe yang dibuka kalau korang nak lepak-lepak selepas penat berjalan kan.
Kalau korang nak rasa epal, anggur atau raspberry yang fresh dan murah, kat sinilah tempatnya. Hehehe Nyum..Nyum..
Selain itu, kalau korang jenis yang suka lepak dan enjoy tengok persembahan jalanan, hampir setiap minggu akan ada persembahan seni dan kebudayaan. Queen Vic ni dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dan Rabu, Jadualnya pula seperti berikut:-
TUTUP:
ISNIN DAN RABU
BUKA:
SELASA & KHAMIS – 6.00 PAGI – 2.00 PETANG
JUMAAT – 6.00 PAGI – 5.00 PETANG
SABTU – 6.00 PAGI – 3.00 PETANG
AHAD – 9.00 PAGI – 4.00 PETANG
Cik Nutt tahu korang mesti dah teruja kan?? Rileks dulu, banyak lagi tempat-tempat menarik kt Melbourne yang Cik Nutt nak share ngan korang ni. ;
2. GREAT OCEAN ROAD
Laluan atau route yang korang wajib pergi kalau dah sampai Melbourne ialah Great Ocean Road atau lebih dikenali sebagai GOR. Ianya dikenali antara world’s most scenic coastal drive. Korang akan melalui beberapa tempat menarik terutamanya pantai-pantai yang terkenal di sepanjang GOR ni. Di antaranya adalah Bell Beach yang terkenal sebagai tempat kegiatan meluncur air (surfing) dan yang istimewanya korang juga akan melalui Cape Otway Lightstation.
Kalau korang rajin, korang bolehlah mendaki sikit untuk melihat pemandangan dari rumah api ini yang teramatlah cantik. Untuk masuk ke rumah api ni, korang perlu bayar entrance fee bernilai A$19.50 bagi dewasa dan A$7.50 bagi kanak-kanak berusia 5 hingga 17 tahun. Kalau pakej keluarga (2 dewasa & 4 kanak2), korang hanya perlu bayar A$49.50 sahaja! Satu lagi sebab utama kenapa korang wajib datang ke sini adalah kerana korang boleh tengok pemandangan The 12 Apostles yang sangatlah spectacular, indah dan menakjubkan. Wow!
Ok, meh cik Nutt terangkan sikit tentang The 12 Apostles ni. The 12 Apostles yang terletak di Port Campbell National Park ni sebenarnya adalah jujukan batu kapur yang terjadi akibat hakisan air dan udara yang kuat di sini. Batu-batu ni dahulunya ada 12 buah, tapi hanya tinggal 7 buah sahaja sekarang. Namun, ada juga versi yang mengatakan ianya memang tak pernah ada 12 buah pun, hanya ada 9 sahaja, namun dua daripadanya sudah runtuh pada tahun 2005 dan 2007.
Kalau korang ada bajet lebih, korang boleh lihat pemandangan batu kapur yang indah ni dari atas dengan menyewa helicopter. Terdapat 3 pakej untuk perkhidmatan sewa helicopter ini dan harga bermula dari A$290, A$470 dan A$1140. Yang pasti, view paling menarik dan tak patut dilepaskan adalah pada waktu matahari terbenam. Memang Terbaik lah!
3. PHILLIP ISLAND
Destinasi seterusnya yang best untuk dilawati adalah Phillip Island Wildlife Park. Dah sampai ke Australia yang sememangnya terkenal dengan Kangaroo dan Koala ni, takkan nak lepaskan peluang beramah mesra dengan kedua-dua haiwan ni ye dak?
Di sini korang boleh lihat sendiri kecomelan koala, kangaroo, helang (err..comel ke??), kasawari dan lain-lain. Di sini, kangaroo-kangaroo ni bergerak bebas dan jumlahnya dianggarkan melebihi 100 ekor. Jangan lepaskan kesempatan untuk memberi makanan kepada kangaroo-kangaroo jinak ni yang boleh dibeli di kaunter masuk ke sini ye. Harga pon takde la mahal sangat! Hanya A$0.50 sahaja untuk satu pack! Okay, untuk entrance fee pula, dewasa akan dikenakan bayaran sebanyak A$19.00 manakala bagi kanak2 berumur diantara 4 hingga 14 tahun pula sebanyak A$9.00. Terdapat juga pakej untuk keluarga (2 dewasa & 3 kanak2) dengan harga A$50.00 sahaja! Sebelum Cik Nutt terlupa, korang semua akan diberikan 1 bag makanan kangaroo dengan setiap pembelian tiket masuk. Best kan?
Seterusnya, korang boleh bergerak ke Churchil Island Heritage Farm. Korang nak tau apa yang istimewanya kat sini? Kat sini korang boleh melihat sendiri pemandangan ala-ala cite omputih dulu-dulu, yela kat sini ada lembu, goose, kuda, kambing biri-biri dan rumah jenis cottage dengan bunga-bungaan yang cantik & menarik.
Yang paling penting dan best ialah aktiviti “sheep shearing” iaitu mengetam/memotong bulu biri-biri. So, kalau korang datang ke sini bersama anak-anak yang masih kecil, bolehlah korang nyanyi lagu “baa baa blacksheep” bersama anak-anak korang tu ye..kikiki Okay untuk bayaran masuk pula, harga yang dikenakan adalah A$12.50 bagi dewasa, A$6.25 bagi kanak2 (4 tahun hingga 15 tahun) dan A$31.25 bagi pakej keluarga (2 dewasa & 2 kanak2).
Tak cukup lagi?? Okeyla, Cik Nutt tambah satu lagi destinasi yang best di sini. Korang teruja tak kalau dapat lihat penguin pulang petang?? Bukan “itik”, tapi PENGUIN..kalau suka dan nak tengok kecomelan penguin-penguin ni balik ke sarang masing-masing, korang boleh pergi ke Penguin Parade di Phillip Island Nature Parks ye. Comel yakmat! Tiket bagi Penguin Parade ni pula ialah sekitar A$26.20 bagi dewasa, A$13 bagi kanak2 (4 tahun hingga 15 tahun) dan A$65.40 bagi pakej keluarga (2 dewasa & 2 kanak2).
Korang juga boleh memilih untuk membeli pass masuk bagi pakej 4 parks merangkumi Penguin Parade General Viewing, Antartic Journey at the Nobbies, Koala Conservation Centre dan Churchill Island Heritage Farm. Harga tiket bermula daripada A$58.80 bagi dewasa yang mana ianya lebih murah dan jimat sebanyak A$11.40 berbanding jika korang membeli pass masuk berasingan! Amacam? Berbaloi kan?
4. BRIGHTON BEACH BATHING BOXES
Korang teringin nak ambil gambar berlatarkan rumah kecil warna-warni di tepi pantai ala-ala iklan Samsung tu? Korang boleh berbuat demikian di Brighton Beach Bathing Boxes ni. Kalau korang nak tau, rumah-rumah kecil ni sebenarnya adalah bilik persalinan untuk orang yang mandi manda di Brighton Beach ni.
5. ST KILDA BEACH
Seterusnya, St Kilda Beach ni juga merupakan tempat yang sesuai kalau korang nak tengok pemandangan penguin pulang petang selain daripada Phillip Island Nature Parks yang dah diceritakan kat atas tadi. Terdapat tempat untuk duduk dan berjalan santai-santai sambil melihat pemandangan pantai yang indah.
6. PUFFING BILLY & DANDENONG RANGES
Korang pernah menonton kartun Thomas & Friends tak? Thomas tu keretapi wap kan? Samala juga dengan keretapi di Puffing Billy ni. Ia merupakan kereta api wap yang masih berfungsi dengan baik dan di sini korang akan dibawa menggunakannya melalui kawasan hutan yang indah sepanjang Dandenong ranges. Yang bestnya, korang boleh duduk sambil menjuntaikan kaki ke bawah dan melihat pemandangan hutan yang cantik.
Tiket bagi menaiki keretapi di Puffing Billy ini pula bergantung kepada pakej laluan yang ditawarkan. Return tiket bagi laluan dari Belgrave ke Emerald atau Lakeside yang melibatkan masa perjalanan selama 1 jam ialah A$57 bagi dewasa, A$29.50 bagi kanak2 (4 tahun hingga 16 tahun) dan A$114.00 bagi pakej keluarga (2 dewasa & 2 kanak2) dan harga yang sama juga dikenakan bagi laluan dari Emerald atau Lakeside ke Gembrook yang mengambil masa lebih kurang 40 minit. Manakala bagi laluan dari Belgrave ke Gembrook, harga tiket ialah A$75 bagi dewasa, A$38.00 bagi kanak2 (4 tahun hingga 16 tahun) dan A$150.00 bagi pakej keluarga (2 dewasa & 2 kanak2) dan perjalanan ini mengambil masa keseluruhan selama 1 jam 50 minit! Berbaloi2!
Dan kemuncaknya, korang boleh melihat permandangan Melbourne secara keseluruhannya di SkyHigh Mount Dandenong ini! Cik Nutt jamin memang ianya cukup menarik, cantik dan semestinya romantik! Kat sini kalau korang nak masuk, korang akan dikenakan ‘Gate Fee’ sebanyak A$7.00 bagi kereta, A$20.00 bagi minibus atau coach dan A$2.00 bagi motosikal.
Korang juga boleh ber’picnic’ di kawasan khas di sini yang diberi nama The Grants Picnic Ground. Ber’picnic’ di sini akan memberikan suasan yang berbeza dari kebiasaannya kerana korang berada di dalam kawasan hutan yang cukup mendamaikan disamping berpeluang untuk melihat burung parrot liar yang begitu banyak! Namun menjadi satu kesalahan jika korang nak cuba2 bagi makan kepada parrots di sini! So jaga2!
Kalau korang rasa teruja dan nak bercuti di Melbourne pada harga budget tetapi inginkan pengalaman sama seperti pakej lain yang lebih mahal, apa kata korang whatsapp team Cik Nutt ni, Faizul Ramli +601119944984 untuk mendapatkan pandangan dan guidance. Hazri dan team Yourbudgettrip.com yang lain juga akan sedia membantu korang berkenaan percutian idaman korang.
Jadi apa pendapat korang tentang 6 tempat best dan menarik seperti yang Cik Nutt kongsikan dalam article kali ini? Sangat best kan kalau bercuti di Melbourne. Pelbagai aktiviti yang boleh kita cuba dan terdapat bermacam-macam tempat menarik yang boleh kita terokai dan lawati.
Just sit back and enjoy the holidays!
Jom whatsapp Faizul Ramli +601119944984
Yourbudgettrip.com